Minggu ni acara Ngeteh mingguan kita telah dihadiri oleh Tuan Haji Harun Jais yang kini menetap & bekerja di Petronas cawangan Melaka. Beliau bercuti & berada di rumah orang tuanya di Keramat dan Mochtar Omar telah membawa beliau untuk bertemu dengan rakan-rakan lama...
Mochtar dengan baju yang mengeluarkan cahaya apabila terkena flash...Macam ultraman Taro...Turut kelihatan disebelah Mochtar ialah Anuar yang masih segak orangnya..
Joe & Nadar begitu asyik mendengar apa yang Tn Haji Harun katakan....Mungkin ada pesanan yang disampaikan...
Dee & Ani seperti biasa akan memberikan pose menarik manakala Mazita begitu tertarik dengan apa yang terhidang di depan mata....
Aku biasa hisap paip tapi hari ni aku try hisap rokok pulak.. Manalah tau kot2 satu hari nanti gambar paru-paru aku boleh diletakkan kat kotak rokok pulak...Agaknya itu lah yang diperkatakan oleh Che Onn hinggakan Azli tertawa...
3 comments:
Assalamualaikum kawan2!
Rasa teruja dan seronok dapat bersua muka dengan kalian dan ngeteh bersama. Terima kasih Mochtar kerana membawa saya kemajlis ni. Terima kasih Azli yang tak putus2 mengirim sms pada pukul 2-4 pagi untuk mengajak saya menyertai majlis ngeteh ni. Rasa macam tak percaya dapat jumpa semula dengan Jo, Che Onn, Zaharin, Ayom, Yusni, Nadar dan semua yang ada malam tu. Maaf kalau ada yang saya tak berapa ingat sebab mungkin kita tak sama sekelas dulu.Dulu pun saya memang spesis pendiam dan pemalu (sekarang ni dah ok la sikit kan...)Kalau saya ada di KL, InsyAllah saya akan join lagi...
Terima kasih Syed kerana walaupun tak dapat datang, masih jugak sempat menelefon dan bertanya khabar... Terima kasih semua. Wassalam. < Harun,Melaka>
Waalaikumsalam Harun
Sama seperti awak juga kami semua pun teruja apabila diberitahu awak akan bersama2 kami untuk ngeteh minggu lepas terima kasih atas sokongan awak pada SMARTOSA.
Semoga selepas ini kalau awak ada kelapangan bila balik ke KL jengok la kami dan juga kirim2 lah berita perkembangan diri awak didalam blog kita.
Diharapkan agar SMARTOSA ini akan terus terusan menemukan semula kawan kawan lama kita di SMTK dulu dan dipereratkan semula silaturahim kita yang telah lama terpisah
Zaharin Manan
Wsalam Tn Haji Harun...
Seperti yg pernah saya katakan dulu, kedatangan anda dan rakan2 yang lain adalah amat dialu2kan..
Kita akan terus berhubung diantara satu sama lain untuk merapatkan kembali silaturrahim kita seperti mana kita dialam persekolahan.. Cuma kali ini kita akan kumpulkan semua rakan termasuk ahli keluarga masing2 utk menjadi sebuah keluarga SMARTOSA yang besar...
Teruskan menyokong SMARTOSA..
Wslm..
Post a Comment