Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN....


Salam Aidil Fitri buat semua sahabat SMARTOSA...
.
Kita dijangkakan akan menyambut 1 Syawal 1430 pada hari Ahad ini bersamaan 20hb September 2009.
.
Sempena lebaran yang bakal tiba, saya sekeluarga dan bagi pihak semua Ahli Jawatan Kuasa Penaja (ProTem Committee) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat SMARTOSA. Semoga kita akan terus memberi sokongan kepada SMARTOSA dan juga ahli keluarga masing-masing.
.
Kepada para sahabat yang akan beraya bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing, ingin saya berpesan supaya memandu dengan penuh hati-hati baik di lebuhraya ataupun di jalan biasa. Pastikan kenderaan diservis sebelum memulakan perjalanan.
.
Tidak dilupakan juga kepada anak-anak kecil yang bermain bunga api ataupun mercun, hendaklah sentiasa diawasi dan diperhatikan supaya tidak memudaratkan anggota badan dan harta benda.
.
Di dalam kita merayakan Aidil Fitri ini, kita juga tidak melupakan sahabat-sahabat dan kaum keluarga mereka yang kurang berkemampuan maupun kurang sihat kerana menempuh ujian dari Yang Maha Esa.. InsyaAllah, kita doakan kesejahteraan mereka dan seterusnya dapat meluangkan masa untuk saling kunjung mengunjungi diantara kita semua.
.
Marilah kita saling bermaafan jika ada sebarang kesilapan ataupun kesalahan sesama kita bersama. Minta dihalalkan segala makan dan minum tatkala kita bersama-sama mengeteh.

2 comments:

AZLAN said...

Saya juga sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua bekas-bekas pelajar SMTK 1979-1982
yang masih mengenali diri ini. Buat Syed Mahadi, tahniah saya ucapkan kerana menjadi pelopor kepada pemuafakatan rakan-rakan lama semasa belajar di SMTK.

AZLAN ABDOL GANI
KEMAS PAHANG BHG.OPERASI
JALAN BUKIT UBI
25000 KUANTAN.
TEL : 016-9536848

Syed Mahadi said...

Salam Azlan Abdol Ghani..

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.. Selamat datang ke blog kita ini..Semoga rajin2 jenguk dan memberi khabar berita utk rakan2 yang sentiasa kehausan khabar berita dari semua rakan2 bekas pelajar SMTK...

InsyaAllah, kita akan berkumpul lagi untuk jamuan hari raya..Sila teruskan membuka blog utk berita terkini..

Salam utk Azlan sekeluarga..