Wednesday, October 21, 2009

JEMPUTAN MAKAN MALAM - 31/10/2009

Salam buat warga SMARTOSA...

Seperti yang telah di uar-uarkan pada Jamuan Hari Raya SMARTOSA tempohari, mewakili Pn Umi Kalsom Hj Hassan (Amy), semua ahli SMARTOSA adalah dijemput untuk menghadiri majlis makan malam di kediaman beliau seperti berikut:-

Tarikh : 31hb Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Alamat : No 1, Jalan Seri Putra 3/D, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor

Disertakan dibawah, peta untuk ke kediaman beliau. Sekiranya mengalami kesulitan, silalah menghubungi Amy di 019 2466650.


Monday, October 5, 2009

Mengeteh di Ali Maju pada 2/10/2009

Setelah sebulan bercuti, rakan-rakan teruja untuk berkumpul semula

Ibrahim membawa bersama isteri dan anaknya

Mazita bergambar dengan isteri Epi, Mas

Masing-masing ceria bila berjumpa

Banyak perkara yang dibincangkan pada pertemuan kali ini

Apa agaknya yang menggelikan hati Ibrahim tu???

Che Yah dan Anis sudi hadir memeriahkan acara mengeteh..

Dalam kesibukan, Nadar sempat juga hadir...

Begitu asyik Protem bermesyuarat malam itu...

Afri turut hadir memeriahkan malam...

Nadar, Remy, Mokhtar dan Ayom ceria sepanjang malam

Nasa hadir bersama anaknya..

Tn Hj Safian hadir agak lewat tapi masih mampu menceriakan rakan-rakan

PBB Fazlun dan Fida...

Antara PBB yang hadir menemani suami masing-masing...

Sunday, October 4, 2009

PERJUMPAAN DENGAN CHEF ZAMRI ISMAIL

Inilah wajah Zamri yang sekarang bekerja di Switzerland sebagai seorang Chef yang terkenal di sana....Sedang rancak berborak bersama Syed Mahadi, Mazita, Mochtar dan Fazlun....
Zamri yang dahulunya seorang yang agak pendiam. Sekarang memang banyak berubah.. Memang meriah bila dapat bersama-sama..Ayom pun tidak terkata lagi...

Ibrahim & Najib juga hadir meraikan Zamri...Begitu juga Syed Mahadzir yang sekarang berada di Langkawi, Kedah juga dapat berhubung dan berborak dengan Zamri yang merupakan rakan lama beliau sejak dari sekolah rendah lagi melalui telefon & juga webcam...

Zamri begitu teruja bila dapat bertemu dengan rakan-rakan lama dan beliau akan kembali ke KL di dalam bulan Disember 2009 ini..

Zamri yang bercuti di KL dari 18/09/09 tetapi hanya dapat bersama rakan-rakan pada 03/10/09 hasil pertemuan dengan Sdra Najib di Keramat. Walaupun dapat bertemu tidak berapa lama iaitu lebih kurang 3 jam sahaja, namun banyak cerita tentang Zamri dan rakan-rakan lain dapat dikongsi bersama. Zamri akan berlepas balik ke Switzerland pada 05/10/09 jam 1.30pagi. Beliau baru menelefon saya dan ucapkan ribuan terima kasih dan kirim salam pada semua rakan. Beliau boleh dihubungi di 012-6396705 atau email i_zamri@yahoo.com. Semoga bertemu lagi....

FOTO KENANGAN DARI AZLAN ABDOL GHANI

Gambar kelas semasa di Tingkatan 2C. Azlan Ghani yang duduk No 4 dari kiri. Guru kelas Cikgu Arshad.

Bersama rakan-rakan sekelas semasa di Tingkatan 3C.

Ini semasa Majlis Perpisahan Guru Besar SMTK, Cikgu Shaari Tahun 1982.

Foto ni diambil semasa rombongan Pelajar SMTK ke Genting Highlands pada tahun 1982..

Ini pula gambar semasa Sukan Tahunan Kali Pertama SMTK pada tahun 1982..

Saturday, October 3, 2009

WALIMATUL URUS - 04/10/2009



Sila maklum bahawa Saudara Tarmizi & isteri dan bagi pihak keluarga sebelah isteri menjemput semua ahli SMARTOSA untuk menghadiri kenduri kahwin anak buah mereka di Sek. Keb. Datuk Keramat (2), Kg Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur pada 4/10/09 (Ahad) bermula jam 11pagi sehingga 500ptg.
.
Semua di jemput hadir.
.
Sekian, terima kasih.