Wednesday, July 27, 2011

SUMBANGAN AMAL SMARTOSA


Pada hari Sabtu, 23hb Julai 2011, jam 8.30 pagi, kami telah berkumpul di Maahad Tahfiz Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Tujuan kami ke sana adalah untuk mewakili salah seorang ahli SMARTOSA bagi menyampaikan sumbangan amal beliau kepada anak-anak yang mendiami rumah tersebut.

Maahad Tahfiz di Taman Setapak Indah ini didiami sepuluh orang anak lelaki berumur dari 6 hingga 13 tahun. Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka ditempatkan di Jalan Gurney 2. Maahad Tahfiz ini diasaskan oleh Ustaz Abd Rahman Ramani Abdullah yang juga merangkap sebagai Pengerusi.



Selain dari wang sumbangan, kanak-kanak ini turut dijamu dengan sarapan nasi lemak.


Semoga kami dapat membuat banyak lagi kunjungan sebegini hasil dari sumbangan ahli-ahli SMARTOSA..

Wednesday, December 29, 2010

AKTIVITI SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.. Kita baru saja melangkah ke tahun hijrah 1432 dan dua hari lagi kita akan melangkah ke tahun masihi 2011 pula..

Terasa pantas masa berlalu.. Walaupun begitu, kesibukan masing-masing dengan kerja dan aktiviti harian tidak menghalang rakan-rakan untuk bersua dan bertanya khabar... Aktiviti- aktiviti telah diatur untuk merapatkan hubungan antara ahli juga ahli keluarga masing-masing. Dari hi-tea, mengeteh, mengopi hinggalah kepada percutian bersama telah diaturkan.. Diharapkan aktiviti-aktiviti sebegini akan berterusan demi mengeratkan hubungan sesama ahli..


'JUNGLE TREKKING' DI FRIM

Pada hari Sabtu, 18hb Disember 2010, satu outing ke FRIM telah diatur oleh Saudara Mochtar untuk rakan-rakan dan ahli keluarga.. Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke FRIM, mereka amat teruja terutama anak-anak.. Mengenali flora dan fauna yang masih dipelihara merupakan satu pengalaman yang berharga.. Next round, kita akan buat 'canopy walk' pula..

















MENGOPI DI BANGI KOPITIAM

Ahli-ahli SMARTOSA batch 1983-1987 telah berkumpul di Bangi Kopitiam Melawati pada 12hb Disember 2010. Suatu pertemuan yang menggembirakan bagi semua rakan-rakan.. Semoga pertemuan begini dapat diteruskan bagi mengeratkan lagi silatulrahim sesama ahli..




















BATTLE OF THE BANDS

Pada hari Sabtu, 11hb Disember 2010, atas jemputan Saudari Dee Abd Rahman, kami telah bersama-sama memeriahkan acara Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Sime Darby Plantations Berhad di KL Life, KL. Peluang berjumpa dan bergambar dengan artis terkenal tidak dilepaskan...






PERCUTIAN KE SIME ECO RESORT, MELAKA

Sempena cuti Deepavali baru-baru ini, rakan-rakan SMARTOSA telah merancang percutian 3 hari 2 malam di Sime Eco Resort, Jasin, Melaka.. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli..



Bila ke Melaka, tidak sah kalau tidak ke Umbai... mmmm delicious...