Monday, March 30, 2009

Berita Dari Kengkawan....Rozaimi Md Yusuf

Rozaimi sedang rancak bercerita dengan Ayom dan Yusni....

Azli pun turut hadir untuk mengeteh bersama Rozaimi..

Rozaimi sedang melihat blog melalui handphone Yusni...

Rozaimi begitu berminat dengan foto-foto yang ditunjukkan oleh Yusni...
...........

Pada 22/03/09, lebih kurang pukul 3.00 ptg, saya telah menerima sms dari Rozaimi, memaklumkan beliau akan tiba di KLIA dalam pukul 6.00 ptg. Beliau akan berada di KL selama 5 hari 4 malam untuk menghadiri kursus anjuran ASN/ASB yang akan diadakan di Hotel Flamingo, yang turut menjadi tempat penginapan beliau. Beliau turut menanyakan acara mengeteh untuk malam tersebut.

.............

Sejurus mendapat sms tersebut, satu acara mengeteh pada malam itu telah dirancang. Yusni, Saharom dan Azli adalah antara rakan-rakan yang setuju untuk hadir. Untuk tidak menyusahkan Rozaimi, kami bersetuju untuk bertemu di sebuah restoran berhampiran Ampang Point.
..............
Lebih kurang pukul 9.00 malam, saya telah menjemput beliau untuk ke lokasi mengeteh. Setiba kami disana, Saharom dan Yusni telah sedia menanti. Tak lama kemudian, Azli pun muncul. Banyak yang diperbualkan semasa perjumpaan pertama tersebut. Maklumlah sudah lama kami tidak bersua muka. Beliau nampaknya telah pun menyamai ketinggian Saharom... tapi masih tidak dapat melepasi ketinggian saya.

...............

Masa berjalan terlalu pantas. Sedang rancak kami bertukar-tukar cerita, jam hampir menunjukkan pukul 12 malam. Kami terpaksa berpisah buat sementara waktu kerana perlawanan bolasepak diantara Liverpool dan Aston Villa telah pun bermula.

................

Acara mengeteh bersama Rozaimi diteruskan pada hari-hari berikutnya bersama-sama dengan Che Onn, Mochtar dan rakan-rakan yang lain.
...............

Rozaimi kini telah pun selamat pulang ke Perlis pada hari Khamis lepas untuk bersama-sama dengan keluarga yang ditinggalkan dan meneruskan kerjayanya sebagai Ketua Cawangan ASN/ASB disana. Adalah diharapkan beliau akan terus dan sentiasa menjenguk rakan-rakan melalui blog ini.

...............

Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.... InsyaAllah.. Amin...

No comments: