Thursday, May 28, 2009

JeMPuTaN KeNDuRi KaHWiN

Assalamualaikum kepada semua rakan SMARTOSA... Saya Saipudin Haron yang masih hensem dan kacak serta isteri kesayangan, Saridah Mohd Shofi ingin menjemput semua rakan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak teruna kami pada 6hb Jun 2009 di kediaman kami di Taman Jawi Indah, Pulau Pinang. Disini kami sertakan kad undangan ke majlis perkahwinan tersebut untuk semua Warga SMARTOSA. Diharapkan rakan-rakan dapat meluangkan masa untuk memeriahkan majlis tersebut. Jangan lupa untuk membawa hadiah-hadiah yang besar seperti Toyota Alphard, Nissan Xtrail ataupun BMW sebagai hadiah kepada bapa pengantin.....

Silalah memandu dengan mengikuti hadlaju yang ditetapkan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu 110km/jam untuk mengelakkan rakan-rakan disaman kerana jika terlebih wang simpanan tu kan lebih afdal jika wang saman tersebut disedekahkan kepada rakan-rakan yang memerlukannya..

Semoga kita dapat bertemu di majlis perkahwinan anak teruna kami nanti...






3 comments:

Anonymous said...

Salam Buat Saipudin & Isteri,

Semoga Pudin dan isteri sihat walafiat.

Saya telah lama terima kad jemputan tersebut. Dan terima kasih banyak-banyak atas undangan.

Tapi dengan berat hati ingin saya maklumkan bahawa saya dan Cunit serta keluarga tidak dapat bersama-sama pada hari tersebut. Ini adalah kerana anak buah saya juga akan melangsungkan pernikahannya pada minggu tersebut di Johor Bahru.

Terasa ralat sangat kerana telah berbincang dengan kawan-kawan lain untuk ke Pinang. InsyAllah ada kawan-kawan lain yang akan menyusul.

Walaubagaimanapun saya mendoakan semoga majlis tersebut berjalan dengan baik sekali. InsyAllah.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga berbahagia ke anak cucu dari Auntie Dee dan Uncle Cunit.

Terima Kasih and take care.

Dee
Bukit Antarabangsa

Zaharin Manan said...

Salam Pudin

Insyallah kalau tak ada aral melintang saya dan keluarga akan sampai ke majlis perkahwinan anak awak pada hari tersebut kerana saya telah pun merancang untuk balik kerumah orang tua saya di Kemunting, Taiping so boleh la terus ke Jawi dan harap2 dapat berjumpa gan kawan kita Razak Hashim tu.

Pada warga SMARTOSA yang lain yg ingin kemajlis ini bolehla berhubung gan saya dan boleh la kita gi sama2.

Terima Kasih

addin said...

Salam Zarin, Dee, Cunit dan semua warga smartosa. Saya amat berbesar hati di atas ingatan dan kesudian kengkawan semua di atas ucapan selamat pengantin baru kepada anakanda saya yang baru melangsungkan pernikahan pada 30 jun 09 yang baru lepas. Kepada Zarin saya ucapkan selamat memandu semuga kita dapat bertemu nanti.

Saipudin Haron
Jawi, Penang