Friday, February 26, 2010

Berita Semasa SMARTOSA.

Salam Maulidul Rasul buat semua rakan-rakan..

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Sdr Raheimi Hj Halid atas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah pada 25hb Februari 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Lanjutan dari Mesyuarat Agung yang diadakan pada 6hb Februari 2010, AJK yang baru dipilih telah duduk bermesyuarat pada 19hb Februari 2010 untuk pembahagian tugas dan cadangan aktiviti untuk setiap biro sepanjang tahun 2010/2011.

Barisan AJK dan portfolio masing-masing adalah seperti berikut:-




Tuan Syed Mahadi Al-Jufree Bin Syed Mustafa
Pengerusi

Encik Yusni Bin Shahadan
Timbalan Pengerusi
Portfolio: Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas

Encik Zaharin Bin Manan
Setiausaha

Puan Mazita Binti Husain
Penolong Setiausaha
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Wanita

Encik Saharom Bin Md Noor
Bendahari

Puan Roslina Binti Mohd Said
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Kebajikan & Kebudayaan

Encik Mohd Tarmizi Bin Mohd Akil
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Ekonomi

Encik Mochtar Bin Omar
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Sukan Lelaki

Encik Raheimi Bin Hj Halid
Ahli Jawatan Kuasa

Tuan Haji Mohd Safian Bin Mohd Noor
Ahli Jawatan Kuasa
Portfolio: Pengerusi Biro Pendidikan & Agama

Encik Zainuddin Bin Baba
Pemeriksa Kira-Kira

Encik Mohazrifi Bin Omar
Pemeriksa Kira-Kira



Mesyuarat diakhiri dengan tekad untuk mencari semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat dari semua peringkat umur untuk didaftarkan sebagai ahli SMARTOSA. Diharapkan semua ahli akan bekerjasama untuk memastikan kempen untuk mendapatkan seramai ahli dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2 comments:

AZLAN said...

Salam sejahtera.

Saya ucapkan tahniah diatas perlantikan AJK SMARTOSA utk tahun 2010-2011. Kekuatan sesebuah organasasi spt ini memerlukan sokongan dana yang besar dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

Cadangan saya, SMARTOSA perlu memenuhi kantung koceknya dengan salah satu caranya memohon sumbangan pada pemerintah samaada PKR ataupun BN.Apa guna kita mengundi mereka, kalau tak dapat bantu banyak, sedikit pun tak apa.
Selamat berjaya dan terus berjaya.

Wassalam.

Syed Mahadi said...

Sdr Azlan,

Mungkin sdr Azlan ada pengalaman utk mendapatkan bantuan dana dr pihak2 yg berkenaan. Mungkin sdr Azlan boleh mendptkan contoh surat utk kita hantarkan kpd mereka. (Kita hantar kat dua2 pihak pun xper. Kita berada di Selangor so Kerajaan Negeri kita minta, kat kerajaan Persekutuan pun kita boleh mintak jugak..