Wednesday, September 30, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SMARTOSA 2009

Assalamualaikum wbt,
.
InsyaAllah, SMARTOSA akan mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ala "Pot Luck" pada:
.
Tarikh: 10/10/2009 (Sabtu)
Masa: Bermula dari pukul 7.30 mlm
Tempat: Di kediaman Saudara Termizi & Fida
No. 44, Jalan AU4/6, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur
Pakaian: Baju Raya (Lelaki : Baju Melayu digalakkan)
.
Sila sahkan kehadiran dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir kepada Setiausaha SMARTOSA, Encik Zaharin Manan di talian 017-3006663.
.
Kehadiran semua bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Keramat adalah amat dialu-alukan kerana sesi untuk mengisi borang keahlian akan diadakan serentak pada hari tersebut.
.
Sekian, wassalam
.
Bagi Pihak Jawatankuasa Penaja SMARTOSA
SYED MAHADI AL-JUFREE

Monday, September 28, 2009

JaMuaN HaRi RaYa KaT RuMaH CHE ONN pada 24/09/09, SeRiNG UKaY..

Remy hadir dengan anak-anak terunanya.. Kelihatan Termizi & Syed Mahadi..

Turut kelihatan Afri, Mochtar, Termizi, Ayom & Ibrahim...

Mazita & Anis pun hadir sama...

Mee kari masakan isteri Che Onn memang power...Tak gitu Mazita..??

PBB berkumpul bersama anak-anak...

Joe, Ajai, Zaharin & Najib rancak berbual.....

Yusni hadir sama....

Pasangan bahagia, Azli & teman kesayangan hadir bersama2...

Turut kelihatan Anom & Dee sedang sibuk melayan diri..

Haji Nadar turun seisi keluarga...

PBB berposing di ruang tamu....

Ahli PBB melepak di ruang tamu setelah selesai menjamu selera

Anak-anak gadis SMARTOSA riang bertemu mesra....

Anom dan anak-anak beliau...

Siti Rogayah yang turut hadir bersama suami dan anak2..

Ani juga hadir dengan anak dara beliau...

Joe, Ibrahim, Remy, Afri & Najib lepak-lepak...

Sunday, September 27, 2009

HaRi RaYa oPeN HouSe - YuSNi/Dee 23/09/09, BuKiT aNTaRaBaNGSa

Joe sedang menjamu selera sambil ditemani Mochtar...

Dua orang sahabat baik, Yusni & Che Onn...

Dee bergambar bersama tetamu wanita dan anak-anak mereka...

Mazita hadir bersama anak daranya. Turut hadir, Fazlun, isteri Ayom & Lina, isteri Joe...
Barisan bekas jejaka hensem SMARTOSA yang diraikan oleh tuan rumah Yusni & Dee..

Azli Asmawi turut hadir bersama dgn teman tersayang....

Dee bergambar bersama Mazita dan PBB...

Tuan rumah, Yusni, baru nak menjamu selera....

Dee berposing bersama Azli & teman beliau..
Zaharin turut hadir walaupun baru tiba dari Taiping..Turut kelihatan Jalal, suami Wahida..

Ani hadir seisi keluarga....

Kelihatan anak Syed Mahadi & Zaharin sedang sibuk melayan diri...

Anom, Mazita & Wahida (dibelakang) turut hadir....

Sesi berkumpul dan berborak bila dah kenyang...

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN....


Salam Aidil Fitri buat semua sahabat SMARTOSA...
.
Kita dijangkakan akan menyambut 1 Syawal 1430 pada hari Ahad ini bersamaan 20hb September 2009.
.
Sempena lebaran yang bakal tiba, saya sekeluarga dan bagi pihak semua Ahli Jawatan Kuasa Penaja (ProTem Committee) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat SMARTOSA. Semoga kita akan terus memberi sokongan kepada SMARTOSA dan juga ahli keluarga masing-masing.
.
Kepada para sahabat yang akan beraya bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing, ingin saya berpesan supaya memandu dengan penuh hati-hati baik di lebuhraya ataupun di jalan biasa. Pastikan kenderaan diservis sebelum memulakan perjalanan.
.
Tidak dilupakan juga kepada anak-anak kecil yang bermain bunga api ataupun mercun, hendaklah sentiasa diawasi dan diperhatikan supaya tidak memudaratkan anggota badan dan harta benda.
.
Di dalam kita merayakan Aidil Fitri ini, kita juga tidak melupakan sahabat-sahabat dan kaum keluarga mereka yang kurang berkemampuan maupun kurang sihat kerana menempuh ujian dari Yang Maha Esa.. InsyaAllah, kita doakan kesejahteraan mereka dan seterusnya dapat meluangkan masa untuk saling kunjung mengunjungi diantara kita semua.
.
Marilah kita saling bermaafan jika ada sebarang kesilapan ataupun kesalahan sesama kita bersama. Minta dihalalkan segala makan dan minum tatkala kita bersama-sama mengeteh.

Sunday, September 6, 2009

NUZUL AL-QURAN


Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.
.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata “Al-Quran mukjizat akhir zaman” atau “Al-Quran yang mempunyai mukjizat”. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran, tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.
.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
.
Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq, maksudnya:
.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)
.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (iaitu ajaran islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar". -Al-Isra', ayat 9 -

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha mencari keberkatan Allah s.w.t dan berdoa agar sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungannya serta beroleh kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI.....


Assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah, bulan Ramadhan Al Mubarak menjelma tiba. Insyallah, kita semua akan mula berpuasa pada esok hari, manakala sembahyang tarawih pula akan bermula malam ini.
.
Kepada semua rakan-rakan SMARTOSA, saya sebagai Pengerusi Penaja dan bagi pihak semua Ahli Jawatan Kuasa SMARTOSA, ingin memohon kemaafan diatas segala salah silap, keterlanjuran kata atau perilaku yang kurang menyenangkan atau yang menyinggung perasaan. Didoakan agar rakan-rakan SMARTOSA semua serta keluarga sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah swt hendaknya. Moga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah...
.
FADHILAT RAMADHAN
.
Umar Ibnul Khattab r.a berkata; "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah dalam bulan Ramadhan, tidak akan kecewa."
.
Puasa mengatur keseragaman umat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirehat, serta dalam solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan mungkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir batin, serta sabar menghadapi segala macam kesulitan hidup.
.
Imam Al-Ghazali berkata; "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuh dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuh badannya (dalam perbuatan dosa)."

Wednesday, August 12, 2009

Mengeteh Bersama Shamsul Anuar pada 11/8/2009

Wajah terkini Shamsul Anuar (tengah) yang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Beliau kini menetap di Johor Bharu. Tajul juga turut hadir untuk bersama rakan-rakan..

Asyiknya Shamsul mendengar rakan-rakan berbual..

Mochtar selaku AJK, turut hadir walaupun masih lagi kepenatan setelah pulang dari 'offshore'..

Saharom, Bendahari dan Zaharin, Setiausaha SMARTOSA sentiasa memberikan komitmen untuk menjayakan aktiviti persatuan..

Huda, Fazlun dan Mazita turut hadir memeriahkan acara mengeteh..

Dee, Penolong Setiausaha yang tiba bersama Yusni sempat melapangkan masa untuk bertemu Shamsul..

Yusni, selaku Timbalan Pengerusi mengambil peluang untuk menjengok blog yang menurutnya sudah lama tidak dijengah... Turut sama hadir, Ibrahim yang menetap di Sungai Buloh.