Wednesday, May 27, 2009

MENGHITUNG HARI - TINGGAL 3 HARI LAGI...

Assalamualaikum buat semua Warga SMARTOSA,
********
Tinggal beberapa hari lagi untuk semua Warga SMARTOSA serta ahli keluarga untuk bertemu di Hari Santai BBQ SMARTOSA di rumah Sdr.Termizi & Fida di No. 44, Jalan AU4/6, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.
********
Kepada sesiapa yang belum mengesahkan kehadiran mereka ataupun yang sudah mengesahkan ketidakhadiran mereka, masih ada masa lagi untuk mengubah fikiran untuk bersama sahabat-sahabat SMARTOSA serta anggota keluarga masing-masing yang dianggarkan sudah mencapai lebih kurang 80 orang sekarang.
********
Silalah berhubung dengan Sdr. Zaharin Manan di talian 018-222 8849/017-3006663 untuk mengesahkan kehadiran.
********
Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan komitmen untuk menghadiri perjumpaan pada hari Sabtu ini dan terima kasih banyak-banyak kepada Sdr Termizi serta isteri beliau, Fida yang sudi membenarkan kita untuk menggunakan rumah beliau pada perjumpaan Hari Santai BBQ SMARTOSA kali ini...
********
Sekian, Wassalam.
********
Pengerusi & AJK Penaja SMARTOSA

Thursday, May 21, 2009

FoTo KeNaNGaN - Dari Koleksi Album Sharifah Zahinah

Salam.... Saya terima email dari Sdri Sharifah Zahinah yang inginkan foto-foto ini disiarkan di blog. Walaupun saya membalas email beliau untuk mengetahui latar belakang tentang foto-foto ini serta siapakah si Sharifah Zahinah ini, namun sehingga kini tiada balasan & jawapan diterima.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan permintaan dari Sdri Sharifah Zahinah yang saya tidak kenali, saya siarkan juga foto-foto ini. Jika sesiapa boleh menceritakan serba sedikit tentang foto-foto ini, sila letakkan di dalam ruangan komen di dalam artikel ini. Terima kasih kepada Sdri Sharifah Zahinah dan terima kasih juga pada sesiapa yang sudi mencoretkan cerita di dalam ruangan komen ini...

Agak-agak kat kelas ni, budak-budak lelaki tak berani nak lebih2 kan...mesti akak yang duduk kat barisan depan yang kanan sekali tu akan sekeh kepala kalau diorang try nak buli...Betul tak..??

Macam pernah ku kenal orang yang berdiri di kiri & kanan barisan belakang tu.... Tapi di mana ya.....?? Yang duduk di kiri sekali barisan hadapan tu lagi macam ku kenal...Ada lagi yg paling ku kenal....Hehe..

Cikgu Nazlan yang duduk di tengah2 masih tetap sama dengan wajah sekarang....

Zaharin, kat mana cikgu-cikgu tu bawak korang ye...?? Yang duduk bertenggong No 3 dari kiri dan hujung sekali tu....Macam biasa nampak laaa....

Tuesday, May 19, 2009

JEMPUTAN KE HARI SANTAI BBQ SMARTOSA


Assalamualaikum..

******

Hasil dari perbincangan bersama dengan AJK Penaja pada 15hb Mei 2009, SMARTOSA akan mengadakan jamuan makan malam ala "Pot Luck" yang dinamakan Hari Santai BBQ SMARTOSA pada:-

******

Tarikh : 30hb Mei, 2009 (Sabtu)
Venue : No. 44, Jalan AU4/6,
Taman Seri Keramat,
Kuala Lumpur.
Masa : Bermula dari pukul 8.00 mlm.
******
Beberapa agenda telah disusun untuk semua rakan sekeluarga dan marilah kita sama-sama menjayakan hari santai ini. Kepada mereka semua tak kira di mana anda berada (walaupun berada di Dubai, Perlis, Penang, Bangi, Melaka, dll), silalah meluangkan masa ke majlis untuk kita ini. Kekadang bila dapat berkumpul sesama kita, terasa "MUDA KEMBALI".

*******

Itulah terapinya. Our friendship remains forever.

******

Kepada mereka yang gagal dihubungi, harap dipanjangkanlah utusan jemputan ini agar dapat bersama-sama memelihara ukhwah sesama kita. Walaupun hendak disampaikan melalui mulut ke mulut (macam CPR je...)

******
Harap dapat berjumpa semua di hari tersebut dan ikatan persahabatan sesama kita dapat disegarkan kembali dengan pertemuan ini.

*****


SALAM DARI PENGERUSI & AJK PENAJA.

Monday, May 18, 2009

BeRMaiN BaDMiNtoN Di KLCC PaDa PaGi AhaD 17/05/09.

Gaya seorang pemain profesional di dalam gelanggang...

Backhand return yg dilakukan oleh Mazita....

Mochtar & pasangan regunya, Fazlun memang ada stail....

Lihatlah Mazita dengan aksinya seperti ahli sumo Jepun sedang membalas bulu tangkis kembali ke pihak lawan....

Walaupun lutut Syed Mahadi sakit kerana gout...Skill tu yang penting....

Macam gaya Susie Susanti la plak si Mazita ni ye....

Pasangan beregu yang masih boleh bercerita di dalam gelanggang walaupun sedang bermain...Citer nak masak apa ke nak makan apa tu.??

Ada orang ke tak de orang kat sebelah tu...??

Tu dia....sape kata saya tak boleh lompat tinggi..?? Jangan nak tengok saya dengan sebelah mata je tau....Hehe..

Pemain simpanan yang sedang membaca paper..... Skill ada tapi angin dah kureng sikit...

Saturday, May 16, 2009

ZiaRaH IsTeRi Nor Izman Di GoMbAk 16/05/2009....

Nor Izman bersama isteri kesayangan beliau, Safiah yang sedang melalui ujian dari Allah swt dengan penyakit kanser. Safiah akan menjalani beberapa sesi kimoterapi di HUKM bermula dari 21/05/09 ini. Diharapkan Izman & Safiah akan terus tabah untuk menghadapinya....

Fazlun & Lina bergambar dengan isteri Nor Izman, Safiah dan kakaknya....


Wakil dari Warga SMARTOSA yang hadir untuk menziarah isteri Nor Izman iaitu Ayom, Syed Mahadi, Yusni, Mochtar, Azli & Zaharin. Turut kelihatan disebelah kiri ialah bapa mertua Nor Izman yang berusia 85tahun....

SELAMAT HARI GURU



Sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini, 16hb Mei 2009, SMARTOSA mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan yang bertugas sebagai pendidik..


Semoga terus tabah dan dedikasi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa..


Thursday, May 14, 2009

AkTiViTi WaRgA SMARTOSA....

SARAPAN PAGI & BERENDAM DI KONDO JOE


Mana api lilin kat kek ni... Lambatnya ...Tak sabar dah ni....

Mochtar & Azli hadir untuk memeriahkan acara.....

Masing-masing santai seperti rumah sendiri.....

Kaum ibu yang diraikan....Selamat Hari Ibu...

Hanya foto ini sahaja dibenarkan untuk tatapan....Yang lain2.. sendiri mau ingat laaa..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MENZIARAH SDR AZMAN ZAINAL @ MAN BELON DI HOSPITAL


Inilah wajah Azman Zainal ketika berada di atas katil hospital...Tabah ye Man...

Agak-agak sape ye Man yang berbaju kuning tu....??

Wakil dari Warga SMARTOSA yang meluangkan masa untuk menziarah Sdr Azman di Hospital..