Wednesday, June 30, 2010

KARNIVAL SMK TAMAN KERAMAT - 3 JULAI 2010

Assalamualaikum wbr buat semua warga SMARTOSA..

Terasa cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, bulan Jun sudah sampai ke penghujungnya dan kita akan memasuki bulan Julai.. Kesibukan tugas di pejabat membataskan saya untuk mengemaskinikan blog ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa pihak SMK Taman Keramat akan mengadakan Karnival Sekolah pada hari Sabtu ini, 3hb Julai 2010 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang di perkarangan sekolah. Berbagai acara akan berlangsung dan pihak sekolah mengharapkan agar semua bekas pelajar dapat bersama-sama menjayakan acara tersebut.

Bagi pihak SMARTOSA, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Kaunter pendaftaran untuk menyertai SMARTOSA bagi bekas-bekas pelajar juga akan dibuka. Diharapkan agar acara ini mendapat sambutan dari kita semua dan diminta diuar-uarkan kepada semua bekas pelajar.