Wednesday, February 25, 2009

PERMOHONAN MAAF

Dengan rasa kesal dan kecewa, saya ingin memohon maaf kepada individu atau beberapa individu kerana telah memaparkan foto-foto lama tanpa memikirkan sensitiviti terhadap perasaan mereka yang terlibat.

Oleh yg demikian, saya telahpun menarik balik beberapa foto yg telah saya paparkan demi menghormati kehendak mereka dan kerana tuntutan agama.

Sekali lagi ingin saya jelaskan dan nyatakan disini bahawa penyiaran foto-foto tersebut tidak langsung bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.

Dengan rendah diri dan dengan penuh kekesalan, saya sekali lagi ingin memohon maaf dan berjanji perkara yang serupa tidak akan berulang lagi.

Sekian.

Syed Mahadi Al-Jufree

8 comments:

Anonymous said...

Salam Syed,

Siapa pulak yang buat komen...?

Saya merayu kepada kawan-kawan semua supaya tidak mudah melenting dan menuding jari terhadap Syed.

Saya berpendapat, tidak perlu sama sekali Syed untuk memohon maaf di atas isu-isu yang remeh-temeh.

Apa yang pasti, niat Syed baik.

Tujuan paparan gambar-gambar lama adalah untuk berkongsi rasa dan perassan mengimbau kembali zaman kemanisan remaja kita yang tidak akan kembali lagi.

Tambahan pula gambar-gambar lama tersebut adalah hak milik beliau dan tidak ada langsung unsur-unsur menjolok mata.

Janganlah kita melemahkan semangat beliau untuk mengendalikan blog ini. Kerja pengendalian blog bukannya mudah tambahan pula tidak bergaji.

Memang mudah komen dilontarkan tapi biarlah membuahkan keputusan yang baik buat semua.

Syed, dont take it too hard! Keep Blogging!




Dee
Bukit Antarabangsa

Anonymous said...

Salam Syed Mahadi,

Saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan dari Dee itu. Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa kawan-kawan dari blog yang awak hasilkan ini.

Saya akan terus menyokong awak dan hasil kerja awak yang murni ini. Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang bekerja kuat untuk menyatukan kembali kami bekas-bekas pelajar SMTK.

Keep up the good work, Bro...

Insan yang perihatin...

Che Onn Ismail. said...

Salam,
Saya mengikut perkembangan blog ini dan amat berasa bangga dan terharu bila mana terlihat gambar kenangan lama disiarkan. Dan pada saya tiada salahnya gambar itu disiarkan kerana ia sekadar mengimbas zaman lampau sahaja. Saya amat merhargai inisiatif Saudara Syed Mahdi diatas usaha beliau dan rakan-rakan lain demi menyatukan bekas-bekas pelajar SMTK.
Demi penyatuan kita saya meminta agar saudara Syed Mahdi terus bersemangat dan tidak putus asa diatas niat beliau yang murni ini.
Dan setiap hari saya akan membace blog ini demi mendapatkan berita kawan-kawan lama.
Teruskan.......
Wassalam

Anonymous said...

Salam untuk Syed Mahadi,

Aku faham akan dilema yang kau hadapi bila ada individu atau beberapa individu yang mungkin tidak menyenangi atau ingin melupakan sedikit keadaan masa remaja mereka dulu.

Pendapat aku itu hanyalah cabaran yang biasa akan dihadapi oleh blogger2.Jangan berasa terlalu risau kerana tidak semua manusia sama.

Teruskan usaha-usaha murni kau dan kami akan sentiasa menyokong dan bekerja keras untuk menjayakan tujuan-tujuan asal AlumniSMTK79 ini diwujudkan.

Wassalam.

Saudara tak sedarah.

Syed Mahadi said...

Salam Buat Dee, Insan Yg Perihatin, Che Onn dan juga Saudara tak sedarah (tp mungkin se Islam sbb bagi Salam),

Terima kasih kerana anda semua terus-terusan menyuntik dan memberi semangat kepada saya utk meneruskan kerjaya saya di sini.

Saya berjanji akan membantu sedaya yg mungkin utk merealisasikan objektif kita utk mengeratkan siraturrahim sesama kita.

Saya juga akan sedaya upaya utk menerima segala kritikan membina dan pandangan dari rakan2.


Saya juga ingin berpesan kepada diri saya dan juga pada rakan2 yg lain supaya tidak menyalahgunakan forum dan platform Alumnismtk79 ini utk kepentingan diri sendiri dgn mempunyai agenda tersembunyi.

Saya selalu mengingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak boleh hidup di masa lampau lagi. Yang ada cuma kenangan yg manis utk kita ingati. Kita patut memberi tumpuan pada masa sekarang didalam kehidupan kita dan kita akan merasa gembira juga dan tidak semestinya hanya di masa lalu.

Terima kasih sekali lagi buat semua rakan2 yang dihormati.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Syed Mahadi & sahabat persekolahan semua!

Sambil mendengar lagu Sephia dan menatap foto2 lama, fikiran aku jauh melayang semula kebelakang... banyak kenangan semasa persekolahan dengan kalian.
Terima kasih buat Syed yang sanggup merealisasikan blog ni. Bukan satu kerja mudah tu...

Aku masih lagi cuba nak mengingatkan nama kawan2, maafkan aku kalau ada yang aku terlupa.

Maaf juga kerana tak dapat hadir pada majlis perjumpaan tempohari.

KEEP IT UP!

Harun Jais,
Melaka.

Syed Mahadi said...

Wslm Harun Jais,

Selamat Datang ke Blog kita. Terima kasih kerana dapat meluangkan masa utk bersama-sama kita walaupun di alam siber. Insyallah, kita akan diketemukan jua hendaknya walau sesibuk mana pun kita dimuka bumi Allah ini.

Diharapkan ini menjadi detik permulaan utk kita mengenal kembali rakan-rakan lama kita.

Tak ingat nama tu biasalah bila usia dah semakin meningkat, lebih-lebih lagi bila ramai kawan baru pula mengambil tempat bila kita berhijrah ke persekolahan baru.
Tambahan pula bila dah berada di tempat kerja yang besar yang mungkin kita tidak kenal ramai orang walaupun bekerja di bawah satu bumbung.

Semoga Harun sekeluarga sentiasa diberkati Allah swt.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Semua

Saya berasa sangat berbesar hati kerana usaha kita terutama Syed Mahadi untuk menjayakan Alumni SMTK79 telah mula menampak kan hasil.

Tanpa usaha beliau dalam menghasil kan blog ini mungkin kita semua tidak dapat berhubung antara satu sama lain seperti sekarang setelah lebih dari 25 tahun terpisah.

Saya juga berharap agar kawan2 semua terus memberi sokongan pada Syed dan kami semua protem committee untuk meneruskan usaha agar Alumni kita menjadi keyataan.

Tentang komen2 serta teguran yang diterima menjadi panduan pada kami semua untuk lebih berhati hati pada masa akan datang.


Kepada semua semoga kita dapat bersua suatu hari nanti, Insyaallah.....