Tuesday, March 10, 2009

Ngeteh @ A.Kader pada 06/03/09.

Azli, Mochtar & Che Onn merupakan muka-muka terawal untuk mengeteh di Restoran A.Kader, Seksyen 6, Wangsa Maju.
Che Onn kalau dah dapat sup kambing mamak ni, anak dara yang pakai seluar pendek lalu kat depan mata pun dia tak nampak.. Tapi lepas habis makan, sibuk tanya sape awek tu....???
Mee goreng mamak ni menjadi menu wajib bagi melapik perut sebelum perbincangan bermula..
Ayom begitu gembira apabila Che Onn menunjukkan handphone nya yang begitu canggih... Ayom dah mula celik IT dan tahu nak membuka web, kata Che Onn.
Roslina Said yang hadir ditemani oleh suami dan anak-anak serta Kartina & Norhuda untuk bersama rakan-rakan lama..
AJK Penaja pun turut membuka meja untuk membincangkan tentang pendaftaran Alumni SMTK yang akan dikenali sebagai SMARTOSA (SMTK Old Student Association ataupun Persatuan Bekas Pelajar SMTK).
AJK Penaja begitu serius dan komited untuk merealisasikan apa yang telah dirancang.
Dee selaku Penolong Setiausaha dan satu-satunya wakil dari bekas pelajar perempuan yang sentiasa fokus untuk bersama-sama AJK Penaja.
Nasa, Epi, Azri, Suliahti, Ani, Zack & Roshana juga meluangkan masa untuk bertemu dengan rakan-rakan walaupun mereka sentiasa sibuk..
Tuan Haji Safian & Normah begitu asyik bercerita dengan Cikgu Nani..
Masing-masing sudah mula bersembang sambil menjamu selera.
Norharlina yang berpakaian serba merah sentiasa mendapat perhatian dengan celotehnya...
Kartina, Roshana, Norhuda dan Zack memang sporting pada malam itu..
Sifat seorang bapa mithali.. tidak kira di mana.. tanggungjawab terhadap anak-anak tetap dijalankan.. Syabas Nasa...!!
Normah datang dengan notebooknya dan merupakan orang pertama yang sampai di perkarangan restoran..Terimakasih Anom..
Safian akhirnya dapat mengenali Nasa setelah beberapa kali mencuba mengingati siapakah beliau...
Epi yang maintain handsome.. orang kuat JPJ, dengar khabarnya...
Apakah yang sedang diborakkan oleh Norharlina tu.. ??
Cikgu Nani (Sharifah Zawiah) begitu teruja dapat bertemu dengan rakan-rakan lama....
Norhuda yang sentiasa tersenyum telah berjaya mengeluarkan suaranya kali ini... Yati dan Ani begitu asyik bersembang... mungkin ada petua berguna yang sedang diturunkan oleh Pensyarah UiTM itu..
Ani dan suaminya.. Kelihatan dibelakang AJK Penaja yang masih bersidang..
Zaharin selaku Setiausaha sedang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan Alumni SMTK.
Nasa, suami Ani dan Azri yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ngeteh bersama rakan-rakan.
Saat yang dinanti-nantikan oleh Che Onn bila Pengerusi menangguhkan perbincangan iaitu kita order sup kambing mamak lagi.....

Thursday, March 5, 2009

Ada Lagi Down To Memory Lane......

Pintu masuk Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang ini adalah merupakan laluan utama bagi pelajar -pelajar perempuan SMTK untuk menuju ke kelas-kelas mereka.
Blok tengah ini mempunyai beberapa kelas yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan SMTK yang melebihi daripada jumlah kelas-kelas pelajar lelaki SMTK yang berada bersebelahan dengan sekolah ini.
Blok ini juga menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, Bilik Guru Besar dan juga Bilik Guru.
Bagi pelajar lelaki SMTK pula, inilah peluang untuk meninjau dan menjual saham kerana di blok ini juga semua peralatan sukan disimpan. Maka bila tiba waktu pendidikan jasmani, ramailah pelajar lelaki yang sentiasa berebut-rebut menawarkan diri untuk mengambil barang-barang sukan sambil mencuci mata dan mencari jodoh. Agak-agak siapakah diantara kita yang sentiasa tertunggu-tunggu waktu itu...??Padang sekolah di SM(P) Jalan Ampang ini merupakan tempat semua pelajar lelaki dan perempuan SMTK berkumpul setiap minggu. Selain menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar amanat dari Guru Besar, disini jugalah tempat untuk pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan dirotan oleh Guru Besar. Walau bagaimanapun, di padang perhimpunan ini jugalah banyak saham akan dijual-beli dan yang paling penting mereka yang sudah mendapat penyakit angau akan sentiasa dapat berbalas-balas jelingan serta senyuman dan bermain mata sebelum memasuki kelas semula.
Setelah pembinaan sekolah sebenar SMTK siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1981, sebahagian daripada pelajar pioneer79 dapat meneruskan persekolahan dan pembelajaran mereka di sekolah baru di Taman Keramat ini.
Saya tertarik dengan flower box yang ditempatkan di depan sekolah ini. Jika diperhatikan betul-betul, ia amat simbolik dan bersesuaian kerana jika kita meneruskan perjalanan dari jalan yang sama adalah merupakan tanah perkuburan orang-orang Islam. Fikir-fikirkanlah.....
Pintu utama untuk memasuki SMTK ini sangat indah dengan pokok-pokok bunganya yang sentiasa menghijau dan laluannya yang bersih. Kawalan keselamatan juga baik sehinggakan saya tidak dapat memasukinya tanpa kebenaran.
Satu lagi pemandangan dari pintu utama SMTK. Model pelajar-pelajar sekolah ini adalah sekadar hiasan sahaja dan tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.
Saya berkesempatan dapat meninjau dari luar kawasan sekolah, pelajar-pelajar perempuan SMTK sedang asyik berlatih hoki di atas gelanggang simen untuk sessi taktikal. Memang ramai pelajar yang berada ditepi gelanggang sehinggakan saya yang terasa malu untuk meneruskan adegan skodeng ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut berposing untuk diambil gambar mereka.
Kain rentang/banner yang diletakkan disebelah pintu utama sekolah ini sungguh menarik perhatian saya. Mungkin kepada mereka yang sedang bekerja dan selalu datang lewat ke pejabat boleh mencadangkan kepada majikan mereka untuk memasangkan kain rentang yang serupa...??

Sunday, March 1, 2009

Foto Kenangan Semasa Ngeteh di A.Kader 27/02/09

Dee.. Takkan dah ngantuk kot..Diapit oleh Alex, Safian & Yusni..yg masih segar..
Azri & isteri Suliahti dari Puncak Alam juga melapangkan masa bertemu rakan-rakan.
Kita akan sentiasa mencuba membantu rakan2.. kata Che Onn
Zaharin Manan yang sentiasa memberi idea2 bernas..
Nadar, Azli, Sharifah Zawiah & Sofian juga hadir utk bersama rakan2.
Apa agaknya yg menggelikan hati Che Onn, Nadar, Joe & Mochtar itu..
Betapa handsome dan segaknya Che Onn & Joe malam itu...
Joe mungkin teringin untuk menghisap paip seperti Che Onn kot...
Tuan Haji Safian memang cool & rugged malam itu...
DSP Azlan,Mochtar dll sedang membelek Majalah SMTK Tahun 1983.
Apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ayom... Tak percaya ka..??
Sesi bergambar tetapi Azli macam sedang memikirkan masalah orang kot..
Joe & Sofian
Azli yang berjaya mengesan dan membawa Nadar utk mengeteh bersama2 kita.