Sunday, February 15, 2009

1st Gathering @ NZ Wangsa Maju 6/2/09

Assalamualaikum..



Seperti yg dilaporkan sblm ini, sebahagian bekas2 pelajar SMTK telahpun mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi di Restoran NZ Curry House, Wangsa Maju pada 6hb Februari 2009 yang lepas.



Perjumpaan yang dirancangkan bersama oleh teman2 yg cukup rajin seperti Saharom, Afri, Azli, Zaharin, Nasa dan Norharlina, Yusni dan Rodiah serta saya sendiri telah berusaha untuk mendapatkan seramai penyertaan dari rakan2 yg rata2 telah menyatakan persetujuan mereka untuk menghadirkan diri.



Bertempat di dewan makan tertutup Restoran NZ, Wangsa Maju acara yg dimulakan pada pukul 9mlm itu telah mendapat sambutan yg begitu baik dengan kehadiran hampir 40 orang bekas pelajar SMTK tahun 1979-1983.



Mereka seperti tidak percaya akan dapat bertemu kembali dengan wajah dan fizikal yg mana ada yang masih maintain dan ada juga yg telah berubah dari segi fizikal dan juga warna rambut. Maklumlah dah 28 tahun tidak bersua muka.

Walaubagaimanapun orang yg paling maintain dan awet pada malam itu tentunya Cikgu Nazlan yg sentiasa tersenyum dan peramah seperti dahulu. Beliau kini mengajar di Sekolah Menengah Wangsa Maju, Kuala Lumpur yg memang berdekatan dgn restoran NZ ini. Bila ditanya apakah rahsia cikgu yg begitu awet muda itu? Jawapan beliau cuma rajin2lah makan ulam pegaga dengan akar2nya sekali.. So bolehlah kita yg tak berapa awet ni mencubanya. Jika berjaya, teruskan amalan makan ulam pegaga ni. Pada mereka yg tidak berjaya, maknanya kita telah tua sebelum waktunya.

Beberapa photo telah dipaparkan utk mengimbau kembali kenangan yg tidak dapat dilupakan dan diharapkan ia menjadi detik permulaan utk aktiviti2 yg akan dilaksanakan kemudian. Diharapkan kita akan mendapat penyertaan yg penuh dari semua bekas pelajar hendaknya.

Sekian, wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Semua,

Memang seronok malam tu. Tak kering gusi dibuatnya.

Best jumpa Hishamuddin... yang 24 jam suka mencelah dimana-mana jua.

Jami tak berubah. Masih seperti dulu lagi.

Paling menonjol Kak Ina la.. Noor Harlina Jalil. Berpakaian serba merah. Masih meletup lagi tu.

Oh Fadilah, masih sama aje. Cuma dah besar sikit.

Kartina... Oh Kartina, besar macam johan. He he he. Jangan marah, Kar..

Umi, vogue aje..

Harlina, cute all the time!

Roslina Said, mak "ancam"...

Huda, as always... tersenyum aje.

Fauziah Idris, tak boleh lupa... Dia kat EPF. Jaga duit kita semua.

Roshana, masih bergetah lagi beb..

Siapa lagi eh.. Ayom, Afri, Azli etc pun ada jugak.

Oh tauke besar Pasar Keramat, Mizi. Selalu dapat discount kalau ke kedia dia. Terima kasih, Mizi.

Semuanya very sporting ...

Alhamdulillah semuanya sihat.
Dee
Bukit Antarabangsa

Anonymous said...

Salam Semua,

Maaf kalau ada nama yang tak disebut.. Oh ye Pian pun ada. Pian, yang bergambar dengan Roshana tu.

Izman pun ada jugak.

Nasa pun ada... Nasa ni Cik Abang pada Noor Harlina.

Hi Zek, baru teringat kat hang..

Okay nanti kita sambung lagi. Back to work.


Dee
Bukit Antarabangsa

Anonymous said...

Hi All,

For record, gambar-gambar ni semua ihsan dari Dee & Yusni of Bukit Antarabangsa.