Pintu masuk Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang ini adalah merupakan laluan utama bagi pelajar -pelajar perempuan SMTK untuk menuju ke kelas-kelas mereka.
Blok tengah ini mempunyai beberapa kelas yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan SMTK yang melebihi daripada jumlah kelas-kelas pelajar lelaki SMTK yang berada bersebelahan dengan sekolah ini.
Blok ini juga menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, Bilik Guru Besar dan juga Bilik Guru.
Bagi pelajar lelaki SMTK pula, inilah peluang untuk meninjau dan menjual saham kerana di blok ini juga semua peralatan sukan disimpan. Maka bila tiba waktu pendidikan jasmani, ramailah pelajar lelaki yang sentiasa berebut-rebut menawarkan diri untuk mengambil barang-barang sukan sambil mencuci mata dan mencari jodoh. Agak-agak siapakah diantara kita yang sentiasa tertunggu-tunggu waktu itu...??Padang sekolah di SM(P) Jalan Ampang ini merupakan tempat semua pelajar lelaki dan perempuan SMTK berkumpul setiap minggu. Selain menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar amanat dari Guru Besar, disini jugalah tempat untuk pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan dirotan oleh Guru Besar. Walau bagaimanapun, di padang perhimpunan ini jugalah banyak saham akan dijual-beli dan yang paling penting mereka yang sudah mendapat penyakit angau akan sentiasa dapat berbalas-balas jelingan serta senyuman dan bermain mata sebelum memasuki kelas semula.
Setelah pembinaan sekolah sebenar SMTK siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1981, sebahagian daripada pelajar pioneer79 dapat meneruskan persekolahan dan pembelajaran mereka di sekolah baru di Taman Keramat ini.
Saya tertarik dengan flower box yang ditempatkan di depan sekolah ini. Jika diperhatikan betul-betul, ia amat simbolik dan bersesuaian kerana jika kita meneruskan perjalanan dari jalan yang sama adalah merupakan tanah perkuburan orang-orang Islam. Fikir-fikirkanlah.....
Pintu utama untuk memasuki SMTK ini sangat indah dengan pokok-pokok bunganya yang sentiasa menghijau dan laluannya yang bersih. Kawalan keselamatan juga baik sehinggakan saya tidak dapat memasukinya tanpa kebenaran.
Satu lagi pemandangan dari pintu utama SMTK. Model pelajar-pelajar sekolah ini adalah sekadar hiasan sahaja dan tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.
Saya berkesempatan dapat meninjau dari luar kawasan sekolah, pelajar-pelajar perempuan SMTK sedang asyik berlatih hoki di atas gelanggang simen untuk sessi taktikal. Memang ramai pelajar yang berada ditepi gelanggang sehinggakan saya yang terasa malu untuk meneruskan adegan skodeng ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut berposing untuk diambil gambar mereka.
Kain rentang/banner yang diletakkan disebelah pintu utama sekolah ini sungguh menarik perhatian saya. Mungkin kepada mereka yang sedang bekerja dan selalu datang lewat ke pejabat boleh mencadangkan kepada majikan mereka untuk memasangkan kain rentang yang serupa...??
Mochtar, Nampak gayanya samalah kita... Dapatlah merasa menolong cikgu susun meja dan kerusi..Tapi memang tak ingat langsung macamana rupa kat dalam sekolah tu..
Mungkin kepada rakan-rakan kita yang belajar kat sana, boleh berkongsi cerita..
Kalau ada foto-foto menarik dan cerita-cerita yang nak dikongsi dengan rakan-rakan lain, bolehlah hantarkan kepada saya..
Blog yang diwujudkan pada 14 Februari 2009 ini ditujukan khas kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat, Selangor Darul Ehsan dari tahun 1979. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk mengeratkan semula silaturrahim antara kita setelah hampir 30 tahun terpisah. Semoga persaudaraan dan persahabatan akan terus berkekalan. Amin.
Belajar Memandu Dari Tenaga Pengajar Professional? Hubungi Sdra Ayom yg bersedia memberi servis yang terbaik..Tel: 012-9157184..
JUAL BELI KERETA BARU & LAMA
Anda hendak membeli/menjual kereta anda? Baru/lama & semua jenis kenderaan? Sila hubungi Sdra Remy di talian 013-2076879
I-CHARGE - TAMBAH POWER & JIMAT PETROL
Ingin menambah power & menjimatkan petrol kenderaan anda sambil mencari wang saku? Sila hubungi Sdri Ikin untuk keterangan lanjut di talian 016-2151001
MASAKAN JEPUN DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
Pernahkah anda mencuba masakan Jepun? Jika ingin merasainya, sila hubungi Sdra Nadar Manap di talian 017-2429997.
AKTIVITI SMARTOSA
1st Gathering di NZ Wangsa Maju pada 06/02/09. Dari kiri: Nasa, Dee, Pian, Roshana, Harlina & Afri.
1st Gathering di NZ pada 06/02/2009. Dari kiri: Syed Mahadi, Cikgu Nazlan & Fazli.
Bergambar beramai2 di hadapan Kafe Sila Rasa kepunyaan Tn Hj Safian di Bandar Kinrara, Puchong pada 20/03/2009.
Para sahabat Lelaki berposing di luar Kafe Sila Rasa Hj Safian pada 20/03/2009.
Para sahabat wanita sedang berposing di dalam Restoran Ulam Pegaga milik Sdra Ajai pada 24/04/2009.
Suasana di dalam Restoran Ulam Pegaga Milik Ajai pada 24/04/2009.
2 comments:
Saya sempat tolong angkat kerusi dan meja je...
Mochtar,
Nampak gayanya samalah kita... Dapatlah merasa menolong cikgu susun meja dan kerusi..Tapi memang tak ingat langsung macamana rupa kat dalam sekolah tu..
Mungkin kepada rakan-rakan kita yang belajar kat sana, boleh berkongsi cerita..
Kalau ada foto-foto menarik dan cerita-cerita yang nak dikongsi dengan rakan-rakan lain, bolehlah hantarkan kepada saya..
Saya pun dah kehabisan foto-foto sekarang..
Post a Comment