Sunday, March 7, 2010

KUNJUNGAN KE KEDAI MAKAN NO 3 R&R SEREMBAN (ARAH UTARA)


Pada hari Sabtu lepas (6/3/10), kami telah menghadiri majlis pertunangan anak buah di Gemas, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan balik, kami bercadang untuk mengunjungi rakan, Pn Ummi Kalsom Hj Hassan, yang lebih mesra dipanggil Amy.... Beliau ada membuka sebuah kedai makan di R & R Seremban arah utara. Kedai makan beliau ada menjual berbagai jenis makanan.. memang mengancam makanan yang dijual... Specialty kat kedai Amy adalah yong tau foo supnya... Seeedaaapp!! Asyik penuh dengan orang yang nak membeli... tak menang tangan gitu..



Hajat kami untuk berjumpa dengan Amy hari itu, tidak kesampaian.. Beliau sibuk menguruskan hal-hal bisnesnya itu diluar.. Selang beberapa minit selepas kami beredar dari situ, beliau menelefon memberitahu yang beliau baru sampai ke kedai.. Tak ada rezeki nak berjumpa.. mungkin di lain kali...

Apa-apapun... diucapkan selamat maju jaya buat Amy...

Bagi rakan-rakan yang dalam perjalanan balik dari selatan, bolehlah singgah di kedai Amy ni untuk menikmati yong tau foo sup... KEDAI NO 3.. ANUGERAH..


Pn Ummi Kalsom Hj Hassan (Amy)

3 comments:

Anonymous said...

kesian kak ummi kan dgr kawin dgn dato penipu dah ler penat bina perniagaan sekali kena tipu lelaki hidung belang boleh linkup business. sabar kak

Anonymous said...

tue la berhati-hati dlm mencari jodoh bila dah established silap-silap habis duit di sapu dek suami mcm nie

Anonymous said...

Astagfirullah sabar yer Amie.. cepat kluar jgn termakan tipudaya org sebegini. jaga business tue utk anak2