Salam Maulidul Rasul buat semua rakan-rakan..
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Sdr Raheimi Hj Halid atas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah pada 25hb Februari 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Lanjutan dari Mesyuarat Agung yang diadakan pada 6hb Februari 2010, AJK yang baru dipilih telah duduk bermesyuarat pada 19hb Februari 2010 untuk pembahagian tugas dan cadangan aktiviti untuk setiap biro sepanjang tahun 2010/2011.
Barisan AJK dan portfolio masing-masing adalah seperti berikut:-
Tuan Syed Mahadi Al-Jufree Bin Syed MustafaPengerusi
Encik Yusni Bin ShahadanTimbalan Pengerusi
Portfolio: Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas
Encik Zaharin Bin MananSetiausaha
Puan Mazita Binti HusainPenolong Setiausaha
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Wanita
Encik Saharom Bin Md NoorBendahari
Puan Roslina Binti Mohd SaidAhli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Kebajikan & Kebudayaan
Encik Mohd Tarmizi Bin Mohd AkilAhli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Ekonomi
Encik Mochtar Bin OmarAhli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Lelaki
Encik Raheimi Bin Hj HalidAhli Jawatan Kuasa
Tuan Haji Mohd Safian Bin Mohd Noor
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Pendidikan & Agama
Encik Zainuddin Bin BabaPemeriksa Kira-Kira
Encik Mohazrifi Bin OmarPemeriksa Kira-Kira
Mesyuarat diakhiri dengan tekad untuk mencari semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat dari semua peringkat umur untuk didaftarkan sebagai ahli SMARTOSA. Diharapkan semua ahli akan bekerjasama untuk memastikan kempen untuk mendapatkan seramai ahli dapat dilaksanakan dengan jayanya.