Wednesday, May 26, 2010

SAYANGILAH TULANG BELAKANG KITA...

Salam buat semua warga SMARTOSA.

Terlebih dahulu, warga SMARTOSA ingin mengucapkan takziah kepada Saudara Mochtar Omar diatas pemergian ibunda tercinta pada 23hb Mei 2010.. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Kekurangan aktiviti dalam SMARTOSA serta keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan menyebabkan blog ini agak lama tidak dikemaskinikan.. "Slip disc" yang saya alami sejak bulan Mac telah membataskan segala pergerakan saya dan saya masih lagi didalam proses pemulihan.. "Slip disc" mengambil masa yang agak lama untuk pulih.. jadi.. dikesempatan ini saya ingin menasihati semua rakan-rakan... jagalah tulang belakang kita..





















4 comments:

AZLAN said...

Syed Mahadi,

Saudara adalah pelajar yg paling aktif sekali semenjak saya kenali saudara mula dari Darjah 4 A SKDK(2). Saudara adalah orang yang tertinggi sekali kalau berbaris dalam kelas.Jangan marah ye, inilah kelebihan yang saudara ada.

Ini adalah dugaan dari allah swt dan saya harap saudara tabah menghadapinya.
Kita semua ada bahagian masing-masing didunia ini.
Semuga saudara tabah menghadapi ujian allah ini dan saya doakan cepat sembuh.

Syed Mahadi said...

Sdra Azlan,

Klu di zaman sekolah rendah, mmg majoriti kwn2 yg lain berada di paras ketiak saya bila berdiri sama. Masuk di sekolah menengah mungkin diparas telinga dah kot.. tp skrg, msg2 boleh tahan tinggi dan besar dari saya...

Alhamdulillah, setelah hampir 3bulan menjalani dugaan krn slipdisc ni, sy dah hampir pulih sepenuhnya. Cuma masih berhati2 bila ingin berjalan ataupun berdiri lama. Masih x berani utk mengangkat benda2 berat..

Kepada rkn2 yg lain, pesanan saya cuma selalu ambil berat ttg tulang belakang kita ni kerana ia boleh terjadi kat sape2 sahaja tanpa mengira keadaan fizikal kita tinggi atau rendah mahupun kurus atau besar..

Terima kasih krn bersama2 berkongsi ilmu...

Zaimah Zakaria said...

Salam abg syed, saya pernah kena sakit tulang belakang dan knee injury dan doctor ada sarankan saya buat senaman yg abg syed tunjukkan tu..selain berubat ...syukurlah sekarang knee saya kurang sakitnya ,kecuali saya terlampau aktif berlari...tulang belakang saya pun x sakit lagi...

Zaimah Zakaria

Syed Mahadi said...

Wslm Zaimah,

Saya sendiri pun dlm proses pemulihan dan hampir pulih sepenuhnya setelah 3bulan berlalu..Tetapi oleh kerana saya aktif balik dgn aktiviti SMARTOSA baru2 ini, gangguan saraf saya kembali sakit..

Oleh itu, ingin saya menasihatkan kepada semua org dan diri saya, supaya jgn terlalu yakin dgn proses pemulihan yg kdg kala tanpa dijangka ia akan kembali sakit bila tidak berjaga2..

Sabar je la..