Friday, February 12, 2010

FOTO-FOTO SEPANJANG AGM - Part 1


SEKITAR PENDAFTARAN AHLI..





YBhg Datuk Johari, selaku penaung SMARTOSA telah sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung SMARTOSA yang pertama..

Saudara Yusni mengambil tempat sebagai Pengerusi Majlis untuk malam itu..

Ahli-ahli mengambil tempat masing-masing..


AJK Penaja turut mengambil tempat sebelum majlis perasmian...








Majlis pun dimulakan...




Bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Penaja...




Ucapan perasmian oleh YBhg Datuk Johari...




Naib Pengerusi AJK Penaja merangkap Pengerusi Majlis begitu asyik mendengar ucapan...





Terima kasih Datuk atas ucapan yang amat menarik...




Wednesday, February 10, 2010

PRA MESYUARAT AGUNG SMARTOSA

3.30 petang... Seorang demi seorang AJK Penaja hadir ke dewan Sekolah Rendah Datuk Keramat 2. Setelah semua hadir, acara mengemas pun dimulakan...

Ok... bahagian depan dah susun...

Sekarang nak letak banner pulak.. tapi nak letak di mana ye?? "Kita cuba gantung kat sini la"

Ha.... Ok tak camni?? Hmmm... macam tak kena je....

"Abis tu... nak gantung kat mana la pulak?? Jom la gantungkan kat white board tu... Tengok, elok ke tidak.."

Ngam la kat sini... Dah... Selesai satu kerja...

"Sementara tunggu kerusi sampai.. apa kata kita buat last briefing?"




Ok... kerusi dah sampai.. jom susun....


6.00 petang... semua dah siap untuk AGM malam ni...

Monday, January 25, 2010

Notis Mesyuarat Agung SMARTOSA seperti diatas telah dihantar dan diposkan kepada semua ahli yang berdaftar.

Mesyuarat Agung SMARTOSA kali Pertama ini akan diadakan pada:-

Tarikh : 6hb Februari 2010

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 malam

Tempat : Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2, Kg Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur

Kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat yang belum mendaftar sebagai ahli dan membayar yuran sebanyak RM25.00, diharap dapat hadir sebelum pukul 8.00 malam untuk mendaftar dan seterusnya membolehkan mengundi atau dicalonkan.

Diharapkan dapat diwar-warkan kepada semua dan mengesahkan kehadiran kepada Syed Mahadi di talian 012 2106622 atau Zaharin di talian 017 3006663.

Kehadiran semua amat diharapkan untuk memastikan SMARTOSA terus bergerak ke hadapan.

Terima kasih.




Thursday, January 21, 2010

MENGETEH DI AL KADER 16/01/2010

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kita, Pn Wahidah dan suami, Mr J kerana sudi hadir walaupun baru tiba dari Abu Dhabi.


Setelah semua AJK Penaja hadir, mesyuarat pun dimulakan untuk menetapkan aturcara AGM SMARTOSA yang akan diadakan pada 6hb Februari 2010...












AJK terus bermesyuarat dengan seriusnya...



Sementara AJK bermesyuarat, yang lain terus menjamu selera. Tengoklah si Ida, renungan tajam ke mangkuk sup Mr J.. Nak mengecek la tu ye..


Tidak ketinggalan Ayom dan Fazlun... sama sama menjamu selera


Sementara menunggu tomyam yang diorder, Ida pun mulalah mengambil gambar rakan rakan untuk kenangan.. Apa lagi COI, satu pose special bro...


Ani dan Zack tidak melepaskan peluang untuk turut sama hadir walaupun agak lewat.



Tomyam yang ditunggu pun tiba... Ida pun terus menjamu selera.. Hmm sedapnya tomyam ni, kalau la boleh dihirup..




Remy dan Liza pun hadir untuk bersama rakan-rakan.

Monday, January 11, 2010

Ngeteh Lagi Di AlKader 08/01/2010


Di antara muka baru yg hadir untuk bertemu rakan pada malam itu ialah Salina Ghani, Rokiah & Rosmawati selain Ani yg hadir bersama keluarga...

Sambil berborak & bertukar-tukar cerita, borang keahlian SMARTOSA tetap diisi untuk memastikan layak untuk dicalonkan dan mengundi...

Turut hadir, Mochtar Omar & Johari selaku AJK Penaja SMARTOSA...

Dee begitu sibuk mengisi borang keahlian SMARTOSA sambil Lina & Liza asyik mendengar cerita dari rakan-rakan lain...

Walaupun sudah lama tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan kerana urusan kerja, Ani tetap dapat meluangkan masa dan seperti biasa dapat memeriahkan perjumpaan tidak rasmi ini..

Wajah ceria yang tidak dapat diperkatakan kelihatan dari wajah mereka ini..

Syed Mahadi dan Yusni sibuk memeriksa borang keahlian SMARTOSA yang telah diisi oleh semua ahli sebelum memulakan meeting ringkas untuk menentukan tarikh, tempat, masa, aturcara & agenda bagi AGM Pertama SMARTOSA...

Rakan-rakan yang lain meneruskan perbualan tatkala AJK Penaja sedang bermesyuarat..

Salina Ghani, Rokiah & Norma sedang menikmati juadah sambil bertukar-tukar cerita..



Walaupun Tuan Haji Safian Mohd Noor hadir sedikit lewat, namun semua orang nak pecah perut dengan keletah beliau...

Dee & Ani begitu serius nampaknya...

Acara perbincangan dan berborak bertambah rancak.....

Epi turut singgah sekejap untuk berjumpa dengan rakan-rakan walaupun masih penat sebab baru balik dari program Juara Rakyat di Bukit Beruntung...

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".





Wednesday, December 16, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS WALIMATUL 'URSI


Salam buat semua warga SMARTOSA...
.
Kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita, Saudara Rozaimi bin Md Yusuf ('Mimi/Pucuk') ingin menjemput semua ahli SMARTOSA untuk menghadiri majlis walimatul 'ursi adinda beliau, En Hamdan bin Md Yusup dengan Cik Marliana binti Abdullah. Majlis tersebut akan diadakan pada:-
.
.
Hari
Ahad, 20hb Disember 2009
.
Tempat
Perkarangan Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2
Kg Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
.
Aturcara Majlis
12.00 tgh - 4.00 ptg
.
Kehadiran semua Ahli SMARTOSA serta keluarga amatlah dialu-alukan. Sila war-warkan pada semua rakan.
.
Terima kasih. Wassalam.