Wednesday, August 12, 2009

Mengeteh Bersama Shamsul Anuar pada 11/8/2009

Wajah terkini Shamsul Anuar (tengah) yang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Beliau kini menetap di Johor Bharu. Tajul juga turut hadir untuk bersama rakan-rakan..

Asyiknya Shamsul mendengar rakan-rakan berbual..

Mochtar selaku AJK, turut hadir walaupun masih lagi kepenatan setelah pulang dari 'offshore'..

Saharom, Bendahari dan Zaharin, Setiausaha SMARTOSA sentiasa memberikan komitmen untuk menjayakan aktiviti persatuan..

Huda, Fazlun dan Mazita turut hadir memeriahkan acara mengeteh..

Dee, Penolong Setiausaha yang tiba bersama Yusni sempat melapangkan masa untuk bertemu Shamsul..

Yusni, selaku Timbalan Pengerusi mengambil peluang untuk menjengok blog yang menurutnya sudah lama tidak dijengah... Turut sama hadir, Ibrahim yang menetap di Sungai Buloh.

Sunday, August 9, 2009

Ngeteh Bersama Wahidah di Al-Kader 07/08/09

Wahida turut diraikan oleh Amy, Fazlun & Kartina
Sedang Wahidah dan Amy rancak berborak, Norhuda pula asyik menghirup teh tariknya..
Wahida hadir ditemani sepupunya yang sedang menjamu selera sambil Mazita rancak berborak....

Suami Wahida, Jalal yang sporting giler bersama Azmi (suami Kartina), Syed Mahadi & Lan (suami Norhuda) rancak berbual...

Wahida, tetap ceria dan bersahaja bersama rakan2....

Che Yah tiba menambahkan lagi keceriaan pada malam tu...

Fida (isteri Termizi) juga hadir untuk memeriahkan lagi suasana...

Zaharin tiba berseorangan nampak cool malam tu..

Tengoklah mak-mak orang ni berposing maut...

Syed Mahadi, Azmi dan Jalal
Hasnol Akbar Nordin turut hadir memeriahkan mengeteh malam itu .. Termizi, seperti selalu, sentiasa nampak segak macam YB...

Lan bersama anak-anak dan kelihatan Ayom yang sedang termenung jauh.. Ingat poco-poco ke Ayom?..
Fida, Che Yah & Mazita.....

Wednesday, August 5, 2009

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN


Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, sedar tak sedar, Nisfu Sya‘ban (Maghrib, 5 Ogos 2009) telah tiba.

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kesimpulannya amalan yang berterusan akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Monday, July 27, 2009

KENALI RAHEIMI B HJ HALID (REMY)


Raheimi Hj Halid dan isteri, Liza

REMY DI ZAMAN PERSEKOLAHAN.....


Remy sewaktu di Darjah 1A, SRK Jalan Gurney 1


Dalam Darjah 2B, SRK Jalan Gurney 1

Darjah 6B, SRK Jalan Gurney 1

Tingkatan 5 - SM Taman Keramat (tahun 1983)

Bersama rakan sekelas Tingkatan 5


REMY SEKARANG...





Bagi rakan-rakan yang berminat untuk menukar kereta sempena musim perayaan yang bakal tiba, bolehlah menghubungi Remy di talian 013-2076879.

Menurut Remy, jika ada sesiapa yang ingin menambah wang saku, bolehlah mereka memperkenalkan rakan-rakan atau saudara-mara kepada beliau. Dalam masa yang sama, bolehlah Remy mempromosikan barang jualan Ekin kepada bakal pembeli ...

Sunday, July 26, 2009

i-CHARGE - Produk dari Ekin...

Dengan tercapainya impian kita untuk menubuhkan sebuah persatuan, blog ini akan digunakan sebagai platform untuk rakan-rakan memperkenalkan dan mengiklankan produk dan perniagaan masing-masing. Diharapkan ini dapat membantu ahli-ahli mengembangkan perniagaan mereka, seterusnya mendapat sokongan dari semua ahli. Kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan atau produk mereka, bolehlah menghubungi kami..

Sebagai pembuka tirai, kami ingin memperkenalkan bisnes yang dijalankan oleh Puan Ekin.
...
I-CHARGE - Ultimate Car Tuning Device for Next Generation


Puan Ekin ingin memasarkan produk I-Charge, sebuah produk elektronik kenderaan yang dicipta dengan memiliki 3 sistem iaitu Sistem Stabilizer Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan sistem Pengurangan Gangguan Radiasi Elektronik (IRS).
.
.
.
.
.
.
.
Adakah anda memiliki kenderaan sendiri?
Apakah jenis bahanapi yang digunakan? Petrol.. Diesel.. Gas/NGV?
Apakah prestasi kenderaan anda?
Tak ada 'pick up' kerana menggunakan gas?
Lembab bila mendaki bukit?
Susah nak memotong kenderaan lain kerana kurang 'power'?
Minyaknya kuat kerana 1800cc - 2500cc..
Kos bulanan untuk bahanapi tinggi..
.
.
KINI ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA...
.
Selesaikan masalah anda dengan I-CHARGE
Keluaran Zeromax Japan. 30 tahun dalam bidang aksesori kenderaan.
Produk dari Jepun.. Jaminan 1 tahun.. Prestasi yang diyakini.. Memang power!!!
.
KEUNIKAN PRODUK I-CHARGE
.
  • Menstabilkan voltan
  • Doktor bateri
  • Mengurangkan gangguan radas elektronik
  • Sistem Pencucuhan Lebih Berkuasa
  • Lampu Depan Lebih Terang
  • Melicinkan Penukaran Gear
  • Senang Dipasang
  • Menjimatkan Petrol/Diesel
  • Mengurangkan Gegaran Pada Alat Hawa Dingin
  • Tork Enjin Lebih Sempurna
  • Mengurangkan Pengeluaran Asap Hitam
  • Enjin Lebih Berkuasa
  • Sistem Audio Lebih Mampat
  • "Air-Cond" lebih sejuk pada tahap minima
.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Ekin di talian 016 2151001.

Thursday, July 23, 2009

SMARTOSA - YANG DITUNGGU DAH TIBA....

.
Assalamualaikum w.b.r buat semua warga SMARTOSA dan dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas segala kurniaanNya.
.
Dengan rasa gembira dan besar hati, saya, mewakili semua ahli Jawatankuasa Pemula (Protem Committee), ingin memaklumkan bahawa pendaftaran SMARTOSA telahpun diluluskan pada 9hb Julai 2009 dan kini SMARTOSA sah bergerak sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dengan menggunakan logo yang tertera diatas.


Dengan sahnya persatuan kita ini, Jawatankuasa Pemula (Protem Committee) akan bertemu untuk berbincang tindakan selanjutnya, sementelah berfikir, merancang dan seterusnya melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk semua ahli. Dalam masa yang sama juga, kerjasama dari ahli-ahli SMARTOSA dalam menjayakan program-program yang akan disusun atur kelak adalah amat-amat diharapkan.
.
Akhir kata, ucapan penghargaan buat semua ahli Jawatankuasa Pemula yang telah bekerja keras dalam memastikan tertubuhnya satu persatuan untuk kita semua...
.
.....SMARTOSA.....

Monday, July 13, 2009

DO YOU THINK YOU CAN DANCE?? :)

Disebabkan ketiadaan acara mengeteh di Al Kader pada malam Jumaat lepas, SM, ZBM, Ayom, SA dan SSM telah mengambil peluang untuk pergi ke satu tempat mengeteh yang baru yang dicadangkan oleh Ayom dan SA.

Ia adalah sebuah restoran terbuka di Wangsa Maju berdekatan dengan sekolah Sri Utama. Tempatnya agak tersorok dari jalan besar selepas simpang empat Royal Selangor. Apa yang membuatkan kami tertarik adalah sebaik saja sampai ke sana, terdengar orang sedang berkaraoke..

Masuk saja kami ke perkarangan restoran, kami ternampak sekumpulan orang sedang menari mengikut irama lagu yang didendangkan. Wahh!!! ada tarian poco-poco lah kat situ... Teruja dibuatnya.



Pernah mendengar tarian poco-poco? Jika tak pernah, anda tau tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco-poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia..

Selain daripada berseronok, kita juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala ..

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan... Tarian ini juga tak memerlukan kita memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak..



Sepanjang berada di sana, kami rasa terhibur dengan pelbagai rentak lagu dari Indonesia dan Malaysia juga. Tidak ketinggalan lagu-lagu Bollywood!

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..


1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..


Senang bukan… ??? Silalah cuba…