Wednesday, September 30, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SMARTOSA 2009

Assalamualaikum wbt,
.
InsyaAllah, SMARTOSA akan mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ala "Pot Luck" pada:
.
Tarikh: 10/10/2009 (Sabtu)
Masa: Bermula dari pukul 7.30 mlm
Tempat: Di kediaman Saudara Termizi & Fida
No. 44, Jalan AU4/6, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur
Pakaian: Baju Raya (Lelaki : Baju Melayu digalakkan)
.
Sila sahkan kehadiran dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir kepada Setiausaha SMARTOSA, Encik Zaharin Manan di talian 017-3006663.
.
Kehadiran semua bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat adalah amat dialu-alukan kerana sesi untuk mengisi borang keahlian akan diadakan serentak pada hari tersebut.
.
Sekian, wassalam
.
Bagi Pihak Jawatankuasa Penaja SMARTOSA
SYED MAHADI AL-JUFREE

7 comments:

AZLAN said...

Syed Mahadi, insyaallah orang kuantan iaitu Zul,Azlan dan Salad akan hadir bujang dalam program ini.

Syed Mahadi said...

Azlan,

Lagi cantik kalau bawak isteri & anak2 sekali.. Boleh jugak isteri2 & anak2 belah Kuantan berkenal mesra dgn keluarga belah sini...

Jangan lupa bawak juadah raya sekali dari Kuantan. Apa yang best dari Kuantan? Nasi dagang kat Padang Lalang pun sedap jugak..

Kepok gete kat Kemaman pun sedap jugak.. Tak jauh dari bandar Kuantan..

AZLAN said...

Syed Mahadi, untuk permulaan ini kami bertiga datang bujang dulu. Insyaallah lain aktiviti SMARTOSA akan bawa anak isteri pula.

AZLAN said...

Syed Mahadi, kami bertiga ni datang dari jauh. Kalau pakai baju melayu tu memang boleh, tapi........ takut isteri tanya abang nak kemana ye?

Syed Mahadi said...

Azlan,

Takut bini rupanya korang bertiga ye...Xper, orang yang berpengalaman selalu berkata, jika nak keluar rumah dan pergi jauh2 dengan berbaju melayu dan TAKUT isteri syak yang bukan2, saya syorkan jangan bawak keris dan kalau ada pistol pun bolehla simpan kat rumah...

Selesailah masalah korang tu...

AZLAN said...

Syed Mahadi, tak apalah utk majlis ini saya dah suruh isteri saya buat kek tak tahulah berapa biji dia nak buat. kalau nak keropok lekor kena pergi kemamang barulah sedap kerana keropok lekor banyak ikang.

Syed Mahadi said...

Azlan,

Alhamdulillah.. rajin isteri Lan nak buat kek utk dijamu kat rakan2 di sini...Cuma jgn lak atas kek tu ada muka Lan sbb tertido masa dlm kete dan tersembam kat atas kek..

Si Zul tu suruh dia bawak angpau raya byk2 sbb org keje bank ni mesti byk duit...hehe..

Si Cikgu Salad tu jgn lak bwk daun salad je... bwk2 la nasi dagang dari belah Pantai Timur plak ke..boleh gak kwn2 kat sini rasa mcmana enaknya nasi dagang org sana..

Wlubagaimanapun..berhati2 bila memandu ke KL.. xyah bwk laju2..smbil memandu tu boleh la nyanyi lagu Sudirman... Balik Kampung..haha..