Saturday, February 28, 2009

Down To Memory Lane.....


Pintu masuk ke Sekolah Menengah (L) Jalan Ampang. Petang tadi saya melalui jalan ini dan didapati keadaannya dah berubah berbanding zaman kita bersekolah dahulu.
Walau bagaimanapun blok tempat kita menumpang kelas ini masih tidak banyak berubah.
Kalau Rozaimi, Nadar & Pudin ingat, disinilah dahulunya kita berfutsal. Tetapi sekarang sudah tinggal kenangan sahaja kerana tempat ini dah dijadikan blok makmal.
Kantin tempat kita selalu makan mee kari pun dah berubah wajah dan bertambah bersih.
Padang "High Chapparal" ini tetap tak tumbuh rumput macam dahulu jugak.

Laluan untuk ke Keramat ini masih seperti dahulu. Cuma banyak rumah banglo telah ditinggalkan kosong dan tak terurus.

7 comments:

Anonymous said...

syed, hang hebat. gambaq2 tu memang mengembalikan kenangan. futsal di waktu pagi, mee kari di waktu rehat, berpusu-pusu bersaing waktu balik di simpang empat tu.bagi anak2 yang membaca dan mengikuti blog ini, percayalah peristiwa silam tu tak mungkin kembali, jadi pastikan setiap tingkahlaku dan perbuatan kita adalah yang terbaik dan mulia sebab sampai bila2pun orang akan ingat dan bercakap tentang kita. kalau elok, eloklah komennya dan kalau buruk, muka kita ni nak letak mana. fikir2kanlah.

Anonymous said...

SM

Menatap gambar2 ni pasti mengimbas kembali zaman waktu kita semua sedang meningkat ke alam remaja yang penuh dengan peristiwa pahit, manis, duka, gembira dan sebagainya seperti cinta monyet, perkelahian sesama kita, berjalan bersama ketika datang & pulang kesekolah, bermain bola dan macam2 lagi...

Kita tidak boleh kembali lagi kezaman itu hanya yang boleh kita buat hanya tersenyum sambil termenung tika menatap gambar2 tersebut syabas SM kerana anda telah berjaya membuatkan saya dan mungkin kawan2 yang lain kembali kealam tersebut walaupun bukan realiti tapi hanyalah memori yang akan dikenang sehinggalah keakhir hayat.

Semoga dengan tertubuhnya alumni kita ini (Inysallah, sedang diusahakan)semua kawan2 kita di smtk dulu akan dapat mengulangi kalau tidak banyak mungkin sedikit saat2 semasa remaja dulu dalam situasi yang berlainan.

Harapan agar usaha kita yang murni ini mendapat restu darinya dan sokongan daripada semua kawan2....

SM, teruskan dengan dengan lebih banyak lagi memori yang boleh kita imbas kembali.

Sentiasa Membantu

Zaharin Manan
Taman Ehsan
Kepong

Unknown said...

Saya kerap juga lalu di Jalan Damai dan Sekolah Ampang dihujung minggu kerana ia adalah salah satu laluan aktiviti berbasikal saya. Sekarang sudah ada tembok pagar antara bahagian belakang sekolah dan padang high chapparal.
Jambatan menyeberangi sungai dah diganti baru. Tapi hanya untuk pejalan kaki saja.

Anonymous said...

Salam ukhuwah kpd semua

Saya terpanggil utk komen blog ni. Nostalgia lalu mmg sukar dilupakan. Suka, duka, pahit, maung di zaman persekolahan byk membantu kita meneruskan kehidupan. Ia juga byk membantu dlm mendidik anak2 kita kerana suasana dan dugaan mereka lebih getir jika dibandingkan dgn kita dulu.

Pesanan dari ibuabapa saya, perlu ada keihklasan dalam menuntut ilmu dan ilmu inilah harta yg paling berharga yg mampu diberikan.

Masihkah kwn2 ingat, di zaman kita dahulu, walaupun kita boleh dikategorikan sbg 'nakal', tp masih ada lg benteng keimanan yg mengawal tindakan kita. Begitu juga, ada rakan2 yg akan mengingatkan kita agar tidak tersasar jauh.

Tetapi, anak2 skrg......jauh berbeza.....di manakah silapnya??? Sbg khalifah di muka bumi ini, kita kena pastikan matlamat hidup kita. "Bukan org yg baik, yg meninggalkan dunia kerana mencari akhirat, dan bukan org yg baik, yg meninggalkan akhirat kerana mengejar dunia. Org yg baik ialah mengumpulkan dunia dan akhirat.........."

Marilah kita renungi sabda rasululla:

"Setiap anak dilahirkan atas fitrah (kesucian agama yg sesuai dgn naluri), maka ibubapanya lah yg menjadikan dia beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Ingatlah juga;
"Apabila anak Adam telah meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali 3 perkara:- yahni sedekah hariyah, ilmu yg bermanafaat dan anak solih yg mendoakan dia" (Riwayat Abu Dawud)

Syed Mahadi said...

Salam buat semua,

Insyallah, apa yang diperkatakan disini akan dijadikan panduan pada semua orang.

Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita cuba hindarkan.

Pengalaman dan ilmu yang amat berguna dari semua rakan-rakan akan kita berkongsi bersama dlm kita melayari kehidupan kita seharian.

Mudah-mudahan Allah swt akan sentiasa memberkati hasrat dan matlamat kita ini.

Wassalam.

Anonymous said...

SM,

Gambar simpang empat tu membawa seribu kenangan di waktu pergi dan balik dari sekolah yang mana Kumpulan Brenggol sering mengekori aku and gang setiap hari...

Cuba tanya Ayom, Azli, Hishamuddin & others. Waktu tu lah, kita orang sering bergaduh dan bertikam lidah ada juga ejek-mengejek; senang cerita, mengorat aje la kerja dia orang tu. He he he.

Dee

Syed Mahadi said...

Dee,

Tak payah tanya Ayom or Azli psl ngurat2 ni..

Tabiat tu kadang2 terbawak2... Kalau tidak masakan ada yang terkezut, tergamam dan tak terkata2 apabila hajat besar tidak kesampaian.. Berpeluh2 jugak aku tgk si Ayom tu..Hehehehehe..