Sunday, April 26, 2009

AcaRa NgEteH Di ReStoraN uLAm PeGaGa 24/04/09

Restoran Ulam Pegaga kepunyaan Zainuddin Baba (Ajai) menjadi lokasi Ngeteh kita pada minggu ini.... Restoran ini akan menjadi lebih besar setelah kerja-kerja renovasi kedai di sebelah kanan siap sepenuhnya dan berhawa dingin....

Ajai dan isteri, Azah bersama-sama anak-anak beliau menjadi hos paling sporting......

Keadaan menjadi begitu meriah apabila semua konvoi tiba serentak.....

Sesi fotografi bermula...Dari kiri: Asiah, Siti Rogayah, Norhuda, Nora, Anis, Kartina(terlindung), Mazita, Halena, Wahidah, Roslina Menan serta Suliahti dan anaknya......

Tidak ketinggalan untuk abadikan gambar kenangan dari kiri: Mochtar, DSP Azlan, Che Onn, Azli, Epi & Joe....

Nadar yang membawa semua ahli keluarganya. Juga kelihatan Zack yang cool serta dapat menyumbangkan suaranya dalam sesi karaoke......

Azri dan Suliahti bersama-sama ahli keluarga beliau.....

Acara yang ditunggu-tunggu bermula setelah doa dibacakan oleh Syed Mahadi. Makanan yang disediakan oleh Ajai iaitu campuran di antara tempatan, arab & barat amat sedap dan menyelerakan... Terima kasih kerana sudi menaja makanan untuk santapan ahli SMARTOSA... Semoga rezeki Ajai akan bertambah-tambah lagi........

Siti Rogayah, Nora & Zaharin sedang bertukar-tukar cerita......

Ayom & Azli sedang menjamu selera walaupun selera Ayom ada sedikit kurang...Teringat isteri kesayangan yang sedang menunaikan Umrah......

Yusni yang tiba lewat sedikit berborak-borak dengan rakan-rakan di meja luar.....

Para isteri yang sentiasa setia menemani suami.. Dari kiri: Mas (isteri Epi), Lina (isteri Syed Mahadi) dan Liza (isteri Zaharin) sedang menjamu selera......

Ani, Halena, Dee, Nora, Wahidah & Mazita sentiasa memecahkan suasana di malam itu...

Restoran Ajai kelihatan penuh sesak oleh ahli SMARTOSA dan ahli keluarga masing-masing....

Sesi berposing maut oleh 2 orang mak orang yang masih maintain kejelitaannya......Sambil Wahidah merenung tajam......

Roslina Menan bersama anak beliau di sebelah kiri Nani, Anis Jaffar (Junior setahun ) serta Asiah yang datang dari Melaka untuk berkumpul dan berjumpa rakan-rakan lama....

Azri bersama-sama suami Kartina dan Asiah yang setia menemani isteri mereka...Terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberi kebenaran serta dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli SMARTOSA.....

Zakaria (Zack) suami Roslina Said (Ani) bersama-sama ahli keluarga serta anak Wahidah duduk di kanan sekali.....

Nadar yang datang bersama isteri dan anak-anak beliau begitu teruja di malam tu.... Kesemuanya memberikan senyuman yang manis seperti Nadar.....

Anis Jaffar bersama suami dan anak beliau turut serta dalam perjumpaan kali ini...Diharapkan Anis dapat mengwar-warkan pada rakan-rakan junior yang lain untuk bersama-sama menjayakan program SMARTOSA di masa-masa hadapan....

Ekin yang hadir bersama suaminya yang sporting bergambar kenangan dengan rakan-rakan.....

Nora juga sempat berposing bersama rakan-rakan yang lama tidak berjumpa....

Sesi fotografi diteruskan. Dari kiri: Zack, Norhuda, Kartina, Wahidah, Mazita, Asiah, Ekin & Siti Rogayah.......

Kelihatan juga anak dara Halena yang hadir menemani ibunya.....

Bakat besar bak seorang penyanyi profesional Nani, anak Roslina Malim Menan sedang berkaraoke pada malam tu.....

Kecik-kecik cili padi... Berusia 21 tahun Nani terus mendendangkan lagu sambil anak dara Ajai turut serta menyanyi sama.....

Turut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat, Ajai hos kita pada malam itu telah menyumbangkan suara beliau dengan beberapa lagu.... Hebat betul Ajai.....Tak sangka.....

Anak-anak kecil serta isteri-isteri ahli SMARTOSA sedang asyik mendengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar.....

Wahidah bergambar dengan kawan baiknya, Nora yang sama-sama bercuti meninggalkan suami masing-masing di Abu Dhabi....

Wahidah bersama anak dara beliau yang masih menuntut di salah satu kolej di Nilai...

Wahidah bersama-sama Halena dan Dee bergambar kenangan......

Wahidah bersama-sama Ajai ........

Tidak ketinggalan Ayom bergambar kenangan bersama Wahidah......

Akhir sekali, Wahidah bergambar kenangan bersama Syed Mahadi sebelum menuju pulang....

3 comments:

Anonymous said...

bestnya korang dpt jumpa kwn2.tapi tak apa lain kali aku akan join sama. khaty

Syed Mahadi said...

Salam Khaty...

Insyallah, next time pls do join jumpa kawan2 smbil bertukar2 cerita, pandangan mahupun pengalaman...

Kedatangan awak serta keluarga amat dialu-alukan..

Zaharin Manan said...

As Salam

Kahty kami semua mengalu alukan kehadiran awak dlm apa jua aktiviti yg kami jlnkan, macam biasa kita akan mengadakan perjumpaan setiap hari Jumaat jam 9.00 mlm di Al Kader Curry House.

Harapan agar awak dapat menghebahkan kepada kawan2 lain yang belum tahu tentang perjumpaan mingguan kita.....