Monday, February 23, 2009

Mengimbau Zaman Persekolahan 1979-1981.

Tingkatan 1D
Semuanya bermula pada tahun 1979 bertempat di Sekolah Menengah (L) Jalan Ampang dan juga di Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang apabila semua pelajar dari Sekolah Rendah Datuk Keramat (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Gurney (1) & (2), Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak dan mungkin dari sekolah2 berdekatan ditempatkan ke sekolah baru, Sekolah Menengah Taman Keramat, Selangor.

Tingkatan 2A
Disebabkan sekolah masih tidak siap ataupun mungkin belum bermula pembinaannya, maka semua pelajar SMTK ditumpangkan bersama2 dengan pelajar SM(L) Jalan Ampang & SM(P) Jalan Ampang. Setiap kali perhimpunan mingguan dijalankan maka semua pelajar lelaki akan beratur dan berjalan menyeberangi jalan ke padang Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang untuk dihimpunkan dan disatukan disana.
Tingkatan 3A


Begitulah keadaan pelajar2 SMTK yang semuanya terpaksa menumpang kelas2, meminjam padang permainan dan seterusnya berkongsi kantin sekolah sehinggalah penghujung tahun 1981 dimana sekolah sebenar di Taman Keramat telah siap pembinaannya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yg ditempatkan di dalam jurusan sains selepas mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), ada diantara mereka yang meneruskan persekolahan mereka seperti di Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Hulu Kelang, Sekolah Menengah Padang Tembak dan ada yang sentiasa suka bertukar2 sekolah.

Mungkin kepada mereka yang telah meneruskan pembelajaran dan persekolahan di SMTK, dapatlah mereka merasai suasana yg sebenar sebagai pelajar yang mempunyai sekolah sendiri. Dan mungkin yang paling penting mereka tidak lagi malu ataupun rendah diri setelah 3 tahun hidup belajar didalam keadaan susah dan senang semasa menumpang di sekolah orang.




16 comments:

Unknown said...

Salam Mahadi. Saya minta maaf pasal salah type email address awak. Saya dah resend gambar tu.
SMTK ada buat yearbook tak?

Unknown said...

Gambar klassic tu! Seluar pendek lagi Beb! he..he..

Syed Mahadi said...

Wslm Mochtar... Bukan takat ramai yg berseluar pendek tp ramai yg pendek2 belaka masa mula2 masuk Tingkatan 1.

Tetapi saya dan beberapa orang rakan telah mendapat kebenaran dari guru besar utk berseluar panjang. Jadi sempat berseluar pendek dlm seminggu atau dua aje..

Org yg paling digeruni bila berseluar pendek ialah Zainuddin Baba.. Sbb bulu2 kaki yg telah menjejaki sehingga ke peha maka mmg tak molek langsung utk berseluar pendek selalu... Hehehe.. gerunnnnnn....

Syed Mahadi said...

Salam rakan2 semua..

Rozaimi... selamat datang ke blog kita ni.. Zamri Ismail tu ada la dengar dia dah jadi chef yg berjaya.. tp klu dia dpt join kat blog ni blh gak kita berkongsi pengalaman..

Mochtar.. Insyallah klu dpt foto2 yg lain.. akan saya paparkan utk kita imbau kenangan semasa di alam persekolah dulu..

Zaharin.. Terima kasih.. klu dpt mintak kawan2 yg di kelas lain utk berkongsi foto, lbh2 kwn2 yg berada di sekolah pompuan tu.. Kita faham mungkin diorang malu nak paparkan foto2 lama ttp ia tak lebih dari mengimbau kenangan lama..

Unknown said...

Saya juga setuju supaya lebih banyak gambar-gambar lama dari sekolah pompuan (dahi-licin) dapat di uploadkan di blog ni...heh..heh..

Syed Mahadi said...

Amboi2 Mochtar... nak gambar pompuan yg berdahi licin yer... Nantilah kita tunggu Rodiah (Dee) dapatkan dari kawan2 dia dari belah sana.. Takut si Yusni dok cantas dulu.. kang awak dapat yang berkepala licin lak nanti..

Unknown said...

He..he..Kepala licin pun takpe daa...saya bawa dia pergi "Yun Nam!" he..he..
Kalo dahi tak licin, kita kasi botox..amacam?..boley kasi settle punya maa...he..he..

Unknown said...

BTW, gambar Pengawas Pioneer tu siapa punya? Ada company yang boleh restore gambar_gambar lama..Saya ada hantar satu gambar lama bagi diorang buat..boleh tahan juga laa...

Syed Mahadi said...

Good idea. Agak-agak awak blh tolong tak restore balik gambar-gambar tu. Kos, awak tanggung gak, boleh tak?

Unknown said...

Insyaallah boleh. Bagi saya gambar ori Pengawas Pioneer tu. Gambar 3A saya ada.

Unknown said...

Mana gambar tingkatan 5? Tarak ka?

Syed Mahadi said...

Mochtar, insyallah bila kita jumpa nanti, saya akan bagi foto2 dlm simpanan saya utk awak restore...

Saya tiada foto2 smtk utk Tingkatan 4 & 5 sbb bersekolah ditempat lain.

Mungkin kwn2 lain boleh bantu..Itupun klu ada yg nak berkongsi sama..

Anonymous said...

Syed,aku pun dah lupa apa lagu yang kita semua nyanyi masa tu. Masa tu tingkatan berapa?

Unknown said...

Nyanyi "Lagu Tiga Kupang" kot ...he..he..he

Syed Mahadi said...

Mochtar,

Tak sangka awak suka lagu tiga kupang tu.. tp rasa2nya masa tu mesti bawak lagu jiwang kot.. almaklumlah masa tu kan tengah nak naik...

AZLAN said...

Tahniah kepada syed mahadi atas usha anda merapatkan kembali kawan-kawan bekas pelajar SMTK yang saya kenali semasa duduk dekat bukit keramat dulu-dulu.