Thursday, May 21, 2009

FoTo KeNaNGaN - Dari Koleksi Album Sharifah Zahinah

Salam.... Saya terima email dari Sdri Sharifah Zahinah yang inginkan foto-foto ini disiarkan di blog. Walaupun saya membalas email beliau untuk mengetahui latar belakang tentang foto-foto ini serta siapakah si Sharifah Zahinah ini, namun sehingga kini tiada balasan & jawapan diterima.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan permintaan dari Sdri Sharifah Zahinah yang saya tidak kenali, saya siarkan juga foto-foto ini. Jika sesiapa boleh menceritakan serba sedikit tentang foto-foto ini, sila letakkan di dalam ruangan komen di dalam artikel ini. Terima kasih kepada Sdri Sharifah Zahinah dan terima kasih juga pada sesiapa yang sudi mencoretkan cerita di dalam ruangan komen ini...

Agak-agak kat kelas ni, budak-budak lelaki tak berani nak lebih2 kan...mesti akak yang duduk kat barisan depan yang kanan sekali tu akan sekeh kepala kalau diorang try nak buli...Betul tak..??

Macam pernah ku kenal orang yang berdiri di kiri & kanan barisan belakang tu.... Tapi di mana ya.....?? Yang duduk di kiri sekali barisan hadapan tu lagi macam ku kenal...Ada lagi yg paling ku kenal....Hehe..

Cikgu Nazlan yang duduk di tengah2 masih tetap sama dengan wajah sekarang....

Zaharin, kat mana cikgu-cikgu tu bawak korang ye...?? Yang duduk bertenggong No 3 dari kiri dan hujung sekali tu....Macam biasa nampak laaa....

3 comments:

Anonymous said...

Salam dari BEKAS PELAJAR TERAWAL...

HAI Pkabar semuaa...woooowwww hebatnya blog yg korg paparkan di sini. Photo menarik. Mengenang nostalgia. Kenangan mesra setelah bertemu semula. Happening sungguh!! Keep it up, u guyz..

Sungguh ku tak sangka, blog dan photo2 kalian terutama yg lama2...
sedikit sbnyak mengimbas kembali kpd kenangan bersama kawan2 sekelas...dan se-SMTK yg sedia ada.

BUT FIRSTLY, nk minta maaf sbb main terjah je...tapi jgn salah faham. Hadir saya di blog kalian ini adalah atas undangan rakan BEKAS PELAJAR TERAWAL 83..cuma bukan sekelas! Siapa??? biarlah rahsia..;)

Setelah mbaca Sejarah SMTK, saya terpanggil utk menjelaskan sedikit kekeliruan. IZINKAN saya mmberi sedikit komen dan penjelasan ikhlas. (Bukan berniat negatif tapi sekadar memberi penjelasan berhubung SEJARAH SMTK..;)

MAYBE penulis lupa atau alpha atau tersalah pandang akan kewujudan segelintir pelajar SENIOR yg sama2 mengharungi liku2 ketika bergelar PIONEER ..yakni pelajar TERAWAL SMTK.

Ya..klu uols masih ingat, pelajar terawal SMTK adalah pelajar2 TINGKATAN 2...dan pelajar2 TINGKATAN 1 yg diserap dari pelajar2 dari Sekolah Rendah sekitar kawasan yg berhampiran spt yg diceritakan oleh penulis blog.

~Ingat ke siapa pelajar2 perempuan yg ketika itu mmulakan sessi di TINGKATAN 2, yg diserap dari Sek Men Perempuan AMPANG?

YES...!! We are the One! We Are the pioneer students at that time, AND YES, WE ARE YOUR SENIOR...
hahahahahaha...

Demi rakan2 yg sama2 meniti masa kegemilangan bergelar pelajar PIONEER SMTK TINGKATAN 2 1983, kami ingin menghulurkan salam hormat buat warga SMARTOSA...

Maju Jaya Untuk Warga SMARTOSA dan moga komuniti SMTK giat maju utk kebaikan bersama.

Wasalam.


From: KAKAK2 of year 83..hehehehe

Syed Mahadi said...

Salam Buat KAKAK2 of year 83...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi untuk bersama-sama kami dan memberikan pandangan yang sungguh bermakna.

Memang saya masih ingat semasa kami pelajar-pelajar lelaki yg menjadi pioneer SMTK pada tahun 1979 di dalam Tingkatan 1, kami tahu ada 2 kelas pelajar pioneer perempuan yang ditumpangkan di SM (P) Jalan Ampang berada di Tingkatan 2.

Saya juga masih ingat pada tahun 1979 saya dilantik sebagai Ketua Pengawas untuk mewakili pelajar lelaki manakala Ketua Pengawas yang mewakili pelajar perempuan ialah KAKAK FARIDAH dari Tingkatan 2...

Ada diantara pelajar pioneer tapi senior dari segi umur yang masih saya kenali seperti Kakak Ruby (kakak kepada Saipudin Harun), Kakak Adlina Halim (kakak kepada Azhar Halim)dan beberapa lagi kakak-kakak senior yang saya sudah tidak ingat nama mereka.

Insyallah, jika dirapatkan kembali kakak2 pioneer untuk bersama-sama SMARTOSA, kita akan dapat kenal mengenali kembali di antara satu sama lain, bukan setakat sebagai bekas pelajar tetapi juga kita boleh mengenali semua anggota keluarga masing-masing.. Yang mana mungkin kakak-kakak pioneer sudahpun bermenantu dan mungkin juga sudah bercucu..hehe.. Keluarga besar SMARTOSA...

Jika tidak silap, pernah saya siarkan satu foto kakak-kakak pioneer di dalam blog ini yang mana foto itu diambil oleh Kakak Adlina Halim...Saya pun telah menyuarakan untuk bertemu kembali kesemua kakak-kakak pioneer jika ada keterbukaan hati mereka.

Jika KAKAK2 of year 83 tidak keberatan, sudi kiranya kenalkan diri dan mungkin akan menjadi wakil dari bekas kakak-kakak pioneer untuk bersama-sama menjayakan Hari Santai BBQ SMARTOSA yang akan diadakan pada 30/5/2009 ini..

Jika ada kelapangan, silalah berhubung dengan saya di 012-210 6622 untuk kita berbual dan bertukar-tukar pandangan demi memajukan SMARTOSA yang baru berusia 3 bulan ini..

Sekian, Wassalam.

Syed Mahadi Al-Jufree
Pengerusi Penaja SMARTOSA.

Anonymous said...

Salam Sejahtera buat saudara Syed Mahadi dan semua warga SMARTOSA yg dihormati..

Sebelum kita melangkah jauh, Terima kasih bnyak2 kpd Syed, serta warga SMARTOSA atas perhatian dan
penjelasan yang diberikan.

Syukur Alhamdulillah dipanjangkan kpd ALLAH s.w.t atas Kesejahteraan dan keberkatan yg diberikanNYA kpd ahli SMARTOSA dlm merealisasikan impian murni lagi ikhlas ini.

TERIMA KASIH daun keladi..kami (Kak Girl dan Kak Rok )ucapkan atas sambutan diluar jangkaan malam tadi. Pertemuan semula dgn ahli SMARTOSA mmg BEST... Mana tidaknya, bila ada antara wajah2 yg hadir semalam masih kekal diingatan cuma ada yg berubah dari segi fizikal. Yelah..it was ages...dah hampir 30thn lebih!! Wajah & Fizikal pasti berubah...hehe

Jelas dpt dilihat dari perjumpaan semalam bila melihat "adik2" yg dulunya "remaja" kini telah mendewasakan diri masing2 :) Transformasi dek perubahan masa! Adushh...terasa betapa TUUUwwee..ehh MATANGNYA kami berdua...kwang3...

Tapi yg menarik semalam adalah sessi berkongsi matlumat dan berbual mengenai rakan2 yg dikategorikan "MISSING IN ACTION". Tak sangka uols ada yg masih mengenali kami,(walaupn ada yg masih blur...ttg kewujudan KakGIRL & KakROK dikalangan akak akak senior SMTK )! hehe

InsyaALLAH dgn info sebegini dapatlah kami mencari rakan2 yg lain dlm usaha mengumpul akak2 SENIOR di pertemuan SMARTOSA di masa akan datang.

InsyaALLAH jika takde aral melintang, akan kami usahakan. Memang seronok bila ada yg perihatin dan membantu utk jayakan program JEJAK KASIH mcm ni..;)

Oh ye..sebelum terlupa, di sini nak amik kesempatan ucapkan THANK YOU SO VERY MUCH buat adik ku, NURULHUDA kerana sudi memaklumkan akan REUNION dan menjemput kami ke majlis perjumpaan semalam.

Sebenarnya, nk buat KEJUTAN (tapi tak tau la samada terkejut ke tak uolz bila ttiba je kami datang terjah je...!! haha) Akan TETAPI kami berdua yg terkejut sebenarnya...

Sbb terharu krn masih ada Junior2 yg masih mengenali kami walaupn sekadar mengingati Nama. ( Setelah sekian lama meninggalkan SMTK,after our SRP result..dan membawa haluan masing, melanjutkan pelajaran ke sekolah aliran SAINS dan seterusnya mengharungi hidup masing2...)

But anyway, Terima kasih daun keladi...esok2 leh jemput lagi..

@SEKALUNG TAHNIAH krn menjayakan SMARTOSA dgn Program2 Kekeluargaan bagi menyatukan semua pelajar PIONEER. Moga mengeratkan lagi hubungan dan kekeluargaan serta bergabung utk menjayakan misi komuniti SMARTOSA dgn jaya.

HIDUP SMARTOSA.. :)