Wednesday, April 1, 2009

Mengeteh di Al Kader Curry House 27/03/09

Sedang Afri dan Najib ralit bersembang, Mizi pula asyik menikmati juadah dan dihujung sekali, Ajai yang turun bersama-sama 2 orang anak perempuannya...
Nadar pun turut hadir pada malam itu.....
.....dengan wajah yang ceria dengan senyuman manisnya.
Najib kelihatan sungguh relaks.....
Mochtar sekali lagi telah berjaya mencantikkan kembali foto sewaktu di SKDK (2) dalam Darjah 6A....
Anak-anak Nadar & Zaharin yang sedang meningkat remaja turut mengambil kesempatan untuk mengenali di antara satu sama lain....
Mazita bersama-sama dengan Fazlun & Lina...
Che Onn, Yusni, Zaharin, Ayom & Azli yang sentiasa tidak ponteng untuk acara mengeteh ini....Syabas...
Kelihatan Mizi & Ajai sedang menatap foto-foto lama yang dibawa oleh Zaharin...
Zaharin seperti biasa akan bercerita sambil rakan-rakan yang lain mendengar dengan penuh minat....
...manakala YB Che Onn kita terus "berasap" sambil matanya memainkan peranan... dah terbiasalah katakan.... cuma tak pasti samada ekor matanya boleh nampak yang dibelakang tu... Cool Bro...
Suliahti hadir tatkala yang lain sedang asyik membelek DVD cetak rompak terbaru...
Joe dengan koleksi DVD pilihannya...baik punyer... PEACE BRO....



Sesi penerangan oleh Mochtar Omar tentang Logo SMARTOSA yang diilhamkan olehnya dan butir-butir yang dihasilkan oleh Suliahti untuk didaftarkan....



Beberapa aksi rakan-rakan yang diumpankan kuaci sebagai dessert...Cuba teka siapa yang menjadi juara makan kuaci pada malam itu.. Yang pastinya bukan Ajai...

Add Image

3 comments:

temanmu... said...

bila ku tatap wajah teman-teman ku,
airmata ku menitis,
melihat kegembiraan yg terpancar di wajah kalian,
betapa sayangnya aku pada kalian, betapa beruntungnya aku mempunyai teman-teman seperti kalian,
walau terpisah sekian lama,
smoga persahabatan ini akan berpanjangan...

Syed Mahadi said...

Salam buat temanmu...

Sudikah kiranya "temanmu" dpt mengenalkan diri...Kami di Alumni sentiasa mengalu-alukan penyertaan "temanmu" untuk bersama-sama kami jika "temanmu" belum pernah mengeteh atau berjumpa dengan semua rakan...

Insyallah, kami akan menerima semua rakan seadanya tanpa mengira latar belakang dulu atau sekarang kerana tujuan alumni ini diwujudkan adalah untuk merapatkan kembali silaturrahim sesama kita termasuk anggota keluarga...

Wslm.

Zaharin Manan said...

Kepada TEMANMU

Apa yang awak dirasakan itu sama juga seperti kami semua jua, kalau boleh diputarkan masa yang berjalan ini mau rasanya kita semua kembali ke zaman persekolahan kita dulu dan mengulangi semula waktu2 indah itu tapi apakan daya kita tidak mampu untuk berbuat demikian.

Bagi mengimbaunya semula dan merapatkan silaturahim sesama kita marilah bersama kami setiap minggu pada hari Jumaat jam 9.00 malam untuk bertemu dengan kawan2 kita semasa disekolah dulu sambil berkongsi kenangan2 lama semasa disekolah dulu.

Percayalah kalau sekali "TEMANMU" sudah bersua dengan kekawan yang lain diacara ngeteh kita "TEMANMU" akan tidak sabar menunggu hari Jumaat yang seterusnya untuk bersua semula, tanyalah pada Hj. Safian, Ajai, Nadar, Mazita, Anum, Yati, Cikgu Nani dan lain2 kawan2 kita yang pernah datang....

Semoga "TEMANMU" dapat perkenalkan diri agar kami semua dapat mengenali mu.....

Wassalam