Wednesday, July 27, 2011

SUMBANGAN AMAL SMARTOSA


Pada hari Sabtu, 23hb Julai 2011, jam 8.30 pagi, kami telah berkumpul di Maahad Tahfiz Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Tujuan kami ke sana adalah untuk mewakili salah seorang ahli SMARTOSA bagi menyampaikan sumbangan amal beliau kepada anak-anak yang mendiami rumah tersebut.

Maahad Tahfiz di Taman Setapak Indah ini didiami sepuluh orang anak lelaki berumur dari 6 hingga 13 tahun. Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka ditempatkan di Jalan Gurney 2. Maahad Tahfiz ini diasaskan oleh Ustaz Abd Rahman Ramani Abdullah yang juga merangkap sebagai Pengerusi.



Selain dari wang sumbangan, kanak-kanak ini turut dijamu dengan sarapan nasi lemak.


Semoga kami dapat membuat banyak lagi kunjungan sebegini hasil dari sumbangan ahli-ahli SMARTOSA..