Monday, July 13, 2009

DO YOU THINK YOU CAN DANCE?? :)

Disebabkan ketiadaan acara mengeteh di Al Kader pada malam Jumaat lepas, SM, ZBM, Ayom, SA dan SSM telah mengambil peluang untuk pergi ke satu tempat mengeteh yang baru yang dicadangkan oleh Ayom dan SA.

Ia adalah sebuah restoran terbuka di Wangsa Maju berdekatan dengan sekolah Sri Utama. Tempatnya agak tersorok dari jalan besar selepas simpang empat Royal Selangor. Apa yang membuatkan kami tertarik adalah sebaik saja sampai ke sana, terdengar orang sedang berkaraoke..

Masuk saja kami ke perkarangan restoran, kami ternampak sekumpulan orang sedang menari mengikut irama lagu yang didendangkan. Wahh!!! ada tarian poco-poco lah kat situ... Teruja dibuatnya.



Pernah mendengar tarian poco-poco? Jika tak pernah, anda tau tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco-poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia..

Selain daripada berseronok, kita juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala ..

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan... Tarian ini juga tak memerlukan kita memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak..



Sepanjang berada di sana, kami rasa terhibur dengan pelbagai rentak lagu dari Indonesia dan Malaysia juga. Tidak ketinggalan lagu-lagu Bollywood!

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..


1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..


Senang bukan… ??? Silalah cuba…

2 comments:

Zaharin Manan said...

SM
Nampak macam senang tapi nak buat tak tahu la jadi ke tidak...

Tapi sebenarnya Poco2 ni bagus gak untuk kesihatan diri, sekurang kurang nya adalah pergerakan badan kita yang dah lama tak bersenam dan boleh mengeluarkan peluh.

Lepas tu jangan la gi melantak kat cafe depan tu... minum air suam je cukup la hehehe.....

Syed Mahadi said...

Zaharin,

Nampaknya dah ada cadangan utk tukar port ngeteh dari AlKader ke Wangsa Maju ni.. Utk mengelakkan boring katanya..Padahal, mesti nak praktis step yg diajar kat artikel tu..hehe..

Apa kata kawan2 yg lain..?? Ada berani kaa..??