Saturday, May 16, 2009

ZiaRaH IsTeRi Nor Izman Di GoMbAk 16/05/2009....

Nor Izman bersama isteri kesayangan beliau, Safiah yang sedang melalui ujian dari Allah swt dengan penyakit kanser. Safiah akan menjalani beberapa sesi kimoterapi di HUKM bermula dari 21/05/09 ini. Diharapkan Izman & Safiah akan terus tabah untuk menghadapinya....

Fazlun & Lina bergambar dengan isteri Nor Izman, Safiah dan kakaknya....


Wakil dari Warga SMARTOSA yang hadir untuk menziarah isteri Nor Izman iaitu Ayom, Syed Mahadi, Yusni, Mochtar, Azli & Zaharin. Turut kelihatan disebelah kiri ialah bapa mertua Nor Izman yang berusia 85tahun....

5 comments:

Wahidah said...

AJ,ZBM,AYOM,SM,YS & MBO, ala ala wakil rakyat je... melawat kawasan.

Semoga Rizaman, tabah melalui dugaan.

Unknown said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Zaharin Manan said...

semoga mereka2 yang sedang menghadapi ujian dari ALLAH SWT ini akan sentiasa tabah hendaknya....

Syed Mahadi said...

Salam Wahidah..

Betul kata Mochtar tu...Hanya Nor Izman shj yang tau betapa beratnya ujian yang sedang dihadapinya..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Walau bagaimanapun jika ada rakan2 SMARTOSA yang ingin menghulurkan bantuan kewangan utk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh Nor Izman, saya bagi pihak AJK Penaja amat menghargainya..

Wahidah pun bolehlah menggunakan blog ini utk berjumpa rakan2 di sana mahupun Pak Arab or Mak Arab utk menderma pada rakan2 SMARTOSA yang amat memerlukannya lebih2 lagi yang sedang sakit seperti isteri Nor Izman, Azman Zainal @ Man Belon, Fauziah @ Gee, dll...

Semoga dengan jasabaik & budi serta keperihatinan rakan2, Insyallah dibalas oleh Allah hendaknya..

Wslm..

SH said...

Salam Buat Sahabat2 SMARTOSA. Bila saya mengikuti berita ziarah menziarahi sahabat2 kita yang sedang diujiNYA, saya terpanggil utk menulis. Renungilah kata2 ini....

"Kita pohon kekuatan, Allah beri kita kesulitan utk menjadikan kita lebih kuat.....

Kita pohon keteguhan hati, Allah beri kita masalah utk diatasi.....

Kita pohon keyakinan, allah beri ujian utk memantapkan iman dan jiwa kita.......

Kadangkala kita tidak dpt apa yg kita ingini....Namun, kita sentiasa dpt apa yg kita perlukan....."

Buat sahabat2 yg sedang diujiNYA, setiap ujian itu ada hikmah2 kebaikan dari Allah SWT yang tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia. Teruskan berusaha dan berdoa......di akhirnya bertawakkal la....



Wallahuaklam.....