Monday, July 26, 2010

POOL BARBECUE DI VILLA WANGSAMAS - 24 JULAI 2010

Alhamdulillah.... cuaca sepanjang hari Sabtu lepas amat baik, mengiringi acara BBQ kami di kawasan taman dan kolam renang Villa Wangsamas. Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir jam 12.30 tengah malam itu berlangsung dalam suasana yang amat meriah terutama bagi anak-anak..

Semua rakan-rakan yang hadir membawa bersama mereka makanan-makanan untuk dijamu. Tuan rumah, Saudara Johari dan isteri menyediakan nasi lemak sambal sotong dan sambal petai.. tak terkecuali bubur kacang bercampur durian.. Ayam, udang, sotong, ikan yang telah siap diperap menunggu masa untuk dibakar. Menu yang paling istimewa pada hari itu adalah daging kambing yang dibawa oleh Saudara Ajai.. Siap dengan sos tiga rasanya... memang lazat.. Kerana permintaan yang begitu tinggi, tiga dapur barbeku disediakan untuk mempercepatkan proses membakar...








Sementara menunggu ayam yang dipanggang masak, semua menjamu selera dengan
nasi lemak sambal sotong dan sambal petai... Sehingga menjilat jari gitu..

First batch ayam dan udang yang dibakar...

Anak Ayom mengambil tugas menjaga salah satu dapur... peace bro..

Ajai sekeluarga hadir bersama-sama daging kambing, ayam dan sos
tiga rasa yang ditunggu-tunggu

Tuan rumah yang sentiasa ceria bersama Afri...

Saudara Mochtar turut hadir walaupun kesihatan tidak mengizinkan... terima kasih..

Anak teruna Syed Mahadi ditugaskan untuk menjaga dapur utama..

Inilah daging kambing yang lazat dan laku pada hari itu... nak lagi....

Anak-anak dara Ajai sedang menjamu selera...

Fazlun mengambil alih tugas anak buat sementara...




Zahani turut membantu menyediakan bahan untuk dibakar....

Acara malam bermula....

Ibrahim hadir bersama anak kecilnya..

Najib juga hadir...

Apa agaknya yang ditengok dek Mochtar tu ye... tak kan nak balik dah kot?? Awal lagi..

Nak bagi kat siapa seluar tu Joe??

Pasangan ceria.. Mizi dan Fida yang hadir bersama anak-anak mereka..


Ajai dan isteri tercinta, Azah..

Tuan rumah... Joe, juga bersama isteri tercinta, Lina..

Wah!!! apa cerita tu Kartina? Berkerut-kerut Zahani dibuatnya...

Kartina turut membantu didapur...


Kehadiran Che Yah menceriakan malam...




Lanskap-lanskap indah di kawasan kolam renang..

Bunga-bunga yang ditanam cantik...


Kolam renang dan taman dikelilingi oleh kondo-kondo..

Lanskap di kawasan kolam..






Ajai dan isteri sibuk memerhati gelagat anak-anak..

Kerja di dapur masih belum selesai lagi...

Anak-anak kelaparan lepas naik dari kolam..

Ani dan keluarga meriuhkan acara...

Begitu asyik menjaga ayam dari terbakar..

Zack turut membantu...



Wahidah yang hadir agak lewat selepas menyelesaikan urusan anaknya..

Bergegar Villa Wangsamas bila Ani dan Wahidah bertemu..

Enaknya...


Udang bakar yang amat enak..





Kerancakan dan keriuhan rakan-rakan berborak malam itu
menggamatkan suasana... happening betul...


Kepada rakan-rakan yang hadir, ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian memeriahkan acara malam itu.. Bagi yang tidak dapat hadir, semoga kita dapat bersama-sama di dalam acara yang lain.. Semoga ikatan silaturrahim antara kita semua terus berkekalan...

Jumpa lagi di lain acara..




3 comments:

Unknown said...

Terima kasih kepada Wak Minang @ Joe Tilam, isteri Pn Lina, sekeluarga.

AZLAN said...

SM dan AJK SMARTOSA,
tahniah kerana dapat mengadakan program sebegini dan boleh merapatkan lagi siratulrahim bersama anggota keluarga SMARTOSA.

Mungkin ada cadangan utk adakan program sebegini di Kuantan.

Selamat Maju Jaya.
AZLAN ABD.GANI KEMAS PAHANG.

Syed Mahadi said...

Salam semua..

Pertama sekali ribuan terima kasih diucapkan kpd tuan rumah Sdra Johari Ahmad sekeluarga dan AJK SMARTOSA krn bekerjasama dlm menjayakan program Pool BBQ pd hari Sabtu lepas. Mmg semua yg hadir enjoy pd hari tersebut.

Bgmanapun saya rasa terkilan krn ramai yg tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu..Lebih2 lagi batch juniors yg telah menyatakan akan kehadiran mereka. Agak2nya msh ada rasa segan nak join batch senior mereka..Harap2 semua AJK n batch kita akan terus berusaha lebih utk menarik mereka sbg ahli dan seterusnya mereka dapat bersama2 kita dlm menjayakan apa2 program yg dijalankan..

InsyaAllah program seterusnya akan dirancang dan dilaksanakan pada bulan puasa ataupun di bulan Syawal nanti yg akan dilaksanakan di dalam kawasan sekolah bersama para guru2 dan bekas2 pelajar.

Begitu juga acara bercuti luar dari KL akan dirancang utk dilaksanakan seperti ke Kuantan atau pun ke mana2 yg difikirkan bersesuaian..

Terima kasih sekali lagi.