Thursday, March 26, 2009

Penawar Penyakit Hati


Artikel ini telah disumbangkan oleh salah seorang rakan kita yang mahu dikenali sebagai Ummu Aniq.

-----------------------

PENAWAR PENYAKIT HATI


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya.

Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.

Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam, dan yang

Kelima, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Doa yang dipetik dari kitab Al Ma'thurat oleh Hassan Al Banna..... Berdoalah....

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu. Bersatu dalam menyeru di jalanMu, berjanji setia untuk membela syariatMu. Maka Ya Allah, eratkanlah ikatan pertaliannya.

Abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya & penuhilah dengan cahayaMu yang tak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, hidupkanlah dengan makrifatMu dan matikanlah dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkau sebaik baik pelindung dan penolong..."

Amiin ya rabbal alamin.

------------------------------------------------------

- Dialu-alukan kepada rakan-rakan agar dapat memberikan sumbangan untuk dimuatkan ke dalam blog ini samada berunsur ilmiah, nasihat, humor ataupun apa saja yang difikirkan sesuai untuk bacaan kita bersama.

No comments: