Thursday, June 4, 2009

SeKaLuNG TaHNiaH UnTuK KiTa SeMuA...

Assalamualaikum Buat Semua Warga SMARTOSA,

Alhamdulillah, Hari Santai BBQ SMARTOSA telahpun selamat dijalankan pada 30hb Mei 2009 yang lalu. Acara yang berlangsung dengan persiapan awal paginya oleh Hos kita iaitu Sdra Termizi dan isterinya, Fida. Kerusi, meja, pinggan, mangkuk, cawan, dll semuanya berada di bawah khemah telah siap dikeluarkan untuk disusunkan.

Semua AJK Penaja SMARTOSA berserta pasangan masing-masing telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tempat acara ini dilangsungkan. Kerusi dan meja perlu disusun rapi dan tempat makanan dan minuman perlu dikemaskan dan dicantikkan. Begitu juga tempat untuk BBQ yang perlu diletakkan di tempat yang strategik.

Malam itu selepas waktu Maghrib, seorang demi seorang rakan-rakan kita tiba. Ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang berdua-duaan dan ada juga yang datang bersendirian. Bagaimana pun mereka tidak lupa untuk membawa bersama-sama mereka hidangan ataupun juadah untuk dijamukan kepada semua rakan yang hadir.

Bertanya khabar diantara mereka adalah acara yang paling seronok pada malam itu. Usik mengusik dan gelak ketawa sesama sendiri. Memang seronok dan semua nampak happy sangat.

Api BBQ pula telah dinyalakan sejak dari pukul 6 petang lagi yang diketuai oleh Sdra Yusni yang memang pakar di dalam hal ini sambil dibantu oleh beberapa rakan yang lain. Hos kita pun tidak ketinggalan dengan penyediaan air minuman sejuk dan panas serta beberapa juadah yang lain.

Jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Emcee kita pada malam itu iaitu Sdra Zaharin dan Sdra Yusni telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Acara dimulakan dengan Bacaan Tahlil ringkas untuk rakan-rakan yang telah pergi mendahului kita yang diketuai oleh Tuan Haji Safian Mohd Noor dan doa selamat pula dibacakan oleh Sdra Nadar Manap.

Setelah itu, kata-kata aluan disampaikan oleh Pengerusi Penaja. Setelah selesai ucapan ringkas dari beliau, maka acara yang ditunggu-tunggu pun bermula iaitu acara makan. Memang banyak juadah yang ada pada malam itu. Itu semuanya adalah hasil daripada tangan rakan-rakan kita sendiri. Semuanya sedap-sedap belaka. Terimakasih kepada rakan-rakan semua yang sudi hadir dengan juadahnya sekali.

Acara sampingan yang dijalankan adalah seperti "musical chair" untuk kategori kanak-kanak, remaja dan juga para bapa. Begitu juga acara "skodeng" untuk kanak-kanak. Semua hadiah kepada setiap pemenang pada malam itu ditaja oleh Sdra Zaharin Manan. Manakala goodies pula disumbangkan oleh Sdra Mohamed Johari Ahmad @ Wak Minang @ Joe Tilam. Hos kita pun tidak ketinggalan dengan acara surprise nya iaitu meneka berapa biji kacang yang terdapat di dalam bungkusan yang belum dibuka. Pada malam itu Sdra Tajul menang hadiah yang banyak juga. Tahniah!!

Tidak dilupakan pada malam itu juga kita telah membuat kutipan derma bagi disalurkan kepada rakan-rakan kita yang amat memerlukan dan juga sebagai tanda ingatan ikhlas dari kita semua. Alhamdulillah, semua sumbangan ikhlas dari rakan-rakan telahpun selamat disampaikan kepada Sdra Nor Izman yang mana isteri beliau kini sedang menjalani sesi kemoterapi kerana penyakit kanser. Begitu juga sumbangan tanda ingatan ikhlas telah disampaikan kepada Sdri Fauziah @ Gee yang sedang menjalani rawatan di Hospital Tawakkal kerana penyakit jantung berlubang. Semoga mereka cepat sembuh dan tabah menjalani ujian berat dari Allah swt.

Overall, saya rasa terharu atas sambutan dari rakan-rakan yang hadir pada malam itu. We have our time together!! Itulah misinya. Itulah harapannya!! Itulah hasilnya!! Itulah juga seruan kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekali lagi, bagi pihak AJK Penaja SMARTOSA, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang hadir, juga kepada "PBB" yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami & isteri SMARTOSA dan tidak ketinggalan kepada Sdra Termizi dan isteri, Fida serta seluruh anggota keluarga yang sudi membenarkan kita menggunakan rumah beliau untuk majlis Hari Santai BBQ SMARTOSA. Semangat ini yang diperlukan dari semua rakan-rakan. Insyallah, kita akan bertemu lagi....


FRIENDS FOREVER....

Sekian, Wassalam.



SYED MAHADI AL-JUFREE
PENGERUSI PENAJA SMARTOSA

1 comment:

Zaharin Manan said...

As Salam semua warga SMARTOSA

Alhamdullilah, majlis BBQ santai kita telah berjalan dengan sempurna dan meriah pada malam itu

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Tarmizi & Fida yang telah membenarkan kepada kita semua mengunakan kediaman beliau untuk majlis ini semoga Allah SWT akan memurahkan rezeki dan meberi keberkatan pada awak berdua.

Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK majlis seperti Syed Mahadi, Yusni, Che Onn, Mocthar, Saharom, Azli, TH Nadar, TH Safian, Johari (wak minang),Zainudin Baba, Norhuda, Ani Said dan lain2 (maaf sekiranya nama tidak disebut) yang telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga sama ada tenaga, wang ringgit, idea2 yg bernas serta masa bagi kita merealisasikan majlis kita. Begitu juga kepada PBB yang terlibat kerana memahami kesibukan pasangan masing2.

Kepada semua warga SMARTOSA kami semua berasa sangat berbesar hati atas kehadiran & kerjasama yang telah diberikan serta juadah2 dan juga sumbangan wang bagi tabung kita. Untuk makluman lebih kurang 50 orang warga SMARTOSA yang hadir pada malam itu dan kalau dihitung dengan keluarga mereka kehadiran tetamu kita menjangkau ke 180 - 200 orang, semoga sambutan ini dapat diterus & ditingkatkan lagi untuk majlis2 akan datang.

Semoga keakraban yang terjalin ini akan terus berkekalan hingga keakhir hayat kita Insyallah...

Friend Forever.....

Terima Kasih
Zaharin Manan