Friday, February 26, 2010

Berita Semasa SMARTOSA.

Salam Maulidul Rasul buat semua rakan-rakan..

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Sdr Raheimi Hj Halid atas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah pada 25hb Februari 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Lanjutan dari Mesyuarat Agung yang diadakan pada 6hb Februari 2010, AJK yang baru dipilih telah duduk bermesyuarat pada 19hb Februari 2010 untuk pembahagian tugas dan cadangan aktiviti untuk setiap biro sepanjang tahun 2010/2011.

Barisan AJK dan portfolio masing-masing adalah seperti berikut:-




Tuan Syed Mahadi Al-Jufree Bin Syed Mustafa
Pengerusi

Encik Yusni Bin Shahadan
Timbalan Pengerusi
Portfolio: Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas

Encik Zaharin Bin Manan
Setiausaha

Puan Mazita Binti Husain
Penolong Setiausaha
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Wanita

Encik Saharom Bin Md Noor
Bendahari

Puan Roslina Binti Mohd Said
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Kebajikan & Kebudayaan

Encik Mohd Tarmizi Bin Mohd Akil
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Ekonomi

Encik Mochtar Bin Omar
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Lelaki

Encik Raheimi Bin Hj Halid
Ahli Jawatan Kuasa

Tuan Haji Mohd Safian Bin Mohd Noor
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Pendidikan & Agama

Encik Zainuddin Bin Baba
Pemeriksa Kira-Kira

Encik Mohazrifi Bin Omar
Pemeriksa Kira-Kira



Mesyuarat diakhiri dengan tekad untuk mencari semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat dari semua peringkat umur untuk didaftarkan sebagai ahli SMARTOSA. Diharapkan semua ahli akan bekerjasama untuk memastikan kempen untuk mendapatkan seramai ahli dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Friday, February 12, 2010

FOTO-FOTO SEPANJANG AGM - PART 2

Selesai majlis perasmian.. acara menjamu selera pula, sebelum majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung..

Jemput makan, Datuk...



Sambil menjamu selera, rakan-rakan turut mengambil kesempatan untuk bertanya khabar..














Nampaknya, Datuk dah nak berangkat balik.. AJK Penaja mengucapkan terima kasih kepada Datuk atas kesudian menghadirkan diri..


Agenda seterusnya... pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru untuk sesi 2010/2011.. Ahli-ahli menyuarakan pendapat masing-masing..









Setelah semua pemilihan dijalankan.. Ahli Jawatankuasa SMARTOSA yang baru mengambil tempat masing-masing..




Agenda seterusnya... pendapat ahli untuk perancangan aktiviti SMARTOSA



Akhirnya, Mesyuarat Agung kali Pertama SMARTOSA berjalan dengan lancarnya... Alhamdulillah..












Satu pose istimewa dari ahli-ahli wanita..





Majlis dah selesai... apa lagi... kenalah mengemas pulak...



Barisan AJK Penaja bersama penaung SMARTOSA..
Ribuan terima kasih kepada semua AJK Penaja yang telah bersama-sama menjadikan SMARTOSA satu kenyataan..



Barisan AJK SMARTOSA untuk sesi 2010/2011 gabungan muka lama dan muka baru.. (tiada dalam gambar, Tn Hj Safian Md Noor)



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli -ahli yang sudi hadir pada malam itu.. Semoga kehadiran ahli SMARTOSA akan bertambah pada AGM yang akan datang..

Bersama-samalah kita menjayakan segala aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang 2010/2011..

SATU SMARTOSA..
AHLI DIDAHULUKAN..
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..