Tuesday, May 19, 2009

JEMPUTAN KE HARI SANTAI BBQ SMARTOSA


Assalamualaikum..

******

Hasil dari perbincangan bersama dengan AJK Penaja pada 15hb Mei 2009, SMARTOSA akan mengadakan jamuan makan malam ala "Pot Luck" yang dinamakan Hari Santai BBQ SMARTOSA pada:-

******

Tarikh : 30hb Mei, 2009 (Sabtu)
Venue : No. 44, Jalan AU4/6,
Taman Seri Keramat,
Kuala Lumpur.
Masa : Bermula dari pukul 8.00 mlm.
******
Beberapa agenda telah disusun untuk semua rakan sekeluarga dan marilah kita sama-sama menjayakan hari santai ini. Kepada mereka semua tak kira di mana anda berada (walaupun berada di Dubai, Perlis, Penang, Bangi, Melaka, dll), silalah meluangkan masa ke majlis untuk kita ini. Kekadang bila dapat berkumpul sesama kita, terasa "MUDA KEMBALI".

*******

Itulah terapinya. Our friendship remains forever.

******

Kepada mereka yang gagal dihubungi, harap dipanjangkanlah utusan jemputan ini agar dapat bersama-sama memelihara ukhwah sesama kita. Walaupun hendak disampaikan melalui mulut ke mulut (macam CPR je...)

******
Harap dapat berjumpa semua di hari tersebut dan ikatan persahabatan sesama kita dapat disegarkan kembali dengan pertemuan ini.

*****


SALAM DARI PENGERUSI & AJK PENAJA.

1 comment:

Mochtar said...

InsyaAllah saya datang bawa "pot-belly"..he..he..