Sunday, October 4, 2009

PERJUMPAAN DENGAN CHEF ZAMRI ISMAIL

Inilah wajah Zamri yang sekarang bekerja di Switzerland sebagai seorang Chef yang terkenal di sana....Sedang rancak berborak bersama Syed Mahadi, Mazita, Mochtar dan Fazlun....
Zamri yang dahulunya seorang yang agak pendiam. Sekarang memang banyak berubah.. Memang meriah bila dapat bersama-sama..Ayom pun tidak terkata lagi...

Ibrahim & Najib juga hadir meraikan Zamri...Begitu juga Syed Mahadzir yang sekarang berada di Langkawi, Kedah juga dapat berhubung dan berborak dengan Zamri yang merupakan rakan lama beliau sejak dari sekolah rendah lagi melalui telefon & juga webcam...

Zamri begitu teruja bila dapat bertemu dengan rakan-rakan lama dan beliau akan kembali ke KL di dalam bulan Disember 2009 ini..

Zamri yang bercuti di KL dari 18/09/09 tetapi hanya dapat bersama rakan-rakan pada 03/10/09 hasil pertemuan dengan Sdra Najib di Keramat. Walaupun dapat bertemu tidak berapa lama iaitu lebih kurang 3 jam sahaja, namun banyak cerita tentang Zamri dan rakan-rakan lain dapat dikongsi bersama. Zamri akan berlepas balik ke Switzerland pada 05/10/09 jam 1.30pagi. Beliau baru menelefon saya dan ucapkan ribuan terima kasih dan kirim salam pada semua rakan. Beliau boleh dihubungi di 012-6396705 atau email i_zamri@yahoo.com. Semoga bertemu lagi....

5 comments:

AZLAN said...

Syed Mahadi, saya lihat zamri ni mirip macam chef wan pula. dulu masa sekolah kulit gelap sikitlah, tapi bila dah duduk SWISS ni putih melepak pula.

Syed Mahadi said...

Azlan,

Tang mirip mcm chef wan tu x perasan plak saya..tp tang kulit bertambah cerah tu mungkin jugak la sbb zambri bgtau dia dah 10tahun kat sana dan mungkin dah dpt PR kot..

ZBM said...

Salam SM
aku pun terperasan gak muka si Zamri tu ada iras2 macam Chef Wan (klu tengok gambar la). Tapi apa pun SMARTOSA tetap berbangga dengan pencapaian beliau.

Semoga dia akan terus berjaya, Insyallah....

AZLAN said...

Syed Mahadi dan ZBM , kita rasa berbangga ada kalangan sahabat kita yang dapat buat macam chef wan. sekurang-kurangnya SMTK dapat menjulang nama hingga kebumi SWISS.

Syed Mahadi said...

Azlan & ZBM,

Zamri kata dia akan bukak cafeteria kat KL. Sbb tu dia akan balik KL Disember ni.. Klu ada sape2 yg ingin rasa masakan dia, nnti bila dia dah ada kat KL, suruh dia masak semua jenis masakan.. kita tolong bedal je...