Wednesday, March 18, 2009

Gambar-gambar Semasa Ngeteh 13/03/2009

Restoran Al Kader Curry House.. Terima kasih kerana membenarkan kita menggunakan segala kemudahan yang disediakan selain lepak dan makan..
Mazita yang disakat oleh Ayom juga hadir sama....
Che Onn, Anom, Mazita dan Ayom sedang berposing maut...Mazita yang baru kembali setelah lama di Jepun memang sporting pada malam tu..
Apakah yang sedang bermain di fikiran Ayom tu..?? Manakala Azli tetap bersahaja walaupun terpaksa memikirkan masalah orang yang tak sudah-sudah...
Anom sedang rancak bercerita dengan Mazita....
Che Onn tetap dengan gaya YB nya....
Anom dan Mazita begitu asyik mendengar cerita dari Ayom....
Saipudin Harun muncul juga walaupun baru sampai dari Penang...
Acara sembang-sembang bertambah rancak apabila Yusni dan Dee tiba walaupun baru balik dari pejabat....
Diikuti oleh Zaharin yang tiba bersama anak-anaknya...
Majlis bertambah rancak dengan kehadiran Joe dan Afri...
Masing-masing sibuk dengan aktiviti makan dan minum....
Tangan Che Onn yang berbalut.. Terseliuh katanya..sebab-sebab terseliuh, banyak yang dia merapu......susah nak faham la bro....
Dee yang sentiasa komited dengan kerja-kerja Alumni... sedang siapkan Minit Mesyuarat walaupun penat di pejabat tak hilang lagi...
Mochtar sedang menerangkan logo/lambang Alumni kepada Cunit...
Nadar Manap yang hadir bersama-sama dengan senyuman yang masih boleh cari makan tu.....
Cunit sedang memberi pendapat dan pandangan tentang beberapa logo/lambang Alumni yang disediakan oleh Mochtar sambil diperhatikan oleh Che Onn dan Pudin...
Joe sedang menatap foto semasa berada di Darjah 2 yang dibawa oleh Ayom.... Ada apa-apa perbezaan tak antara dulu dan sekarang, Joe..??
Dee yang dedikasi terus menyiapkan kerja-kerja Alumni sebelum dapat meluangkan masa untuk bersembang-sembang.. Terima kasih Dee....
Bila perut dah berisi...bertambah meriahlah perbualan mereka...
Apa agaknya yang membuatkan Pudin dan Cunit gelak besar tu...??
Dan tiba-tiba menjadi serius dan fokus.....
Kenapalah si Pudin tu pandang Che Onn macam tu ye....??
Kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya...Anak-anak Zaharin yang dibawa bersama....
Anom sedang menerangkan wajah-wajah rakan-rakan beliau yang tidak dikenali Syed Mahadi sambil diperhatikan oleh Alex...
Mochtar yang sentiasa cool dan tidak banyak bercakap bila berada bersama rakan-rakan... berbeza karektornya bila di chatting box...
Bila kerja dah selesai, barulah Dee dapat menjamah makanan...
Anom & Mazita, Pudin & Syed Mahadi, Nadar & Zaharin sedang asyik bercerita....
Pudin yang maintain hensemnya sedang menerangkan apakah aktivitinya sepanjang cuti pendeknya di KL....
Dee sedang menjelaskan sesuatu kepada Syed Mahadi tentang Alumni manakala Cunit dan Safian terus rancak bercerita....
Saipudin sempat juga membuka blog untuk mendapatkan cerita terbaru tentang rakan-rakan dan juga Alumni SMTK...
Gambar kenangan diambil sebelum kumpulan terakhir beredar dari Restoran Al Kader .....

1 comment:

Unknown said...

Salam SM,

Thanks again for the pics.
Seperti biasa, syukur dapat jumpa kawan-kawan lama semasa aktiviti ngeteh ni.
Kemunculan Saipudin dan Mazita menambahkan lagi keceriaan suasana ngeteh.
Kadan-kadang saya terkenangkan zaman lalu dan kawan-kawan lama semasa bertugas diatas kapal. Mungkin keluasan lautan samudera, lebih-lebih lagi diwaktu matahari mulai terbit atau terbenam, membuatkan kita mengingati keindahan dan kebesaranNYA sekali gus.
Pada tarikh 5.2.09 apabila menjejak kaki semula "on solid ground" selepas 30 hari dilaut, ada kalanya dilanda ombak besar dan angin kencang diatas kapal yang sederhana besarnya, saya mendapat sms dari Zaharin mengenai perjumpaan bekas pelajar SMTK. Allahuakbar!

Impian menjadi kenyataan.