Saturday, February 28, 2009

Down To Memory Lane.....


Pintu masuk ke Sekolah Menengah (L) Jalan Ampang. Petang tadi saya melalui jalan ini dan didapati keadaannya dah berubah berbanding zaman kita bersekolah dahulu.
Walau bagaimanapun blok tempat kita menumpang kelas ini masih tidak banyak berubah.
Kalau Rozaimi, Nadar & Pudin ingat, disinilah dahulunya kita berfutsal. Tetapi sekarang sudah tinggal kenangan sahaja kerana tempat ini dah dijadikan blok makmal.
Kantin tempat kita selalu makan mee kari pun dah berubah wajah dan bertambah bersih.
Padang "High Chapparal" ini tetap tak tumbuh rumput macam dahulu jugak.

Laluan untuk ke Keramat ini masih seperti dahulu. Cuma banyak rumah banglo telah ditinggalkan kosong dan tak terurus.

Thursday, February 26, 2009

Masihkah Kau Ingat... Ingat lagi ke...??

Ini adalah persembahan koir yang suaranya keluar ikut perut, kata Aznil Hj Nawawi... Tak gitu Rozaimi..??

Agak2 lagu apa yang sedang didendangkan oleh Yusni semasa persembahan Hari Guru 1981 tu.??
Gambar ini diambil sempena majlis perkahwinan ataupun majlis bersunat.. Saya pun tak pasti.. Lihatlah jejaka perasan SMTK..

Isham & Afri, gambar ni diambil masa bila ye..??

Wednesday, February 25, 2009

PERMOHONAN MAAF

Dengan rasa kesal dan kecewa, saya ingin memohon maaf kepada individu atau beberapa individu kerana telah memaparkan foto-foto lama tanpa memikirkan sensitiviti terhadap perasaan mereka yang terlibat.

Oleh yg demikian, saya telahpun menarik balik beberapa foto yg telah saya paparkan demi menghormati kehendak mereka dan kerana tuntutan agama.

Sekali lagi ingin saya jelaskan dan nyatakan disini bahawa penyiaran foto-foto tersebut tidak langsung bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.

Dengan rendah diri dan dengan penuh kekesalan, saya sekali lagi ingin memohon maaf dan berjanji perkara yang serupa tidak akan berulang lagi.

Sekian.

Syed Mahadi Al-Jufree

Tuesday, February 24, 2009

Masihkah Kau Ingat...


Ceewaahh!! mengendeng nampak Yusni... Dee pulak macam Man Kidal dgn gitarnye. Alhamdulillah, dah jadi pasangan yang bahagia sekarang ni. Betul tak, Dee?


Lagu apa ye yang didendangkan masa ni?? Ada sapa-sapa ingat??



Klasik betul gambar ni.. Macam kat tahun 60an lak. Tengoklah tie masing-masing, pengawas samseng.. kepala dia, Ketua Pengawas tu...




Monday, February 23, 2009

Mengimbau Zaman Persekolahan 1979-1981.

Tingkatan 1D
Semuanya bermula pada tahun 1979 bertempat di Sekolah Menengah (L) Jalan Ampang dan juga di Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang apabila semua pelajar dari Sekolah Rendah Datuk Keramat (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Gurney (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak dan mungkin dari sekolah2 berdekatan ditempatkan ke sekolah baru, Sekolah Menengah Taman Keramat, Selangor.

Tingkatan 2A
Disebabkan sekolah masih tidak siap ataupun mungkin belum bermula pembinaannya, maka semua pelajar SMTK ditumpangkan bersama2 dengan pelajar SM(L) Jalan Ampang & SM(P) Jalan Ampang. Setiap kali perhimpunan mingguan dijalankan maka semua pelajar lelaki akan beratur dan berjalan menyeberangi jalan ke padang Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang untuk dihimpunkan dan disatukan disana.
Tingkatan 3A


Begitulah keadaan pelajar2 SMTK yang semuanya terpaksa menumpang kelas2, meminjam padang permainan dan seterusnya berkongsi kantin sekolah sehinggalah penghujung tahun 1981 dimana sekolah sebenar di Taman Keramat telah siap pembinaannya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yg ditempatkan di dalam jurusan sains selepas mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ada diantara mereka yang meneruskan persekolahan mereka seperti di Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Hulu Kelang, Sekolah Menengah Padang Tembak dan ada yang sentiasa suka bertukar2 sekolah.

Mungkin kepada mereka yang telah meneruskan pembelajaran dan persekolahan di SMTK, dapatlah mereka merasai suasana yg sebenar sebagai pelajar yang mempunyai sekolah sendiri. Dan mungkin yang paling penting mereka tidak lagi malu ataupun rendah diri setelah 3 tahun hidup belajar didalam keadaan susah dan senang semasa menumpang di sekolah orang.




Sunday, February 22, 2009

Foto Ngeteh @ A.Kader Curry House Restoran (20/02/09)

Rodiah (Dee) bersama2 dgn Muzlina (isteri Syed Mahadi) & Fazlun (isteri Ayom).
Azli berposing dgn Johari (Joe Tilam)
Dee, Ayom, Yusni, Afri & Alex sdg bz utk buka akaun Maybank secara online.
Tarmizi, Syed Mahadi & Ishamuddin yg sentiasa bz dgn cellphonenya.
Masing2 sedang bz dgn aktiviti mengisi perut sblm pecah kepala berbincang utk aktiviti AlumniSMTK79.





Friday, February 20, 2009

Perjumpaan 20 Februari 2009


Anda dijemput hadir untuk Majlis Mingguan Lepak + Borak dengan kawan-kawan pada hari Jumaat, 20 Februari 2009 jam 9.00 malam.



Bertempat di Restoran A.Kadeer Curry House, Seksyen 6, Wangsa Maju (belakang pasaraya HERO).
Kalau tak jumpa tempat, tolong call Ayom (012-9157184).
Sekian.

Monday, February 16, 2009

PART 7

Mizi & Azli
Afri & Rodiah (Dee)
Roshana, Amy, Lina, Afri, Ayom, Jami & Halena

Mochtar Omar, Isham, Nor Izman & Yusni (Cunit)
Roshana, Afri, Harlina, Amy, Ayom & Halena

PART 6

Afri, Amy, Lina, Ayom, Dee & Zek
Zek, Dee, Ayom, Afri & Amy
Dee, Ayom, Afri, Amy & Lina
Zek & Roshana
Lina, Amy, Dee & Roshana

PART 5

Amy, Lina, Dee & Roshana
Azli, Sofian & Ayom

Kartina
Roshana, Lina & Afri
Nasa, Dee, Sofian, Roshana, Lina & Afri

PART 4

Dee, Sofian & Roshana
Sofian & Roshana
Lina & Dee
Fauziah Idris & Dee
Roshana & Zek

PART 3

Nasa, Isham, Sofian, Dee & Jami
Zek, Lina, Nasa & anak2
Zek, Lina & Nasa
Yusni, Ayom, Ibrahim & Zaharin
Syed Mahadi, Cikgu Nazlan & Fazli

PART 2

Syed Mahadi & Cikgu Nazlan
Halena, Afri, Roslina Said & anaknya MineNorhuda, Fauziah & Roshana
Norhuda, Fauziah & Roshana
Berdiri: Dee & Afri.
Duduk: Azhar, DSP Azlan Abu, Mizi & Najib