Wednesday, June 30, 2010

KARNIVAL SMK TAMAN KERAMAT - 3 JULAI 2010

Assalamualaikum wbr buat semua warga SMARTOSA..

Terasa cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, bulan Jun sudah sampai ke penghujungnya dan kita akan memasuki bulan Julai.. Kesibukan tugas di pejabat membataskan saya untuk mengemaskinikan blog ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa pihak SMK Taman Keramat akan mengadakan Karnival Sekolah pada hari Sabtu ini, 3hb Julai 2010 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang di perkarangan sekolah. Berbagai acara akan berlangsung dan pihak sekolah mengharapkan agar semua bekas pelajar dapat bersama-sama menjayakan acara tersebut.

Bagi pihak SMARTOSA, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Kaunter pendaftaran untuk menyertai SMARTOSA bagi bekas-bekas pelajar juga akan dibuka. Diharapkan agar acara ini mendapat sambutan dari kita semua dan diminta diuar-uarkan kepada semua bekas pelajar.


Wednesday, May 26, 2010

SAYANGILAH TULANG BELAKANG KITA...

Salam buat semua warga SMARTOSA.

Terlebih dahulu, warga SMARTOSA ingin mengucapkan takziah kepada Saudara Mochtar Omar diatas pemergian ibunda tercinta pada 23hb Mei 2010.. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Kekurangan aktiviti dalam SMARTOSA serta keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan menyebabkan blog ini agak lama tidak dikemaskinikan.. "Slip disc" yang saya alami sejak bulan Mac telah membataskan segala pergerakan saya dan saya masih lagi didalam proses pemulihan.. "Slip disc" mengambil masa yang agak lama untuk pulih.. jadi.. dikesempatan ini saya ingin menasihati semua rakan-rakan... jagalah tulang belakang kita..





















Monday, April 19, 2010

BeRiTa JoGGiNG di KLCC...

Hari Sabtu lepas, 17hb April 2010, merupakan kali ke 3 acara berjoging diadakan di Taman KLCC. Hari yang cerah untuk beriadah bersama-sama.. Semoga aktiviti ini mendapat sambutan berterusan dari semua ahli SMARTOSA serta keluarga....

Fazlun tak melepaskan peluang untuk turut serta.. walaupun ketinggalan
beberapa pusingan.. Tu posing ke joging... ??!!

Mochtar bersama Zaharin & famili berehat selepas beberapa round berjoging...
Lepas ni.. makan time.... yeaaaa...

Tengah lumba lari ke tengah joging tuuu... Gaya mau lebih beb...hehehe..

Lepak nampak.... Dah berapa round dah ni?? Kelihatan Mazita, Ani, Zek & Zaharin sedang berehat....

Berposing dulu sebelum warm up untuk berjoging.....

Tuesday, March 16, 2010

MaRi KiTa BeRjOggInG - 21 MAC 2010 @ AHAD


Dengan sukacitanya, Biro Sukan SMARTOSA menjemput semua ahli serta keluarga untuk berjogging bersama-sama

di
Taman KLCC

pada
Ahad, 21hb Mac 2010

jam
6.45 pagi


Ayuhlah kita beramai-ramai turut serta dalam aktiviti pertama SMARTOSA ini. Sambil kita beriadah menyihatkan badan.. kita turut mengeratkan silaturahim antara ahli... AYUHHH!! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI...
******
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi Biro Sukan Lelaki & Wanita: Puan Mazita (016-6178360) atau Encik Mochtar (019-2146562).

Thursday, March 11, 2010

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS - 14/03/2010



Salam buat semua rakan-rakan...

Puan Mazita Hussin ingin menjemput semua rakan-rakan ke majlis walimatul urus anak saudara beliau, Mohammad Fahmi bin Taleb bersama pasangannya Maizatul Norhaslinda bt Mohd Abd Halim di:

No 8, Jalan 2/1, Pinggiran Batu Caves
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Pada
Ahad, 14hb Mac 2010

Dari
12.00 tgh - 4.00 ptg

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak saudara Mazita....

Sunday, March 7, 2010

KUNJUNGAN KE KEDAI MAKAN NO 3 R&R SEREMBAN (ARAH UTARA)


Pada hari Sabtu lepas (6/3/10), kami telah menghadiri majlis pertunangan anak buah di Gemas, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan balik, kami bercadang untuk mengunjungi rakan, Pn Ummi Kalsom Hj Hassan, yang lebih mesra dipanggil Amy.... Beliau ada membuka sebuah kedai makan di R & R Seremban arah utara. Kedai makan beliau ada menjual berbagai jenis makanan.. memang mengancam makanan yang dijual... Specialty kat kedai Amy adalah yong tau foo supnya... Seeedaaapp!! Asyik penuh dengan orang yang nak membeli... tak menang tangan gitu..



Hajat kami untuk berjumpa dengan Amy hari itu, tidak kesampaian.. Beliau sibuk menguruskan hal-hal bisnesnya itu diluar.. Selang beberapa minit selepas kami beredar dari situ, beliau menelefon memberitahu yang beliau baru sampai ke kedai.. Tak ada rezeki nak berjumpa.. mungkin di lain kali...

Apa-apapun... diucapkan selamat maju jaya buat Amy...

Bagi rakan-rakan yang dalam perjalanan balik dari selatan, bolehlah singgah di kedai Amy ni untuk menikmati yong tau foo sup... KEDAI NO 3.. ANUGERAH..


Pn Ummi Kalsom Hj Hassan (Amy)

Monday, March 1, 2010

MaLaM SiRiH D'KaPuR. Reunion Dinner Batch 83-87

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Makan Malam Batch 83-87 memberikan kata-kata aluan..




Ahli Jawatan Kuasa SMARTOSA yang hadir untuk memberi sokongan kepada junior batch '83-'87......


Bekas pelajar wanita '83-'87 bersama AJK SMARTOSA


Bekas pelajar lelaki batch '83-'87












Acara-acara yang telah disusun atur untuk yang hadir... karaoke.. cabutan bertuah.. games dan alunan lagu akustik yang best..

Bergambar beramai-ramai dipenghujung majlis sebagai kenang-kenangan..
Ribuan terima kasih atas jemputan dan tahniah atas penganjuran majlis dengan jayanya..