Alhamdulillah.... cuaca sepanjang hari Sabtu lepas amat baik, mengiringi acara BBQ kami di kawasan taman dan kolam renang Villa Wangsamas. Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir jam 12.30 tengah malam itu berlangsung dalam suasana yang amat meriah terutama bagi anak-anak..
Semua rakan-rakan yang hadir membawa bersama mereka makanan-makanan untuk dijamu. Tuan rumah, Saudara Johari dan isteri menyediakan nasi lemak sambal sotong dan sambal petai.. tak terkecuali bubur kacang bercampur durian.. Ayam, udang, sotong, ikan yang telah siap diperap menunggu masa untuk dibakar. Menu yang paling istimewa pada hari itu adalah daging kambing yang dibawa oleh Saudara Ajai.. Siap dengan sos tiga rasanya... memang lazat.. Kerana permintaan yang begitu tinggi, tiga dapur barbeku disediakan untuk mempercepatkan proses membakar...
Sementara menunggu ayam yang dipanggang masak, semua menjamu selera dengan
nasi lemak sambal sotong dan sambal petai... Sehingga menjilat jari gitu..
First batch ayam dan udang yang dibakar...
Anak Ayom mengambil tugas menjaga salah satu dapur... peace bro..
Ajai sekeluarga hadir bersama-sama daging kambing, ayam dan sos
tiga rasa yang ditunggu-tunggu
Tuan rumah yang sentiasa ceria bersama Afri...
Saudara Mochtar turut hadir walaupun kesihatan tidak mengizinkan... terima kasih..
Anak teruna Syed Mahadi ditugaskan untuk menjaga dapur utama..
Zahani turut membantu menyediakan bahan untuk dibakar....
Acara malam bermula....
Ibrahim hadir bersama anak kecilnya..
Najib juga hadir...
Kerancakan dan keriuhan rakan-rakan berborak malam itu
menggamatkan suasana... happening betul...
menggamatkan suasana... happening betul...
Kepada rakan-rakan yang hadir, ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian memeriahkan acara malam itu.. Bagi yang tidak dapat hadir, semoga kita dapat bersama-sama di dalam acara yang lain.. Semoga ikatan silaturrahim antara kita semua terus berkekalan...
Jumpa lagi di lain acara..
Jumpa lagi di lain acara..