Sunday, April 26, 2009

AcaRa NgEteH Di ReStoraN uLAm PeGaGa 24/04/09

Restoran Ulam Pegaga kepunyaan Zainuddin Baba (Ajai) menjadi lokasi Ngeteh kita pada minggu ini.... Restoran ini akan menjadi lebih besar setelah kerja-kerja renovasi kedai di sebelah kanan siap sepenuhnya dan berhawa dingin....

Ajai dan isteri, Azah bersama-sama anak-anak beliau menjadi hos paling sporting......

Keadaan menjadi begitu meriah apabila semua konvoi tiba serentak.....

Sesi fotografi bermula...Dari kiri: Asiah, Siti Rogayah, Norhuda, Nora, Anis, Kartina(terlindung), Mazita, Halena, Wahidah, Roslina Menan serta Suliahti dan anaknya......

Tidak ketinggalan untuk abadikan gambar kenangan dari kiri: Mochtar, DSP Azlan, Che Onn, Azli, Epi & Joe....

Nadar yang membawa semua ahli keluarganya. Juga kelihatan Zack yang cool serta dapat menyumbangkan suaranya dalam sesi karaoke......

Azri dan Suliahti bersama-sama ahli keluarga beliau.....

Acara yang ditunggu-tunggu bermula setelah doa dibacakan oleh Syed Mahadi. Makanan yang disediakan oleh Ajai iaitu campuran di antara tempatan, arab & barat amat sedap dan menyelerakan... Terima kasih kerana sudi menaja makanan untuk santapan ahli SMARTOSA... Semoga rezeki Ajai akan bertambah-tambah lagi........

Siti Rogayah, Nora & Zaharin sedang bertukar-tukar cerita......

Ayom & Azli sedang menjamu selera walaupun selera Ayom ada sedikit kurang...Teringat isteri kesayangan yang sedang menunaikan Umrah......

Yusni yang tiba lewat sedikit berborak-borak dengan rakan-rakan di meja luar.....

Para isteri yang sentiasa setia menemani suami.. Dari kiri: Mas (isteri Epi), Lina (isteri Syed Mahadi) dan Liza (isteri Zaharin) sedang menjamu selera......

Ani, Halena, Dee, Nora, Wahidah & Mazita sentiasa memecahkan suasana di malam itu...

Restoran Ajai kelihatan penuh sesak oleh ahli SMARTOSA dan ahli keluarga masing-masing....

Sesi berposing maut oleh 2 orang mak orang yang masih maintain kejelitaannya......Sambil Wahidah merenung tajam......

Roslina Menan bersama anak beliau di sebelah kiri Nani, Anis Jaffar (Junior setahun ) serta Asiah yang datang dari Melaka untuk berkumpul dan berjumpa rakan-rakan lama....

Azri bersama-sama suami Kartina dan Asiah yang setia menemani isteri mereka...Terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberi kebenaran serta dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli SMARTOSA.....

Zakaria (Zack) suami Roslina Said (Ani) bersama-sama ahli keluarga serta anak Wahidah duduk di kanan sekali.....

Nadar yang datang bersama isteri dan anak-anak beliau begitu teruja di malam tu.... Kesemuanya memberikan senyuman yang manis seperti Nadar.....

Anis Jaffar bersama suami dan anak beliau turut serta dalam perjumpaan kali ini...Diharapkan Anis dapat mengwar-warkan pada rakan-rakan junior yang lain untuk bersama-sama menjayakan program SMARTOSA di masa-masa hadapan....

Ekin yang hadir bersama suaminya yang sporting bergambar kenangan dengan rakan-rakan.....

Nora juga sempat berposing bersama rakan-rakan yang lama tidak berjumpa....

Sesi fotografi diteruskan. Dari kiri: Zack, Norhuda, Kartina, Wahidah, Mazita, Asiah, Ekin & Siti Rogayah.......

Kelihatan juga anak dara Halena yang hadir menemani ibunya.....

Bakat besar bak seorang penyanyi profesional Nani, anak Roslina Malim Menan sedang berkaraoke pada malam tu.....

Kecik-kecik cili padi... Berusia 21 tahun Nani terus mendendangkan lagu sambil anak dara Ajai turut serta menyanyi sama.....

Turut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat, Ajai hos kita pada malam itu telah menyumbangkan suara beliau dengan beberapa lagu.... Hebat betul Ajai.....Tak sangka.....

Anak-anak kecil serta isteri-isteri ahli SMARTOSA sedang asyik mendengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar.....

Wahidah bergambar dengan kawan baiknya, Nora yang sama-sama bercuti meninggalkan suami masing-masing di Abu Dhabi....

Wahidah bersama anak dara beliau yang masih menuntut di salah satu kolej di Nilai...

Wahidah bersama-sama Halena dan Dee bergambar kenangan......

Wahidah bersama-sama Ajai ........

Tidak ketinggalan Ayom bergambar kenangan bersama Wahidah......

Akhir sekali, Wahidah bergambar kenangan bersama Syed Mahadi sebelum menuju pulang....

Saturday, April 25, 2009

GaMbaR NgEteH 17 April 2009 - Foto Ehsan dari Zaharin

Kenapa la si Ekin & Wan Hasnah tengok Hasliza macam tu ye...


Norazimah Aziz & Awina juga turut hadir....

Zaharin & Amy...

Amy, Ibrahim & Tuan Haji Sulaiman....

Wan Hasnah tertarik dengan foto lama yang dibawa rakan....

Wahidah (Queen of Dubai) hadir untuk bersama rakan-rakan...

Pelukan dari rakan yang tinggal jauh diperantauan...

Ibrahim sedang disapa oleh Wahida...

Roslina Menan, Ani, Wahida, Amy & Ibrahim....

Apa agaknya yang menggelikan hati Pian sambil Tuan Haji Sulaiman memerhati dengan penuh kehairanan....

Norhuda yang kelihatan sungguh cantik malam tu...

Hai nak makan pun susah la.. asyik kena kacau je...

Kelihatan Nani, Azimah , Jumiah & Awina sedang rancak berbual...

Apa la yang diperkatakan oleh Ani bila Syed Mahadi singgah sebentar dengan berkain pelikat pada malam tu...

Rostan & Sofian yang tergelak besar....

Kuyu dah mata si Rostan tu... dah ngantuk kot...

Jumiah sedang rancak berborak manakala Ani sibuk melayan anak kecilnya makan...

Peace dari Pian....


2 aksi dari Jumiah Mustapha....

Begitu asyik Hasliza, Azimah & Nani berborak malam tu.....

Rahimi tiba bersama isterinya....

Yati yang hadir walaupun terlewat sedikit bersama Awina di sebelah beliau.....

Ibrahim yang sentiasa sporting berbual dengan Rahimi...

Azri, bapa mithali yang sentiasa memberikan senyuman manisnya.....

Ajai juga hadir dengan 2 orang anak gadisnya....

"Rasa-rasanya tadi aku order kebab kambing...nape yang datang bihun goreng mamak ye?"... mungkin itu yang difikirkan oleh Wahidah...

Amy pun menjelaskan kat Wahidah yang beliau sekarang berada di kedai mamak dan bukan di kedai mak arab...