Tingkatan 1D
Semuanya bermula pada tahun 1979 bertempat di Sekolah Menengah (L) Jalan Ampang dan juga di Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang apabila semua pelajar dari Sekolah Rendah Datuk Keramat (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Gurney (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak dan mungkin dari sekolah2 berdekatan ditempatkan ke sekolah baru, Sekolah Menengah Taman Keramat, Selangor.
Tingkatan 2A Disebabkan sekolah masih tidak siap ataupun mungkin belum bermula pembinaannya, maka semua pelajar SMTK ditumpangkan bersama2 dengan pelajar SM(L) Jalan Ampang & SM(P) Jalan Ampang. Setiap kali perhimpunan mingguan dijalankan maka semua pelajar lelaki akan beratur dan berjalan menyeberangi jalan ke padang Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang untuk dihimpunkan dan disatukan disana.
Tingkatan 3ABegitulah keadaan pelajar2 SMTK yang semuanya terpaksa menumpang kelas2, meminjam padang permainan dan seterusnya berkongsi kantin sekolah sehinggalah penghujung tahun 1981 dimana sekolah sebenar di Taman Keramat telah siap pembinaannya.
Walau bagaimanapun bagi mereka yg ditempatkan di dalam jurusan sains selepas mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ada diantara mereka yang meneruskan persekolahan mereka seperti di Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Hulu Kelang, Sekolah Menengah Padang Tembak dan ada yang sentiasa suka bertukar2 sekolah.
Mungkin kepada mereka yang telah meneruskan pembelajaran dan persekolahan di SMTK, dapatlah mereka merasai suasana yg sebenar sebagai pelajar yang mempunyai sekolah sendiri. Dan mungkin yang paling penting mereka tidak lagi malu ataupun rendah diri setelah 3 tahun hidup belajar didalam keadaan susah dan senang semasa menumpang di sekolah orang.