Tuesday, October 26, 2010

FOTO-FOTO MAJLIS PERKAHWINAN

Direnjis renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disirami air mawar...

Akhirnya tiba sudah hari yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua pasangan pengantin serta ahli keluarga. Pasangan-pasangan ini telah selamat diijab kabulkan dan majlis meraikan perkahwinan mereka telah diadakan dengan meriah sekali pada 23hb Oktober 2010 yang lalu.

SMARTOSA ingin mengucapkan tahniah kepada Che Yah sekeluarga kerana mendapat menantu perempuan dan kepada Umi Kalsom sekeluarga kerana mendapat menantu lelaki.. Semoga janji yang dimeterai berkekalan hingga ke akhir hayat..

Bagi Che Yah, ini merupakan majlis menyambut menantu.. Antara foto-foto sepanjang majlis..


Flower girls yang comel menunggu ketibaan pengantin..

Ketibaan pengantin..

Bertanya khabar kepada rakan-rakan yang lama tak bersua..

Sempat berposing sebelum mengambil makan gitu...



Lepas makan... posing lagi..

Pasangan mempelai diatas pelamin..

Che Yah sibuk melayan tetamu yang hadir..

Najib sekeluarga sedang menjamu selera...

Bergambar bersama tuan rumah, Che Yah


Hai Afri.... Takkan asyik makan nasi minyak orang lain aje..?? Sendiri bila lagi...??


Siapa ni yea?


Amy dan keluarga menerima menantu lelaki... Ketibaan kami agak lewat.. pengantin dah siap bersanding..

Pengantin bergambar bersama teman-teman

Antara teman-teman yang hadir


Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati.. hehe

Posing lagi..


Amat serius Ayom mendengar..

Sempat berposing dengan Amy dan suami sebelum berangkat pulang..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Che Yah dan Amy atas jemputan..

Sunday, October 10, 2010

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Salam buat rakan-rakan SMARTOSA...

Selesai sudah kita semua menghadiri jemputan ke rumah terbuka rakan-rakan sempena Aidilfitri yang lalu.. Dalam kesibukan memenuhi undangan rumah terbuka, kami menerima pula kad undangan ke majlis perkahwinan anak-anak ahli SMARTOSA... Pihak yang menjemput mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan SMARTOSA sekeluarga untuk memeriahkan majlis meraikan perkahwinan anak-anak mereka... Kedua-dua majlis akan diadakan pada hari Sabtu, 23hb Oktober 2010 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang..

Pn Ommi Kalsom Hj Hassan (Amy) & En Badrol Zaman bin Hj Abdul Rahman


Pn Che Yah bt Musa & En S M Ariffin b Song Sang

KEMERIAHAN MAJLIS HARIRAYA SMARTOSA