Thursday, March 12, 2009

Dari Koleksi Normah...

Dari gambar ini, dapatkah mereka dikumpulkan bagi memeriahkan aktiviti dan program ALUMNI SMTK a.k.a "SMARTOSA".
...jika ada di antara kita yang masih saling hubung menghubungi, diharapkan agar dapat mengkhabarkan mengenai persatuan kita ini...
..dan jika ada sesiapa yang mengetahui di manakah guru-guru ini, besarlah harapan agar mereka dapat dihubungi bagi mengeratkan semula silaturrahim di antara kita...
...tidak dilupakan barisan para senior untuk bersama-sama di dalam meneruskan usaha agar semuanya dapat bertaut kembali...
...mungkin ada di antara mereka ini yang dapat menceritakan semula kenangan manis semasa gambar ini diambil...
"... Kumpulan BG bersama dengan guru tingkatan 3E - Puan Noorain.." Begitulah kata-kata yang tertulis di belakang gambar ini. Apa maksud BG tu mungkin Eza, Lina, Anom atau Dee boleh terangkan.
Gambar ini diambil pada 1 Mei 1981 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Acara yang diadakan adalah Dikir Barat.
(agak-agak baju melayu pelajar lelaki manakah yang jadi mangsa ya?)
Pokok buluh ini pun sempat dijadikan background untuk sesi fotografi.

...dan di hadapan pintu pagar rumah pun jadi mangsa lokasi penggambaran. (... baru terperasan yang Norhalina memang gemar berpakaian serba merah sejak dari zaman persekolahan lagi..)
Sesi fotografi di perkarangan sekolah baru SMTK.
Sedang pelajar perempuan asyik dengan sesi fotografi, pelajar lelaki pula dikerah untuk membantu guru menyusun kerusi dan meja... rasanya kot...
.....
............
..................
...........................
DI MANAKAH MEREKA BERADA SEKARANG...??

4 comments:

Mochtar said...

Salam semua.

Saya harap kita dapat contact mereka-mereka yang didalam gambar-gambar diatas.

Syed Mahadi said...

Wslam Mochtar,

Kita memang mengharapkan wajah yang ada dipaparkan kat blog maupun yang tidak dipaparkan akan dapat disatukan kembali didalam SMARTOSA kita..Insyallah..

Kerjasama dari semua bekas pelajar amat diperlukan dan kami amat menyanjung tinggi diatas pengorbanan yang diberikan...

Mochtar said...

Bagaimana kalau aktiviti "ngeteh" ni, sekali-sekala, kita adakan pada waktu tengahari atau petang? Amacam?
Kemungkinan ada dari kawan-kawan kita yang ada sedikit keberatan untuk ngeteh pada waktu malam..

Syed Mahadi said...

Mochtar,

Cadangan awak akan dibawa ke pengetahuan semua AJK Penaja utk dipertimbangkan dan dibincangkan nanti.

Terima kasih di atas cadangan itu dan diharapkan rakan-rakan lain akan turut memberi cadangan dan pandangan.