Tuesday, March 10, 2009

Ngeteh @ A.Kader pada 06/03/09.

Azli, Mochtar & Che Onn merupakan muka-muka terawal untuk mengeteh di Restoran A.Kader, Seksyen 6, Wangsa Maju.
Che Onn kalau dah dapat sup kambing mamak ni, anak dara yang pakai seluar pendek lalu kat depan mata pun dia tak nampak.. Tapi lepas habis makan, sibuk tanya sape awek tu....???
Mee goreng mamak ni menjadi menu wajib bagi melapik perut sebelum perbincangan bermula..
Ayom begitu gembira apabila Che Onn menunjukkan handphone nya yang begitu canggih... Ayom dah mula celik IT dan tahu nak membuka web, kata Che Onn.
Roslina Said yang hadir ditemani oleh suami dan anak-anak serta Kartina & Norhuda untuk bersama rakan-rakan lama..
AJK Penaja pun turut membuka meja untuk membincangkan tentang pendaftaran Alumni SMTK yang akan dikenali sebagai SMARTOSA (SMTK Old Student Association ataupun Persatuan Bekas Pelajar SMTK).
AJK Penaja begitu serius dan komited untuk merealisasikan apa yang telah dirancang.
Dee selaku Penolong Setiausaha dan satu-satunya wakil dari bekas pelajar perempuan yang sentiasa fokus untuk bersama-sama AJK Penaja.
Nasa, Epi, Azri, Suliahti, Ani, Zack & Roshana juga meluangkan masa untuk bertemu dengan rakan-rakan walaupun mereka sentiasa sibuk..
Tuan Haji Safian & Normah begitu asyik bercerita dengan Cikgu Nani..
Masing-masing sudah mula bersembang sambil menjamu selera.
Norharlina yang berpakaian serba merah sentiasa mendapat perhatian dengan celotehnya...
Kartina, Roshana, Norhuda dan Zack memang sporting pada malam itu..
Sifat seorang bapa mithali.. tidak kira di mana.. tanggungjawab terhadap anak-anak tetap dijalankan.. Syabas Nasa...!!
Normah datang dengan notebooknya dan merupakan orang pertama yang sampai di perkarangan restoran..Terimakasih Anom..
Safian akhirnya dapat mengenali Nasa setelah beberapa kali mencuba mengingati siapakah beliau...
Epi yang maintain handsome.. orang kuat JPJ, dengar khabarnya...
Apakah yang sedang diborakkan oleh Norharlina tu.. ??
Cikgu Nani (Sharifah Zawiah) begitu teruja dapat bertemu dengan rakan-rakan lama....
Norhuda yang sentiasa tersenyum telah berjaya mengeluarkan suaranya kali ini... Yati dan Ani begitu asyik bersembang... mungkin ada petua berguna yang sedang diturunkan oleh Pensyarah UiTM itu..
Ani dan suaminya.. Kelihatan dibelakang AJK Penaja yang masih bersidang..
Zaharin selaku Setiausaha sedang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan Alumni SMTK.
Nasa, suami Ani dan Azri yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ngeteh bersama rakan-rakan.
Saat yang dinanti-nantikan oleh Che Onn bila Pengerusi menangguhkan perbincangan iaitu kita order sup kambing mamak lagi.....

3 comments:

Unknown said...

Salam semua. Seperti biasa, acara ngeteh memang best.
Tambah lagi "ulasan selari" dari YB Che Onn..memang kelakar..laga siku lah..macam-macam! Senyum seorang diri bila teringat.

Anonymous said...

Salam

Buat diriku yg mudah lupa dan buat rakan2 yg disygi......sekadar renungan buat kita hari ni dan hari2 selanjutnya hingga ke 'hari yg lebih kekal abadi'....

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Wallahuaklam.......

Anonymous said...

Salam Semua

Rasanya minggu lepas yang paling ramai sahabat2 kita datang selain daripada ahli AJK Penaja untuk perjumpaan mingguan kita. Terima Kasih semua kerana terus menyokong dan menberi kepercayaan kepada kami AJK penaja dalam menjayakan penubuhan SMARTOSA

Harapan agar lebih ramai lagi kekawan dapat turun menberikan sokongan kepada kami dan dapat berjumpa sambil bertanya khabar dengan kekawan yang lain.

Kepada Cikgu Nani, Anum, Kartina, Norhalina & Nasa, Epi, Zack, Huda, Roshana, Tuan Haji Safian, Ani, Yati dan lain2 serta keluarga yang turut datang agar selalu lah turun pada majlis perjumpaan mingguan kita.

Insyallah, kita berjumpa lagi pada hari, tempat & waktu yang sama minggu ini......


Terima Kasih

Zaharin Manan
Taman Ehsan, Kepong