Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI.....


Assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah, bulan Ramadhan Al Mubarak menjelma tiba. Insyallah, kita semua akan mula berpuasa pada esok hari, manakala sembahyang tarawih pula akan bermula malam ini.
.
Kepada semua rakan-rakan SMARTOSA, saya sebagai Pengerusi Penaja dan bagi pihak semua Ahli Jawatan Kuasa SMARTOSA, ingin memohon kemaafan diatas segala salah silap, keterlanjuran kata atau perilaku yang kurang menyenangkan atau yang menyinggung perasaan. Didoakan agar rakan-rakan SMARTOSA semua serta keluarga sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah swt hendaknya. Moga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah...
.
FADHILAT RAMADHAN
.
Umar Ibnul Khattab r.a berkata; "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah dalam bulan Ramadhan, tidak akan kecewa."
.
Puasa mengatur keseragaman umat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirehat, serta dalam solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan mungkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir batin, serta sabar menghadapi segala macam kesulitan hidup.
.
Imam Al-Ghazali berkata; "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuh dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuh badannya (dalam perbuatan dosa)."

Wednesday, August 12, 2009

Mengeteh Bersama Shamsul Anuar pada 11/8/2009

Wajah terkini Shamsul Anuar (tengah) yang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Beliau kini menetap di Johor Bharu. Tajul juga turut hadir untuk bersama rakan-rakan..

Asyiknya Shamsul mendengar rakan-rakan berbual..

Mochtar selaku AJK, turut hadir walaupun masih lagi kepenatan setelah pulang dari 'offshore'..

Saharom, Bendahari dan Zaharin, Setiausaha SMARTOSA sentiasa memberikan komitmen untuk menjayakan aktiviti persatuan..

Huda, Fazlun dan Mazita turut hadir memeriahkan acara mengeteh..

Dee, Penolong Setiausaha yang tiba bersama Yusni sempat melapangkan masa untuk bertemu Shamsul..

Yusni, selaku Timbalan Pengerusi mengambil peluang untuk menjengok blog yang menurutnya sudah lama tidak dijengah... Turut sama hadir, Ibrahim yang menetap di Sungai Buloh.

Sunday, August 9, 2009

Ngeteh Bersama Wahidah di Al-Kader 07/08/09

Wahida turut diraikan oleh Amy, Fazlun & Kartina
Sedang Wahidah dan Amy rancak berborak, Norhuda pula asyik menghirup teh tariknya..
Wahida hadir ditemani sepupunya yang sedang menjamu selera sambil Mazita rancak berborak....

Suami Wahida, Jalal yang sporting giler bersama Azmi (suami Kartina), Syed Mahadi & Lan (suami Norhuda) rancak berbual...

Wahida, tetap ceria dan bersahaja bersama rakan2....

Che Yah tiba menambahkan lagi keceriaan pada malam tu...

Fida (isteri Termizi) juga hadir untuk memeriahkan lagi suasana...

Zaharin tiba berseorangan nampak cool malam tu..

Tengoklah mak-mak orang ni berposing maut...

Syed Mahadi, Azmi dan Jalal
Hasnol Akbar Nordin turut hadir memeriahkan mengeteh malam itu .. Termizi, seperti selalu, sentiasa nampak segak macam YB...

Lan bersama anak-anak dan kelihatan Ayom yang sedang termenung jauh.. Ingat poco-poco ke Ayom?..
Fida, Che Yah & Mazita.....

Wednesday, August 5, 2009

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN


Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, sedar tak sedar, Nisfu Sya‘ban (Maghrib, 5 Ogos 2009) telah tiba.

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kesimpulannya amalan yang berterusan akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)