Monday, February 16, 2009

GATHERING PHOTOS AT NZ CURRY HOUSE (6/2/09) - PART 1

Semua dah start mengimbau kisah lama & baru....
Roslina Said... ada 3 lagi kosong tau....agaknya la tu...

Saya taknak roti nan ni.. ayam tandori pun taknak... ulam pegaga ada tak..??

Agak2 DSP Azlan tu tgh soalsiasat psl Projek Petronas ke Mochtar??

Masing2 dgn bermacam gelagat.. Almaklumlah dah 28tahun terpisah....

Sunday, February 15, 2009

1st Gathering @ NZ Wangsa Maju 6/2/09

Assalamualaikum..



Seperti yg dilaporkan sblm ini, sebahagian bekas2 pelajar SMTK telahpun mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi di Restoran NZ Curry House, Wangsa Maju pada 6hb Februari 2009 yang lepas.



Perjumpaan yang dirancangkan bersama oleh teman2 yg cukup rajin seperti Saharom, Afri, Azli, Zaharin, Nasa dan Norharlina, Yusni dan Rodiah serta saya sendiri telah berusaha untuk mendapatkan seramai penyertaan dari rakan2 yg rata2 telah menyatakan persetujuan mereka untuk menghadirkan diri.



Bertempat di dewan makan tertutup Restoran NZ, Wangsa Maju acara yg dimulakan pada pukul 9mlm itu telah mendapat sambutan yg begitu baik dengan kehadiran hampir 40 orang bekas pelajar SMTK tahun 1979-1983.



Mereka seperti tidak percaya akan dapat bertemu kembali dengan wajah dan fizikal yg mana ada yang masih maintain dan ada juga yg telah berubah dari segi fizikal dan juga warna rambut. Maklumlah dah 28 tahun tidak bersua muka.

Walaubagaimanapun orang yg paling maintain dan awet pada malam itu tentunya Cikgu Nazlan yg sentiasa tersenyum dan peramah seperti dahulu. Beliau kini mengajar di Sekolah Menengah Wangsa Maju, Kuala Lumpur yg memang berdekatan dgn restoran NZ ini. Bila ditanya apakah rahsia cikgu yg begitu awet muda itu? Jawapan beliau cuma rajin2lah makan ulam pegaga dengan akar2nya sekali.. So bolehlah kita yg tak berapa awet ni mencubanya. Jika berjaya, teruskan amalan makan ulam pegaga ni. Pada mereka yg tidak berjaya, maknanya kita telah tua sebelum waktunya.

Beberapa photo telah dipaparkan utk mengimbau kembali kenangan yg tidak dapat dilupakan dan diharapkan ia menjadi detik permulaan utk aktiviti2 yg akan dilaksanakan kemudian. Diharapkan kita akan mendapat penyertaan yg penuh dari semua bekas pelajar hendaknya.

Sekian, wassalam.

Saturday, February 14, 2009

SALAM SEJAHTERA



Dari kiri: Afri, Saharom, Syed Mahadi, Nasa dan Nor Izman

Dari kiri: Nor Izman, Azli dan Fazli
Assalamualaikum wbrt

Salam buat semua rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat dari tahun 1979 sehingga 1983.

Kewujudan blog ini terhasil daripada beberapa sesi perjumpaan bermula dari majlis perkahwinan anak bekas pelajar, iaitu Pn Roshana pada 31hb Januari 2009.
Diikuti dengan perjumpaan tidak formal di Restoran NZ Curry House Wangsa Maju pada 6hb Februari 2009 yang dihadiri hampir 40 orang bekas pelajar dimana telah dapat bersua muka setelah terpisah lebih daripada 25 tahun.
Semalam, 13hb Februari 2009, satu protem committee telah diwujudkan untuk merangka dan merancang beberapa aktiviti untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat.
Ahli-ahli protem yang telah dipilih adalah:-
1. Saharom Mohd Noor - 012 9157184
2. Zaharin Manan - 017 3006663
3. Yusni Shahadan - 019 2786144
4. Azli Asmawi - 019 2448919
5. Nasaruddin Amrah - 012 3155417
6. Elias Mohd Latip (Alex) - 012 9405809
7. Mohd Afri Nordin - 017 6726136
8. Rodiah Abdul Rahman - 012 3778366
9. Norharlina Abdul Jalil - 012 3939517
10. Syed Mahadi Al Jufree - 012 2106622
Diantara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah:-
1. Jamuan Teh atau Makan Malam
2. Mengunjungi rakan-rakan atau ahli keluarga yang kurang sihat
3. Membuat kutipan bulanan untuk mengisi tabung Alumni SMTK

Bagi bekas-bekas pelajar SMTK dari tahun 1979-1983 yang mengunjungi blog ini, harap dapat menyampaikan berita ini kepada mereka yang tidak dapat dihubungi untuk turut serta.
Marilah kita bersama-sama merapatkan kembali silaturahim diantara kita.
Waillalliqa'