Saturday, May 9, 2009

BeRKeLaH Di BuKiT AnTaRaBaNgSa & LuNcH Di ReSToRaN JePuN NaDaR - Foto Ehsan dari YS

Anak Lelaki Ayom & Che Onn di belakang tu memang pandai bergaya.. Manakala anak perempuan Che Onn & Yusni relax berposing....

Like Father Like Son... Tak gitu Che Onn...??

Anak dara Ayom dikejutkan dengan kek harijadinya yang ke 15 tahun...

Anak-anak Nadar, Ayom, Che Onn & Yusni bergambar didepan kek....

Chef Nadar sedang sibuk melayan anak-anak kecil.....

Ayom, Che Onn, Yusni & Azli yang hadir untuk lunch di Restoran Jepun Nadar...

Anak dara Che Onn & Yusni yang cantik & comel...

Hero Che Onn tak mahu ketinggalan untuk bergambar sama...

Dee turut hadir untuk memberi sokongan pada Nadar....

Sayang Che Onn, Dee & Sayang Ayom (Fazlun) bergambar bersama anak-anak yang turut hadir...


Lihatlah betapa bahagianya pasangan2 ni......

Manakala anak-anak mereka turut tidak ketinggalan untuk bergambar sama..
@@@@@@@@@@@@@@@@


BIG MAKAN KAT BUKIT ANTARABANGSA


Doa makan ke doa qunut tu Che Onn....?? Best giler Laksa Johor yang dimasak sendiri oleh Dee....

Ayom, Yusni (tuan rumah) & Che Onn sedang menjamu selera....
Azli dengan gayanya yang tersendiri...Cayalah Azli....

Kaum-kaum ibu tidak ketinggalan menjamu selera...

Selepas selesai dengan laksa johor.... Acara makan durian pulak beb....

TERmizi... Dah tak nampak orang kalau dapat durian ni....

Che Onn mengusik isteri kesayangannya sambil Zack tertawa kecil... Bagi ada maknanya tu.....

Ayom memang ada skill membuka durian ni...Teringat semasa belajar memandu kereta dengan beliau sebab kami ke Gombak untuk mencari dan makan durian yang baru turun....Bukannya nak belajar memandu sangat pun....

Zaharin, Mazita & Normah turut hadir makan Laksa Johor & Durian di rumah Yusni & Dee...

Dee pun turut turun padang untuk bersama-sama makan durian......

Zaharin lepas makan durian tu... Tengok-tengoklah kolestrol level macamana...

Inilah dinamakan durian menantu tak jadi.... Betul ke Dee..??

Hmmmm.. Kau orang nak cakap apapun aku tak kisah.. Baik aku layan durian ni...Lagi best....

Hai sempat lagi nak berposing kat depan pintu ye....

Ayom yang nampak seperti tak sabar nak balik selepas kekenyangan manakala tuan rumah, Yusni masih segar melayani rakan-rakan.....

Wednesday, May 6, 2009

GaMbAr NgEtEh 01/05/09 - Foto Ehsan Dari Che Onn & Yusni

Minggu ni acara Ngeteh mingguan kita telah dihadiri oleh Tuan Haji Harun Jais yang kini menetap & bekerja di Petronas cawangan Melaka. Beliau bercuti & berada di rumah orang tuanya di Keramat dan Mochtar Omar telah membawa beliau untuk bertemu dengan rakan-rakan lama...

Tn Haji Harun begitu teruja apabila dapat bersua muka dengan rakan2...

Mochtar dengan baju yang mengeluarkan cahaya apabila terkena flash...Macam ultraman Taro...Turut kelihatan disebelah Mochtar ialah Anuar yang masih segak orangnya..

Yusni hadir dengan jersey MU nya... Boleh juara ke MU tahun ni YS?

Azli sedang rancak bersembang, manakala Ajai & anak daranya terpesona dengan lagaknya...

Ani, Mazita, Dee & Fazlun (Syg Ayom) sentiasa mesra.....

Joe & Nadar begitu asyik mendengar apa yang Tn Haji Harun katakan....Mungkin ada pesanan yang disampaikan...

Dee & Ani seperti biasa akan memberikan pose menarik manakala Mazita begitu tertarik dengan apa yang terhidang di depan mata....

Hai Ani..Takkan minum segelas je.. Boleh order lagi.....

Anak dara Nadar & Ajai sentiasa menemani ayah2 mereka mengeteh dan mereka pun dah mula kamceng...

Aku biasa hisap paip tapi hari ni aku try hisap rokok pulak.. Manalah tau kot2 satu hari nanti gambar paru-paru aku boleh diletakkan kat kotak rokok pulak...Agaknya itu lah yang diperkatakan oleh Che Onn hinggakan Azli tertawa...

Zack, suami Ani sentiasa cool & sporting untuk mengeteh setiap minggu...

Ibrahim & Ajai sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan SMARTOSA....

Wajah seorang bekas pemain gitar utama semasa di SMTK...Jersey kuning adidas mana Harun..??

Fazlun @ Sayang Ayom hadir kembali selepas balik dari Umrah...Terima kasih byk2 ye...

Nadar hadir dengan senyuman manis dan peminat setia Ronaldo ke..??

Anak-anak Zaharin begitu asyik bermain video game....

Wajah putera Che Onn yang saling tak tumpah iras bapanya....

Puteri Yusni & Dee yang berusia 5 tahun bersama putera Che Onn yang berusia 7 tahun sedang berposing maut.. Kecik-kecik takper ya.. Dah besar jgn bagi chance tau...siku sikit....Che Onn dah booking awal-awal ke...??

Tuesday, May 5, 2009

BeRiTa DaRi KeNgKaWaN - AzMaL

Afri telah berjaya untuk membawa Saudara Azmal berjumpa dengan rakan-rakan untuk breakfast di NZ Restoran di Wangsa Maju pada pagi Ahad 26/04/09. Terima kasih Afri kerana hati anda masih kuat untuk bersama-sama SMARTOSA....

Azmal yang kini bekerja di TNB Seremban dan juga menjadi pelakon drama kelihatan tidak banyak berbeza dari zaman persekolahan... Turut kelihatan Afri & Mochtar Omar...

Syed Mahadi sedang menunjukkan kepada Azmal dan rakan-rakan yang lain tentang Blog SMARTOSA dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.....



Gambar kenangan diabadikan sebelum Azmal pulang ke Seremban. Turut serta bersama ialah Ibrahim, Anuar, Afri, Najib, Zaharin & Syed Mahadi. Diharapkan Azmal akan dapat meluangkan masa lagi untuk bersama rakan-rakan bila ada kelapangan selain menurunkan ilmu 3+1 itu....