Monday, March 23, 2009

Kenangan Manis di Kafe Sila Rasa 20/03/2009

Seperti yang dijanjikan, Tuan Haji Safian telah menunggu semua rakan di stesen petrol Shell berdekatan dengan Hotel Mint dan McDonald's laluan ke Tol Sg Besi-Seremban pada pukul 9pm-9.30pm. Beliau hadir dengan salah satu superbike nya utk memandu arah kami ke tempat beliau..Rasa mcm VIP pulak bila diescort dengan motor besar.... Ini adalah salah satu restoran beliau di Bandar Kinrara, tempat pertemuan kami pada minggu ni... Kafe Sila Rasa....
Semua yang berkonvoi selamat tiba dan begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan sambil bersantai....

Tuan Haji Safian menjemput semua rakan untuk masuk ke kafe beliau untuk acara makan....
Roslina Said selamat tiba ke perkarangan kafe setelah tersesat jalan walaupun berkonvoi. Walau bagaimanapun beliau tiba dengan seluruh keluarga untuk memberi support pada kita semua...Terima kasih Ani...

Rakan lama kita, Zainuddin Baba (Ajai) juga hadir bersama-sama 3 anak dara beliau walaupun baru tiba dari Muar....

Seorang lagi rakan lama dan orang besar MARA, Shahrizin juga dapat meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan....
Dee diapit oleh Fazlun (isteri Ayom) dan Liza (isteri Zaharin)


Juadah-juadah yang disajikan kepada semua rakan memang sedap dan menyelerakan. Pada yang sedang berdiet dan berpantang malam tu telah gagal untuk menafikan kehendak hati... Yang paling rugi adalah yang tak hadir.....
Epi bersama-sama dengan Alex yang lengkap berbaju melayu sedang melayan diri dengan lauk-pauk yang disaji... Menurut Alex, dia sentiasa mengingati isterinya walau dimana dia berada.. sebab, kerongsang yang dipakainya adalah kepunyaan isterinya, suami mithali lah katakan..
Mungkin Dee sedang mengatakan sesuatu kepada Najib sebab pinggannya telah melebihi muatan kot....
Masing-masing sedang sibuk mengambil makanan...
Ruang makan di luar tetap menjadi pilihan bagi mereka yang suka berasap.....
Rakan kita Ibrahim yang masih berkaki empat tetap dapat meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan...
Yusni, Dee, Zaharin sedang menikmati hidangan sambil Safian menarik nafas panjang sebab ramai yang hadir... Kalau tidak, mau tauke makan sendiri....
Rakan-rakan sedang rancak berborak sambil menjamu selera....
Roslina bersama suaminya Zakaria dan anak kecilnya sedang menjamu selera sambil ditemani oleh Dee...
Anak-anak dara Roslina juga turut hadir sama....
Zakaria, suami Ani dan anak kecilnya....
Tuan Haji Safian dan isterinya Puan Hajjah Hayati begitu mesra melayani rakan-rakan...
Zainuddin Baba (Ajai), Syed Mahadi dan Shahrizin sedang bertukar-tukar cerita....
Masing-masing bersandar kekenyangan sambil berasap...
Junior setahun kita juga turut hadir memberi sokongan....
Syed Mahadi dan Azli lepak diluar sambil berbincang tentang arahtuju Alumni...
Ruang dipertengahan menjadi tempat paling diminati untuk lepak...
Dee sedang rancak bersembang dengan rakan-rakan...
Anak Safian yang berusia 11 tahun sedang diinterview oleh rakan-rakan ayahnya...
Barisan para isteri yang setia menemani suami mereka... Muzlina (isteri Syed Mahadi), Fazlun (isteri Ayom), Liza (isteri Zaharin), Mas (isteri Epi) bersama-sama dengan Hajjah Hayati dan anak beliau...
Selepas makan, Dee terpaksa menyiapkan perlembagaan Alumni sambil diperhatikan oleh Ajai...
Gambar kenangan Ajai, Syed Mahadi dan Shahrizin
Sesi berkaraoke telah bermula... Antara yang telah berjaya "menyumbangkan" suara dan "merosakkan gegendang telinga" ialah Che Onn, Yusni, Afri, Syed Mahadi, Zaharin, anak dara Ani, Min dan anak dara Ajai...
Shahrizin, Azli, Yusni dan Safian yang enjoy pada malam tu...
Che Onn adalah orang yang mula-mula memegang mikrofon sedang mendendangkan lagu beliau sambil Azli duduk menunggu giliran...
Apa agaknya yang membuatkan Shahrizin tergelak besar tu....??
Yusni tidak melepaskan peluang untuk berkaraoke... begitu juga Afri yang telah berjaya menunjukkan staminanya dengan menyanyi beberapa buah lagu tanpa melepaskan mikrofon kepada rakan-rakan yang lain....
Anak Ajai yang tidak ketinggalan menunjukkan bakatnya berkaraoke....

Dua aksi Azli yang sedang naik "sheh" tatkala mendendangkan lagu dangdut sehinggakan mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir... Menurut Azli, dengan berdangdut, sesungguhnya dapat menghilangkan tension dan melupakan segala masalah sendiri dan juga masalah orang....
Orang-orang besar sedang bergambar di luar perkarangan kafe...
Suasana di luar kafe dengan citer-citer lama dibawa... Shahrizin tidak dapat melupakan citer tentang Frankie dan air soyanya....
Masing-masing sedang keluar untuk beransur pulang....
Foto kenangan diambil diluar kafe kepunyaan Tuan Haji Safian dan isteri Puan Hajjah Hayati yang begitu bermurah hati menjamu rakan-rakan sambil menggunakan kemudahan di kafe mereka... Terima kasih dari kami semua dan semoga Allah swt akan terus murahkan rezeki dan kebahagian mereka.... Amin..

3 comments:

Unknown said...

Salam semua.

Meriah!

Unknown said...

Kalau Joe Ahmad dapat datang lagi meriah.

Anonymous said...

Salam SM,

Memang seronok malam tu... Sungguh bertuah kita semua dilayan dengan baik sekali oleh Safian & Yati.

Terima kasih tak terhingga buat Safian & Yati.

My beloved husband baru sampai dari KK pun layan ngeteh malam tu.. Tak penat ke, Bah?

Terima kasih juga pada Che Onn kerana sudi menumpangkan saya untuk ke rumah Safian pada malam itu. Seronok sangat dapat naik kereta baru la pulak. Memang kelas la, Che Onn! Tapi cuma satu, bila balik malam tu telinga saya bengkak-bengkak dek lagu-lagu 'dangdut' yang diputarkan sepanjang perjalanan pergi dan balik kerumah Safian. Seolah-olah berada di Jakarta la pulak, Onn..
Tapi tak serik kalau perlu saya menumpang lain kali. He he he.

Mochtar, turut ada dalam kereta Che Onn. Kelu lidah tidak berkata. Agaknya pening-pening lalat jugak.

Lun, isteri Ayom pun ada sama. Sakit perut gelak besar bila Azli pun layan lagu 'dangdut' tu.

Azli, baru la saya tahu.. Awak peminat Inul Gerudi rupanya..

Mizi, wakil Pemuda Umno pun ada turun padang malam tu.. Cuba-cuba melobi lah tu.

Ayom, tak habis-habis nak ber"mertua"kan Ani... Tapi buku bank dah hilang la pulak. "Cancel la aje Si Ayom ni, Ani". Dah la tu tak habis-habis nak "10%". He he he

Ani, what a happy family.. the very sporting one. Jangan lupa tolong nanti jahitkan langsir bilik anak aku, ok?

Zaharin & family, ni family outing la jugak nampak gayanya...

SM & Maz, mamarazzi and paparazzi!

PBB pun ada malam tu... Cuma Lun, Maz, Liza, alamak siapa nama isteri Epi? Lupa lah pulak. Oh ada ahli baru tau. Siapa lagi? Isteri Safian la, Yati..

Epi, buat coverage untuk Astro malam tu dengan viewcam lagi..

Jejaka Idaman, Ajai pun memeriahkan suasana dengan 3 anak dara jelita... Ajai pun enjoy malam tu..

Shahrizin pun ada malam tu... Sudi jugak hadir. Best dapat jumpa kawan-kawan lama ni..

Siapa lagi ehhhh? Oh Ibrahim and Najib they came together-mather. Kaki Ibrahim masih belum baik lagi.

Oh Afri... mengasah bakat sakan malam tu.. Pecah lah suara..

Rasa-rasanya itu aje kot.. Kalau ada yang tertinggal..maaf tak ingat nama la pulak.

Ohhhhh last but not least, our junior tu.. nama dah lupa. Anyway, thank you for coming.. Jangan serik. Datang la ngeteh dengan we all in future..

Okay, till then...

Dee
Bukit Antarabangsa