Wednesday, May 27, 2009

MENGHITUNG HARI - TINGGAL 3 HARI LAGI...

Assalamualaikum buat semua Warga SMARTOSA,
********
Tinggal beberapa hari lagi untuk semua Warga SMARTOSA serta ahli keluarga untuk bertemu di Hari Santai BBQ SMARTOSA di rumah Sdr.Termizi & Fida di No. 44, Jalan AU4/6, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.
********
Kepada sesiapa yang belum mengesahkan kehadiran mereka ataupun yang sudah mengesahkan ketidakhadiran mereka, masih ada masa lagi untuk mengubah fikiran untuk bersama sahabat-sahabat SMARTOSA serta anggota keluarga masing-masing yang dianggarkan sudah mencapai lebih kurang 80 orang sekarang.
********
Silalah berhubung dengan Sdr. Zaharin Manan di talian 018-222 8849/017-3006663 untuk mengesahkan kehadiran.
********
Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan komitmen untuk menghadiri perjumpaan pada hari Sabtu ini dan terima kasih banyak-banyak kepada Sdr Termizi serta isteri beliau, Fida yang sudi membenarkan kita untuk menggunakan rumah beliau pada perjumpaan Hari Santai BBQ SMARTOSA kali ini...
********
Sekian, Wassalam.
********
Pengerusi & AJK Penaja SMARTOSA

No comments: