Monday, June 29, 2009
Friday, June 26, 2009
KENALI RASUL KITA, NABI MUHAMMAD S.A.W
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah S.A.W yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , Jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
- Khadijah Binti Khuwailid.
- Saudah Binti Zam'ah.
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
- Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab).
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W
- Thuwaibah
- Hamzah
- Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
- Halimah Al-Saidiyyah
- Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
- Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
- Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
- 'Aisyah binti Harith bin Abdul 'Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH S.A.W (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
- Al-Harith
- Muqawwam
- Zubair
- Hamzah ***
- Al-Abbas ***
- Abu Talib
- Abu Lahab (nama asalnya Abdul 'Uzza)
- Abdul Ka'bah
- Hijl
- Dhirar
- Umaimah
- Al-Bidha(Ummu Hakim)
- Atiqah ##
- Arwa ##
- Umaimah
- Barrah
- Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)***
***Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Tuesday, June 23, 2009
Monday, June 22, 2009
GAMBAR-GAMBAR KENDURI SAIPUDIN
Friday, June 19, 2009
BULAN REJAB HAMPIR TIBA
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
- Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Wednesday, June 17, 2009
FRoM THe aLBuM oF QueeN oF DuBai
Thursday, June 4, 2009
SeKaLuNG TaHNiaH UnTuK KiTa SeMuA...
Alhamdulillah, Hari Santai BBQ SMARTOSA telahpun selamat dijalankan pada 30hb Mei 2009 yang lalu. Acara yang berlangsung dengan persiapan awal paginya oleh Hos kita iaitu Sdra Termizi dan isterinya, Fida. Kerusi, meja, pinggan, mangkuk, cawan, dll semuanya berada di bawah khemah telah siap dikeluarkan untuk disusunkan.
Semua AJK Penaja SMARTOSA berserta pasangan masing-masing telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tempat acara ini dilangsungkan. Kerusi dan meja perlu disusun rapi dan tempat makanan dan minuman perlu dikemaskan dan dicantikkan. Begitu juga tempat untuk BBQ yang perlu diletakkan di tempat yang strategik.
Malam itu selepas waktu Maghrib, seorang demi seorang rakan-rakan kita tiba. Ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang berdua-duaan dan ada juga yang datang bersendirian. Bagaimana pun mereka tidak lupa untuk membawa bersama-sama mereka hidangan ataupun juadah untuk dijamukan kepada semua rakan yang hadir.
Bertanya khabar diantara mereka adalah acara yang paling seronok pada malam itu. Usik mengusik dan gelak ketawa sesama sendiri. Memang seronok dan semua nampak happy sangat.
Api BBQ pula telah dinyalakan sejak dari pukul 6 petang lagi yang diketuai oleh Sdra Yusni yang memang pakar di dalam hal ini sambil dibantu oleh beberapa rakan yang lain. Hos kita pun tidak ketinggalan dengan penyediaan air minuman sejuk dan panas serta beberapa juadah yang lain.
Jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Emcee kita pada malam itu iaitu Sdra Zaharin dan Sdra Yusni telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Acara dimulakan dengan Bacaan Tahlil ringkas untuk rakan-rakan yang telah pergi mendahului kita yang diketuai oleh Tuan Haji Safian Mohd Noor dan doa selamat pula dibacakan oleh Sdra Nadar Manap.
Setelah itu, kata-kata aluan disampaikan oleh Pengerusi Penaja. Setelah selesai ucapan ringkas dari beliau, maka acara yang ditunggu-tunggu pun bermula iaitu acara makan. Memang banyak juadah yang ada pada malam itu. Itu semuanya adalah hasil daripada tangan rakan-rakan kita sendiri. Semuanya sedap-sedap belaka. Terimakasih kepada rakan-rakan semua yang sudi hadir dengan juadahnya sekali.
Acara sampingan yang dijalankan adalah seperti "musical chair" untuk kategori kanak-kanak, remaja dan juga para bapa. Begitu juga acara "skodeng" untuk kanak-kanak. Semua hadiah kepada setiap pemenang pada malam itu ditaja oleh Sdra Zaharin Manan. Manakala goodies pula disumbangkan oleh Sdra Mohamed Johari Ahmad @ Wak Minang @ Joe Tilam. Hos kita pun tidak ketinggalan dengan acara surprise nya iaitu meneka berapa biji kacang yang terdapat di dalam bungkusan yang belum dibuka. Pada malam itu Sdra Tajul menang hadiah yang banyak juga. Tahniah!!
Tidak dilupakan pada malam itu juga kita telah membuat kutipan derma bagi disalurkan kepada rakan-rakan kita yang amat memerlukan dan juga sebagai tanda ingatan ikhlas dari kita semua. Alhamdulillah, semua sumbangan ikhlas dari rakan-rakan telahpun selamat disampaikan kepada Sdra Nor Izman yang mana isteri beliau kini sedang menjalani sesi kemoterapi kerana penyakit kanser. Begitu juga sumbangan tanda ingatan ikhlas telah disampaikan kepada Sdri Fauziah @ Gee yang sedang menjalani rawatan di Hospital Tawakkal kerana penyakit jantung berlubang. Semoga mereka cepat sembuh dan tabah menjalani ujian berat dari Allah swt.
Overall, saya rasa terharu atas sambutan dari rakan-rakan yang hadir pada malam itu. We have our time together!! Itulah misinya. Itulah harapannya!! Itulah hasilnya!! Itulah juga seruan kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
Sekali lagi, bagi pihak AJK Penaja SMARTOSA, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang hadir, juga kepada "PBB" yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami & isteri SMARTOSA dan tidak ketinggalan kepada Sdra Termizi dan isteri, Fida serta seluruh anggota keluarga yang sudi membenarkan kita menggunakan rumah beliau untuk majlis Hari Santai BBQ SMARTOSA. Semangat ini yang diperlukan dari semua rakan-rakan. Insyallah, kita akan bertemu lagi....
FRIENDS FOREVER....
Sekian, Wassalam.
SYED MAHADI AL-JUFREE
PENGERUSI PENAJA SMARTOSA